Wednesday, 17 June 2015

700,000 Pesara Kerajaan Dapat "Duit Raya" #Ramadhan

Perdana Menteri, Datuk Seri Najib Tun Razak hari ini mengumumkan bayaran bantuan khas kewangan sebanyak RM500 kepada penjawat awam gred 54 ke bawah sebagai persiapan menyambut Ramadan dan Hari Raya Aidilfitri.


Beliau berkata, bantuan khas tersebut juga dinikmati oleh 700,000 pesara kerajaan yang menerima pencen dengan bayaran sebanyak RM250.

“Kedua-dua pembayaran ini akan dibuat pada 25 Jun ini melibatkan anggaran implikasi kewangan berjumlah RM1 bilion,” katanya

ketika menyempurnakan Majlis Perdana Perkhidmatan Awam Ke-14 (MAPPA XIV) bertemakan Mendepani Realiti Baharu Negara: Pertumbuhan Melalui Produktiviti dan Inovasi di Pusat Konvensyen Antarabangsa Putrajaya (PICC) di sini. - UTUSAN ONLINE

للاكي براني موڠكين اكن كاله تتاڤي تيدق اكن مڠاله.
700,000 Pesara Kerajaan Dapat "Duit Raya" #Ramadhan Daeng Selili Rating: 5 Wednesday, 17 June 2015
Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...

ping!