Saturday, 23 May 2015

#FBP2015 : Harga Istimewa Kepada Peminat De'Gwet @Festivalbelia15




Menarik dinding panel komik De'Gwet di ‪#‎FBP2015‬? Mari lihatkan hasil program mentor Rakan Muda dengan up-and-coming artis di Puncak KBS, Zon Utara.


Difahamkan De'Gwet dikendalikan oleh 3 orang crew De'Gwet dalam pameran kali ini dan di maklumkan ada juga membuat penjualan buku komik De'Gwet vol.1 dan vol.2 dengan harga istimewa serendah RM30.

Tentang De'Gwek

Idea untuk menerbitkan majalah komik De' Gwet ini terlintas apabila kami memahami masalah-masalah yang dihadapi didalam industri komik di Malaysia. Walaupu peglibatan kami dalam industri tidaklah lama, namun begitu kami merasakan pergerakan seperti ini perlu dilakukan agar pertumbuhan kreativiti kartunis tidak disekat dimana impak daripada ini bukan sahaja membantu mereka untuk menjana pendapatan.
Majalah ini diberi nama De' Gwet. Kenapa De' Gwet? De' Gwet merupakan bahasa manja atau bahasa yang digunakan oleh genersi kini daripada perkataan "The Great". "Bagus" adalah perkataan yang sesuai untuk kami sampaikan kepada anda kartunis-kartunis yang tidak putus-putus melukis dan terus mencuba untuk meningkatkan prestasi. Menyampaikan atau menterjemahkan cerita anda melalui lukisan komik menunjukan bahawa anda merupakan kartunis yang tidak patut disia-siakan. Anda mencari landasan, kami cuba membantu dengan mewujudkan De' Gwet untuk landasan itu selagi kami mampu. Anda yang terlibat dan anda menyokong usaha ini, anda memang 'Bagus'! Kerana anda industri ini dapat diselamatkan dan terus menapak di tanah air yang kita ngi.
Semoga dengan De' Gwet komik tempatan tidak lagi dipandang sebagai bahan bacaan yang membuang, kita lihat apa yang terjadi di luar, ia kini menjadi kegilaan ramai dengan adaptasi cerita komik Marvel kepada cerita pecah pangung di pawagam. Mungkin, kita juga mampu untuk berada dikedudukan itu, InsyaAllah, jika ada rezeki kita dapat merealisasikan impian tersebut. Itulah sebabnya De' Gwet diwujudkan bagi membantu kartunis indie untuk untuk melihat karia mereka diterbitkan dalam bentuk fizikal dan digital, dapat dipegang di tangan mereka dan peghasilan produk untuk tujuan pemasaran. Perasaan itu tidak ternilai harganya. Kami harapkan yang terbaik cengan usaha dijankankan oleh De' Gwet ini. Teruskan menyokong gelombang De' Gwet, kita mampuu tuk mengubahnya.

Follow mereka di :



للاكي براني موڠكين اكن كاله تتاڤي تيدق اكن مڠاله.
#FBP2015 : Harga Istimewa Kepada Peminat De'Gwet @Festivalbelia15 Kini Amira Rating: 5 Saturday, 23 May 2015
Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...

ping!