Monday, 4 May 2015

Khairy Jamaluddin "pukul" Permatang Pauh #PRKPermatangPauh #bersamamelakarsejarah

Selang sehari YB Khairy Jamaluddin merangkap Ketua Pemuda UMNO Malaysia turun berkempen di PRK Rompin hari ini giliran Permatang Pauh menerima kunjungan Menteri orang muda ini dalam musim berkempen PRK Permatang Pauh calon Barisan Nasional Saudara Suhaimi Sabudin atau lebih gemar mengelarkan dirinya sebagai "Abang Mie".


YB Khairy Jamaluddin memenuhi jadual padatnya satu hari (tadi) dengan pelbagai aktiviti yang melibatkan belia dan sukan yang dilihat program yang cukup santai diantaranya adalah Pertandingan tomoi, futsal, motorcross dan berbagai lagi acara menarik yang mana ianya adalah sebagai satu jambatan menarik minat pengundi dikalangan generasi muda.

Stamina yang memberi "pukulan" hebat ini cukup jelas ianya satu isyarat kepada calon "Wakil Suami" yang dilihat mengunakan teknik promosi yang hanya mengunakan sentimen belas kasihan dan 'muka seposen' dalam usaha PKR (Parti KeluaRga) meraih undi orang muda. 



Ternyata jadual padat Khairy tidak menghalang beliau bagi bersama-sama jentera BN untuk sama-sama berkempen kepada calon BN di PRK Permatang Pauh. SINI : [GAMBAR GAMBAR MENARIK KHAIRY JAMALUDDIN]



للاكي براني موڠكين اكن كاله تتاڤي تيدق اكن مڠاله.
Khairy Jamaluddin "pukul" Permatang Pauh #PRKPermatangPauh #bersamamelakarsejarah Daeng Selili Rating: 5 Monday, 4 May 2015
Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...

ping!