Saturday, 23 May 2015

#FBP2015 @FestivalPutrajaya15 : Akim & The Majistret Gegar Pentas Utama Esok

Akim atau nama penuhnya Afiq Hakim Ahmad diterima masuk dalam Akademi Fantasia musim ketujuh dan beliau adalah salah seorang daripada empat belas calon pelajar yang terpilih untuk memasuki Akademi Fantasia setelah mengharungi berbagai-bagai ujian di setiap peringkat ujibakat yang diadakan.

Beliau juga adalah salah seorang pelajar yang berjaya mara ke peringkat akhir bagi musim ketujuh bersama Hafiz, Aril, Yazid dan Isma. Pada 16 Mei 2009, beliau telah dinobatkan selaku pemenang tempat ketiga Akademi Fantasia Musim 7.



Akim & The Majistret 

"mewangi" antara lagu popular yang dinyanyikan bersama Akim dan The Majistret yang cukup digilai peminat muzik tanahair yang membawa kepada kemenangan di Anugerah Industri Muzik ke-21 2014 (Vokal Terbaik Lelaki Dalam Lagu), Anugerah MeleTOP Era (Lagu meletop ERA) dan Artis Duo / Berkumpulan Popular (bersama The Magistrate)/Penyanyi Lelaki Popular di Anugerah Bintang Popular Berita Harian ke-27

Persembahan di Festival Belia Putrajaya 2015

Ini adalah satu peluang yang dinantikan para peminat beliau khususnya dikalangan para belia dan beliawanis yang menyokong bakat anak muda ini dalam industri muzik tanahair. Sesuai dengan tema yang dikendalikan oleh Rakan Muda "Pameran Bakat" dengan tujuan memainkan peranan penting dalam memberi peluang kepada belia secara menyeluruh tanpa sempadan walaupun dengan cara berhibur secara sihat. 

Dengan merapatkan jurang antara bandar dan luar bandar, pendapatan keluarga, budaya dan antara kaum yang wujud, focus Rakan Muda adalah untuk menjadi pemangkin kepada program pembangunan bakat untuk semua belia Malaysia. 

Kepada para belia yang diluar sana jangan lupa untuk hadir pada esok hari 24 Mei 2015  untuk turut sama memeriahkan Festival Belia Putrajaya 2015 langsung sebagai hari terakhir festival untuk kali ini. Turut dijanjikan persembahan kumpulan Rock popular sepanjang zaman "Search" pada malam terakhir esok.


للاكي براني موڠكين اكن كاله تتاڤي تيدق اكن مڠاله.
#FBP2015 @FestivalPutrajaya15 : Akim & The Majistret Gegar Pentas Utama Esok Kini Amira Rating: 5 Saturday, 23 May 2015
Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...

ping!