Thursday, 7 May 2015

Tabung Haji Nafi Beli 'Signature Tower'

Lembaga Tabung Haji (TH) hari ini memberi penjelasan mengenai pelaburannya dalam pembangunan hartanah bagi pembangunan menara kediaman (“hartanah”) di pusat kewangan Tun Razak Exchange (TRX).

Langkah ini adalah sejajar dengan strategi pelaburan hartanah TH yang memberikan tumpuan kepada sektor domestik. Pelaburan ini merupakan keputusan komersial yang menepati selera risiko dan telah melalui semua proses penilaian dalaman yang terperinci.

Pembelian hartanah pada harga RM188.5 juta adalah pada kadar diskaun berlandaskan nilai pasaran semasa dan ia telah dinilai oleh sebuah badan penilai bebas profesional.

Cadangan pembangunan kediaman tersebut akan dibangunkan oleh anak syarikat TH, TH Properties Sdn Bhd yang dijangka akan memberi pulangan positif kepada Kumpulan TH pada masa hadapan.

Walau bagaimanapun, TH menafikan pembelian Signature Tower (Fasa 2) oleh Kumpulan TH sepertimana yang dilaporkan di dalam blog-blog tertentu. Kebocoran maklumat melalui kertas cadangan tidak boleh dijadikan sebagai bukti keputusan muktamad pelaburan tersebut.

TH akan terus meneroka peluang-peluang pelaburan yang seumpamanya di dalam pasaran domestik seperti yang digaris dalam rangkakerja Alokasi Aset Strategik.

Kenyataan oleh : YBhg. Dato’ Johan Abdullah, Timbalan Pengarah Urusan Kumpulan Dan Ketua Pegawai Eksekutif TH. 


Lantaran akan kebocoran maklumat sulit ini Dato' Johan Abdullah, Timbalan Pengarah Urusan Kumpulan Pegawai Eksekutif Tabung Haji membuat laporan Polis di ibu pejabat Polis Daerah Dang Wangi.


Antara yang tertulis didalam laporan itu :

Dato Johan Bin Abdullah menafikan bahawa TH sedang dalam proses membeli 'Signature Tower' sebagaiman dilaporkan di dalam blog tersebut. Kebocoran kertas cadangan tersebut tidak membuktikan bahawa cadangan pelaburan tersebut telag diluluskan TH tidak pernah sama sekali membenarkan perbuatan mendedahkan maklumat sulit kerana ia bertentangan dengan akta Tabung Haji 1995 dan polisi dalam Tabung Haji. 

Tabung Haji memandang serius penyebaran maklumat berkaitan TH yang diklasifikasikan sebagai sulit oleh mereka yang tidak bertanggungjawab secara salah dan menyalahi undang undang.




للاكي براني موڠكين اكن كاله تتاڤي تيدق اكن مڠاله.
Tabung Haji Nafi Beli 'Signature Tower' Daeng Selili Rating: 5 Thursday, 7 May 2015
Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...

ping!