Thursday, 7 May 2015

'HUDUD' Tumbang Di Permatang Pauh #PRKPermatangPauh

PRU13

BN: 25,369 / PKR: 37,090
Maj: 11,721

PRK P44 Permatang Pauh (2015)

BN: 21,428 / PKR: 30,285
Maj: 8,857

Beza

BN: -3,941 / PKR: -6,805
Maj: -2,864

PRU13

88.52% = 11,721 Maj

1% = 132.41 Maj

PRK P44 Permatang Pauh (tidak rasmi)

*sekiranya % sokongan PKR kekal sama seperti PRU13, PKR akan mendapat:

73% = 9,666 Maj
Maj sebenar = 8,857
Beza = -809 (-8.3%)

PKR kehilangan 809 (-8.3%) pengundi 

Sekiranya % sokongan BN kekal sama seperti PRU13, BN akan mendapat

73% = 20,921
Undi sebenar =21,428
Beza = +507 (+2.42%)

BN bertambah undi 507 (+2.42%) pengundi

BN bertambah undi 507 (+2.42%)

Prestasi BN sangat baik dikala kemarahan rakyat memuncak di tahap yang sangat tinggi kerana poket mereka terkesan akibat aktiviti menaikkan harga secara berleluasa oleh peniaga atas alasan GST.

Jika di bandingkan dengan Rompin yang tahap kerbergantungan terhadap media baru lebih rendah, PAS jelas lebih berjaya menjejaskan BN walaupun isu di Rompin hanya berkisar kepada isu GST dan Felda.

PKR gagal untuk melemahkan Barisan Nasional walaupun mereka telah menggunakan sehabis baik isu 1MDB, Jet Kerajaan, Altantuya, Kes Liwat dan sebagainya.

Walaupun PKR mendapat bantuan daripada pelbagai pihak secara tidak langsung dan secara langsung.  Termasuklah penyokong UMNO dan bekas pemimpin UMNO yang menyerang Dato Seri Najib secara bertubi-tubi termasuk "bomb" saat akhir berhubung isu Tabung Haji, PKR jelas gagal mengunakan kemudahan yang mereka perolehi untuk mengukuhkan kedudukan mereka.


Kepada semua petugas dan jentera BN yang telah bertungkus lumus untuk memenangkan calon BN kita Sdr Suhaimi Sabudin, saya ingin mengucapkan tahniah dan syabas.  Kalian telah berjaya mempertahankan parti kita dikala kita diuji dengan pelbagai isu yang cukup menjejaskan akibat kemudahan teknologi yang memudahkan menyebarkan sesuatu dakyah dan fitnah kini.


Sinikalnya kemenangan Wan Azizah dengan Majoriti kurang 10k iaitu 8,857 jelas menyampaikan isyarat kepada TG Hadi Awang yang mana kedudukan beliau dalam pucuk pimpinan PAS akan runtuh bilamana Mat Sabu bakal mengemudi PAS walaupun kuat mengatakan Ahmad Awang akan menandingi TG Hadi Awang.

Pada awal pasca berkempen di PRK Permatang Pauh TG Hadi Awang mengarahkan penyokong PAS agar memboikot PKR lantaran keceluparan Wan Azizah dalam isu Hudud sesama mereka dan ditambah amaran keras daripada DAP.

Lainnya terjadi di Permatang Pauh bila ahli PAS sendiri keluar mengundi PKR walaupun sudah diberi arahan dari pucuk pimpinan PAS Tuan Presiden TG Hadi Awang.


للاكي براني موڠكين اكن كاله تتاڤي تيدق اكن مڠاله.
'HUDUD' Tumbang Di Permatang Pauh #PRKPermatangPauh Daeng Selili Rating: 5 Thursday, 7 May 2015
Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...

ping!