Sunday, 24 May 2015

#FBP2015 : Tunjuk Bakat Anda Permainan Wau dan Gasing @FestivalBelia15 @Khairykj

Mentor Rakan Muda, Eena Khalil bekerjasama dengan saudara Rimy Azizi, sarjana gasing dan saudara Kalimullah, seorang pembuat wau untuk menganjurkan pameran mengenai gasing serta bengkel membuat wau di Festival Belia Putrajaya kali ini. 



Pakar pembuat gasing akan menunjukkan bagaimana teknik untuk membaling dan mainkan gasing dan peserta juga boleh beli gasing yang akan dijual disini sekitar Zon Selatan (Zon Seni Budaya). 

Selain itu, anda boleh mempelajari cara bagaimana untuk membuat wau, menghiasi, tali leher dan mengimbangi wau dalam bengkel pembuat wau dan seandainya cuaca baik (tidak hujan) anda juga boleh mengambil kesempatan untuk menerbangkan permainan wau dikawasan lapangan Zon Selatan Festival Belia Putrajaya #FBP2015











للاكي براني موڠكين اكن كاله تتاڤي تيدق اكن مڠاله.
#FBP2015 : Tunjuk Bakat Anda Permainan Wau dan Gasing @FestivalBelia15 @Khairykj Kini Amira Rating: 5 Sunday, 24 May 2015
Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...

ping!