Saturday, 9 May 2015

Tabung Haji : Tali Barut Tabung Haji Kini Boleh Tersenyum #KekalNajib

Tahniah kepada para pendesak yang berakal cetek yang mahu Tabung Haji melepaskan satu aset yang dilihat berpotensi pada masa akan datang lantaran sentimen kemarahan yang diasuh oleh rata rata perjuang Melayu kononnya.

Sekarang Tabung Haji terpaksa melepaskan tanah di segitga emas untuk dijual kepada yang jelas akhirnya bukan hak milik orang Islam. 

Dari penulis portal PRU14 Perdana Menteri telah pun menasihatkan Lembaga Tabung Haji (TH) untuk menjual semula tanah yang dibelinya daripada syarikat 1Malaysia Development Berhad (1MDB) dan TH dilaporkan bersetuju berbuat demikian.

Pengerusi TH, Datuk Seri Abdul Azeez Abdul Rahim berkata, mereka bersetuju dengan penjualan berkenaan sebagai menghormati sentimen serta sensitiviti pendeposit dan mengekalkan keyakinan orang ramai.

Bagaimanapun, beliau menegaskan transaksi pembelian tanah berkenaan tidak melibatkan sebarang salah laku.

“Perdana menteri menghubungi saya pagi ini dan memberikan nasihat supaya kami menjual tanah berkenaan.

“Ketika ini sudah ada tiga tawaran dan kami akan menyelesaikannya minggu depan,” katanya dalam satu sidang media di ibu negara hari ini.

Abdul Azeez yang juga Ahli Parlimen Baling berkata, selain mendapatkan keseluruhan wang yang digunakan untuk membeli tanah itu, TH juga akan dapat keuntungan daripada transaksi berkenaan.

Pembelian tanah milik 1MDB oleh TH itu menyemarakkan kontroversi yang hebat dalam kalangan pemimpin politik dari pembangkang mahupun dalam Barisan Nasional (BN) sendiri.

TH sebelum ini ada membeli sebidang tanah di kawasan Tun Razak Exchange (TRX) dari 1MDB pada harga diskaun 3 peratus daripada nilai pasaran semasa.

Pihak Lembaga mempertahankan keputusan itu melibatkan tanah seluas 1.6 ekar bernilai RM188.5 juta pada harga pasaran sebenar ialah RM194 juta.

Timbalan Pengarah Urusan Kumpulan dan Ketua Pegawai Eksekutif Datuk Johan Abdullah berkata keputusan membeli tanah itu melalui proses pelaburan biasa dan ketat.

Ia melibatkan Jawatankuasa Penilaian, Ahli Lembaga, Syarikat Penilaian Bebas Luar dan juga telah dibawa ke Kementerian.



DSR mengucapkan tahniah kepada MELAYU yang kononnya memperjuangkan tanah air ini untuk MELAYU!

Teringat DSR kisahnya bagaimana Sejarah menceritakan bagaimana sebuah kerajaan yang mahsyur dan kuat tetapi akhirnya hancur dari tangan tangan yang berusaha memusnahkannya.

DSR disini menyatakan kekecewaan yang amat sangat terhadap manusia manusia pendesak, rasanya lepas ini DSR mahu mendesak pasukan pendesak ini menaikkan keyakinan rakyat terhadap pemerintahan Kerajaan hari ini.


Manfaat Pembelian Tanah Tersebut Oleh Tabung Haji 




للاكي براني موڠكين اكن كاله تتاڤي تيدق اكن مڠاله.
Tabung Haji : Tali Barut Tabung Haji Kini Boleh Tersenyum #KekalNajib Daeng Selili Rating: 5 Saturday, 9 May 2015
Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...

ping!