Sunday, 24 May 2015

#FBP2015 @festivalbelia15 : Kumpulan SEARCH "Lawan" Akim & The Magistrate Di Pentas Utama?!

Festival Belia Putrajaya 2015 #FBP2015 bakal melabuhkan tirainya bagi festival pada tahun ini dengan mempersembahkan kumpulan legenda Rock tanah air SEARCH sebagai penutup pada malam ini.


Seperti malam semalam dipentas yang sama Hafis Suip selaku belia muda yang digandingkan dengan seorang penyanyi cukup lama didalam bidang nyanyian iaitu Anuar Zain dimana mengikut tema festival pada kali ini "Pameran Bakat" yang mana artis lama digandingkan dengan artis baru dalam pertunjukkan bakat mereka. 

Tidak ketinggalan juga pada malam ini gabungan lama dan baru juga bakal dipersembahkan. Bermula pada jam 9.00 malam ini iaitu dari "Akim & The Magistrate" satu kumpulan pemuzik baru anak muda yang cukup berbakat dalam industri seni muzik tanah air dan jam 10.00 malam diteruskan dengan pukulan drum dan gitar "Kumpulan Search" selaku kumpulan rock 'otai' tanah air.


Marilah bersama sama kita memeriahkan konsert 2 generasi ini.

للاكي براني موڠكين اكن كاله تتاڤي تيدق اكن مڠاله.
#FBP2015 @festivalbelia15 : Kumpulan SEARCH "Lawan" Akim & The Magistrate Di Pentas Utama?! Kini Amira Rating: 5 Sunday, 24 May 2015
Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...

ping!