Thursday, 21 May 2015

Kemeriahan Malam Selawat Perdana Di Festival Belia Putrajaya #FBP2015 #SelawatPerdana

Ribuan hadir pada malam Selawat Perdana bersempena Festival Belia Putrajaya 2015 yang berlangsung diperkarangan merangkap pentas utama bagi #FBP2015 kali ini.


Alunan zikir bermunajat berkumandang pada malam ini 21 Mei 2015 dimulai dengan tazkirah maghrib disampaikan oleh Y.Bhg Al-Habib Najmuddin Othman Al-Khered yang juga memimpin selawat dan tausiah dengan diiringi daripada kumpulan Inteam, Nur Ahlil Badar dan Ar-Ridzuani.






Datuk Jamil Salleh, Ketua Setiausaha Kementerian Belia dan Sukan turut bersama-sama pengunjung yang sedang membanjiri majlis munajat tersebut. 

Ketua Pengarah Jabatan Belia dan Sukan Negara Datuk Hatipah Ibrahim dan Presiden Majlis Belia Malaysia, Saudara Muammar Gadaffi juga turut meraikan program yang mendekatkan diri pada hadirin kepada mencintai Allah dan Rasulullah.
Kemeriahan Malam Selawat Perdana Di Festival Belia Putrajaya #FBP2015 #SelawatPerdana Daeng Selili Rating: 5 Thursday, 21 May 2015
Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...

ping!