Friday, 1 May 2015

Fitnah PAS Pulau Pinang Terima RM2.5Juta? #PRKPermatangPauh

Ahli PAS atau PKR ke yang fitnah Ketua DPP negeri?!

Sebelum ini, Mohd. Yusni Mat Piah bertegas untuk tidak berganjak mendesak AMK memohon maaf dan menarik balik kenyataan mengkritik Presiden mereka, Datuk Seri Abdul Hadi Awang. Dan ini membuatkan penyokong PAS berapi api menyokong beliau.

Tapi malangnya hanya dalam satu malam, ke­tegasan beliau dalam mempertahankan ma­ruah diri dan presiden parti diletakkan di bawah tapak kaki kerana beliau melakukan "U-Turn" setelah mendapat arahan khusus dari "seseorang" yang didakwa oleh Khalid didalam twitternya hari ini yang bertulis..


"Arahan Pusat Tidak Pakai, Arahan Ketua Pemuda Pusat Tidak Pakai, Akhirnya Patuh Arahan Lain!Buat U-Turn. Ini Baru Jemaah Dalam Jemaah!Atau bagaimana?"

Dari ayat tersebut jelas belaku ketidakpuasan hati Khalid kerana perbuatan Ketua DPP Negeri tersebut membuat "U-Turn" dan itu mendapat respond dari pembaca beliau yang mempertikaikan perbuatan Khalid selama ini yang tidak mengunapakai arahan dari Presiden PAS (TG Hadi Awang), Arahan Majlis Syura Ulama dan dihentam mengikut telunjuk arahan ketua parti lain lalu Khalid dilabelkan "Pengkianat"?

Selepas pertelingkahan ini tersebarlah sekeping gambar cek yang bertulis nama Ketua DPP negeri Pulau Pinang dengan jumlah RM2.5Juta (rujuk gambar dibawah)

Gambar (Edit)


Setelah menelaah akan kesahihan gambar yang DSR terima dari aplikasi Whatsapp ini. Rupanya ianya adalah cek palsu yang barang kali dikeluarkan oleh segelintir penyokong PAS sendiri yang tidak berpuas hati dengan tindakkan Mohd. Yusni Mat Piah.

Atau mungkin ini adalah reflek pertembungan PKR dan PAS yang saling tidak berpuas hati sesama mereka yang akhirnya melibatkan (cek gaji?) Mat Sabu yang dilihat sedang giat berkempen untuk menduduki kerusi Presiden PAS pada Muktamar PAS Ke-61 Jun hadapan? 

Lihat bawah (Gambar ASAL)

*Perhatikan serial nombor dibawah cek (sama dengan diatas)



للاكي براني موڠكين اكن كاله تتاڤي تيدق اكن مڠاله.
Fitnah PAS Pulau Pinang Terima RM2.5Juta? #PRKPermatangPauh Daeng Selili Rating: 5 Friday, 1 May 2015
Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...

ping!