Thursday, 7 May 2015

Presiden Baru KTMB #‎DemiRakyat‬ ‪#‎KTMB‬


Hari ini KTMB melakar sejarah menerima perlantikan Presiden KTMB yang baru iaitu di Saudara Tuan Haji Sarbini Tijan yang mengantikan Datuk Elias Kadir.Perkara ini diumum sendiri oleh Timbalan Menteri Pengankutan Datuk Ab Aziz Kaprawi.

Sebelum ini Presiden KTMB diasak oleh beberapa penulisan diblog kerana kelemahan dalam KTMB yang diketuai Datuk Elias Kadir sebelum ini ekoran kerugian dan dalam dakwaan kelemahan urus tadbirnya. Yang menariknya suara ini didengari dengan pantas oleh pucuk pimpinan kerajaan dibawah pemerintahan DS Najib Tun Razak yang prihatin akan keadaan KTMB sebelum ini.

Ini dari penulisan yang dimuatnaik dilaman sesawang facebook Datuk Ab Aziz Karpawi
Timbalan Menteri Pengankutan rasmi beliau yang bertulis :

"Tahniah diucapkan kepada Tuan Haji Sarbini Bin Tijan di atas perlantikan sebagai Presiden KTMB yang baru. Terima kasih diucapkan kepada Datuk Elias Kadir atas sumbangan yang telah diberikan sepanjang berkhidmat sebagai Presiden KTMB sebelum ni. Diharap KTMB akan terus tingkatkan prestasi dan mutu perkhidmatan demi keselesaan rakyat" - Datuk Ab Aziz Karpawi


للاكي براني موڠكين اكن كاله تتاڤي تيدق اكن مڠاله.
Presiden Baru KTMB #‎DemiRakyat‬ ‪#‎KTMB‬ Daeng Selili Rating: 5 Thursday, 7 May 2015
Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...

ping!