Friday, 22 May 2015

Tema Baru Festival Belia 2015 #FBP2015 #festivalbelia

Tema Baru Festival Belia 2015

"Pameran Bakat"

Tahun ini menandakan permulaan baru Festival Belia yang akan dikendalikan oleh Rakan Muda. Bakat-bakat terunggul dikalangan anak-anak muda akan ditampilkan sebagai mentor-mentor Rakan Muda.


Rakan Muda memainkan peranan penting dalam memberi peluang kepada belia secara menyeluruh tanpa sempadan. Dengan merapatkan jurang antara bandar dan luar bandar, pendapatan keluarga, budaya dan antara kaum yang wujud, tujuan mentor Rakan Muda adalah untuk menjadi pemangkin kepada program pembangunan bakat untuk semua belia Malaysia. Mentor-mentor juga telah menggunakan peluang untuk menjangkau belia yang kurang bernasib baik dan bermasalah untuk memberi inspirasi kepada masa depan mereka.

Festival Belia 2015 akan bertemakan "Talent Showcase", selaras dengan falsafah baru Rakan Muda yang akan berfungsi sebagai penjana pembangunan bakat belia.


22/23/24 MEI 2015 10 PAGI - 10 MALAM

DATARAN GEMILANG, PRESINT 4 PUTRAJAYA
Tema Baru Festival Belia 2015 #FBP2015 #festivalbelia Daeng Selili Rating: 5 Friday, 22 May 2015
Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...

ping!