Tuesday, 19 May 2015

Tun Mahathir Pecah Amanah #KekalNajib



Dua portal berita pembangkang hari ini menjadi sumber penyokong Pro Tun Mahathir yang mana diantaranya adalah sekadar batu api dan sengaja melagakan dua individu yang cukup popular pada hari ini.

Malaysiakini melaporkan "Tun dimalukan" manakala FreeMalaysiaToday menulis "Tun Memalukan diri sendiri" masing masing mengunakan pengaruh media mereka untuk "mencuri" penyokong kerajaan agar saling bertelagah sesama sendiri, dan ini adalah satu kejayaan besar kepada mereka yang saling tak tumpah ibarat "menangguk di air keruh".

Ramai dikalangan pro Tun Mahathir gagal mengawal emosi marah (tah apa yang dimarahkan?) lebih lebih lagi setelah api pembakar semangat diterima pada ucapan Tun Mahathir pada program "Bicara Negarawan" di Ipoh, Perak baru baru ini. Walaubagaimanapun ini menunjukkan "kebebasan bersuara" yang dianjurkan oleh kerajaan kini diguna sebaiknya oleh orang UMNO akan tetapi sayangnya serangan dihalangkan kepada pucuk pimpinan negara. Kebebasan ini tidak wujud pada zaman Tun Mahathir menjadi ketua negara ini.

Berbalik kepada perkataan "pecah amanah" yang dirujuk kepada penulisan hari ini adalah berkisar kepada tindakkan Tun Mahathir sendiri memanipulasikan perjumpaan 4 mata antara beliau dan Tan Sri Pandikar Amin Mulia dan merujuk keluhan tuan speaker tersebut sebagai hilang rasa percaya kepada PM. Sedangkan ia luahan sesama sendiri yang tidak perlu dihebahkan sehinggakan Tan Sri Pandikar Amin Mulia terpaksa menjawap kepada umum apa yang terjadi sebenarnya.




Amanah sebegini kecil pun gagal untuk dijaga?! Kenapa marah sangat pada PM?!


للاكي براني موڠكين اكن كاله تتاڤي تيدق اكن مڠاله.
Tun Mahathir Pecah Amanah #KekalNajib Daeng Selili Rating: 5 Tuesday, 19 May 2015
Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...

ping!