Friday, 8 May 2015

TG Hadi Awang Bakal Tumbang Dek PasMA?!

Hingga selesai Pilihan Raya Kecil di Permatang Pauh dan penyokong PAS disana masih lagi tidak mendapat kunjungan Presiden PAS, Datuk Seri Abdul Hadi Awang.


Difahamkan, setakat ini, beliau belum pernah menghadiri sebarang aktiviti kempen anjuran pakatan pembangkang bagi PRK Parli­men Permatang Pauh sejak hari pe­namaan calon pada 25 April lalu.

Tindak-tanduk TG Abdul Hadi itu mencetuskan persoalan lebih-lebih lagi apabila Dewan Pemuda Pas Pu­lau Pinang pada mulanya enggan membantu kempen calon Parti Keadilan Rakyat (PKR), Datin Seri Dr. Wan Azizah Wan Ismail.

Walau bagaimanapun, pada 29 April lalu, Ketua Dewan Pemuda Pas Pulau Pinang, Mohd. Yusni Md. Piah mengubah pendirian dan akur dengan arahan Pas Pusat yang menggesa jentera parti itu membuat pusingan U.

Krisis antara akar umbi Pas dan PKR di Pulau Pinang tercetus setelah Angkatan Muda Keadilan (AMK) negeri itu mengkritik komitmen Abdul Hadi dalam pelaksanaan hudud di Kelantan.

Sehingga kini, Angkatan Muda Keadilan Pulau Pinang masih enggan tunduk kepada desakan akar umbi PAS agar mereka meminta maaf di atas perbuatan biadab mempersoalkan kewibawaan Abdul Hadi itu.

Angkatan Muda Keadilan ditunjangi beberapa individu termasuk Mat Sabu yang bakal mencabar Tuan Presiden PAS pada muktamar Jun nanti. Ditambah lagi NGO Persatuan Ummah Sejahtera Malaysia (PasMa) akan mengumumkan akan menjadi parti politik selepas berakhirnya muktamar PAS Jun ini.
"Banyak pihak yang nak tunggu saya umumkan jadi parti politik atau tidak. Saya sangat berhati-hati dalam isu ini agar elak kita dari terperangkap dalam cabaran sesetengah pihak. Terutamanya geng PRO ULAMA (UG) yang cuba menyekat kemaraan PASMA kehadapan"

Presidennya, Datuk Phahrolrazi Zawawi berkata setakat ini pihaknya "menunggu masa yang sesuai untuk 'mengigit isi bukan ruas'" khususnya "bagi melihat terlebih dahulu keadaan pucuk pimpinan parti Islam itu (TG Hadi Awang)" katanya selepas muktamar tahunannya di Kuala Selangor.

"Kalau kita nak jadi parti politik, kita tidak boleh jadi parti politik bersendirian. Kita hendaklah jadi satu komponen dari Pakatan Rakyat langsung mengantikan PAS yang kini tidak relevan"

للاكي براني موڠكين اكن كاله تتاڤي تيدق اكن مڠاله.
TG Hadi Awang Bakal Tumbang Dek PasMA?! Daeng Selili Rating: 5 Friday, 8 May 2015
Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...

ping!