Friday, 22 May 2015

#OneSilat #FBP2015 : Promo Penganjur OneSilat Ditegur Peminat


Gambar promo untuk Pertandingan #ONESilat yang disebar luas di media siber menerima teguran dari para peminat Silat di Malaysia dan ini mendapat respond dari Menteri Belia dan Sukan Malaysia saudara YB Khairy Jamaludin yang menjelaskan ia adalah dikendalikan oleh penganjur bukannya Festival Belia. 



Walaubagaimanapun pihak pengajur ONESilat telah mengeluarkan maklumbalas mereka di laman facebook rasmi ONESilat seperti dibawah : 

"OneSilat Championship adalah merupakan pertandingan baru yang diperkenalkan ke era lebih professional. Ia akan memaparkan pergerakan silat yang menggunakan kaedah guntingan, sapuan dan buah pukulan selain daripada tumbukan dan tendangan. Semua pesilat mempunyai latar belakang silat yang kuat, ditambah dengan kemahiran seni mempertahankan diri yang lain.

OneSilat akan menggunakan platfom yang baru, ditambah nilai dengan penggunaan sistem bunyi dan pencahayaan, termasuk gelanggang dan busana yang unik. OneSilat berhasrat untuk membawa silat ke era pertandingan yang baru yang dapat bersaing dipentas antarabangsa and mendapat pemerhatian penonton dari seluruh dunia.

Kami amat berterimakasih diatas komen yang diberikan seperti diatas. Kami menerima segala respon secara serius dan akan menjanjikan bahawa semua pesilat akan mempunyai nilai sensitiviti yang tinggi, mengikut tatacara, adap dan budaya persilatan. Ketidak sengajaan gambar yang telah dipaparkan bukanlah merupakan pemakaian yang akan digunakan semasa pertandingan nanti. Ianya tidak berlaku secara sengaja dan tidak mempunyai niat untuk melakukan provokasi kepada semua pencinta silat. Kami amat kesal dan memohon maaf diatas kesilapan ini dan berjanji yang semua pesilat akan berpakaian mengikut kesesuaian semasa pertandingan.

Dari kami di OneSilat Championship." - https://www.facebook.com/OneSilat




LOKASI ONESilat Di Festival Belia Putrajaya 2015



للاكي براني موڠكين اكن كاله تتاڤي تيدق اكن مڠاله.
#OneSilat #FBP2015 : Promo Penganjur OneSilat Ditegur Peminat Daeng Selili Rating: 5 Friday, 22 May 2015
Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...

ping!