Wednesday, 20 May 2015

Pelesit Kota SEARCH sempena Festival Belia Putrajaya 2015 #FBP2015

Ketika diasaskan di Johor Bahru pada tahun 1981, kumpulan Search dianggotai oleh Zainal sebagai penyanyi, Hillary Ang sebagai pemain gitar, Nasir Daud sebagai pemain gitar bes dan Yazid Ahmad (Yazit) sebagai pemain dram.

Sedikit Sejarah Kumpulan SEARCH

Belum sempat mendapat peluang merakam album untuk dipasarkan, Zainal meninggalkan kumpulan Search yang masih baru itu untuk membentuk kugiran baru bernama RamPa (maka nama gelaran Zainal menjadi "Zainal Rampa"). Penggantinya, Suhaimi Abdul Rahman, atau lebih dikenali sebagai "Amy Search", menggantikan tempat Zainal sebelum kugiran Search menandatangani kontrak rakaman pertama bersama Polygram Records di Singapura pada pertengahan 1980-an.

Sebelum mereka merakamkan album , Search pernah bermain di kelab-kelab malam sekitar Kuala Lumpur antaranya Red Roster Club Kuala Lumpur . Red Roster Club telah pertemukan Search & M .Nasir .Dengan bantuan M.Nasir sebagai Penerbit Search.

Bermulalah satu lagenda M.Nasir dan Search. beliau merupakan insan yang bertanggungjawab terhadap kegemilangan artis-artis terulung tanah air seperti Alleycats, Search, Wings dan lain lain kumpulan pemuzik tanah air.


Ramai antara peminat muzik rock tanahair menanti setelah sekian lamanya kemunculan lineup mantap SEARCH ini setelah dibubarkan secara rasmi pada 16 Januari 2001 dan kembali bersatu pada 2003 demi memperjuangkan seni rock tanah air.

Pada pertengahan tahun 2015 ini di Festival Belia Putrajaya 2015 #FBP2015 yang bakal bermula esok satu peristiwa yang dinantikan oleh peminat mereka, Search dengan secara eksklusif bakal mengegarkan Putrajaya pada 24 Mei 2015 ini di pentas utama Festival Belia Putrajaya pada jam 10.00 malam. Jemput hadir beramai ramai.


للاكي براني موڠكين اكن كاله تتاڤي تيدق اكن مڠاله.
Pelesit Kota SEARCH sempena Festival Belia Putrajaya 2015 #FBP2015 Daeng Selili Rating: 5 Wednesday, 20 May 2015
Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...

ping!