Saturday, 23 May 2015

#FBP2015 @FestivalBelia15 : Asah Bakat Dalam Seni Khat #FestivalBelia2015 @FBP2015


Festival Belia Putrajaya melangkah ke hari ke-3 yang mana penuh dengan aktiviti yang mengasah minat dan bakat yang ada pada para peserta #FBP2015 pada kali ini.\

Di Zon Selatan (dilabelkan Zon Seni Budaya) pada hari ini berlangsung persembahan Sape' & Tariah Ngarang, Revolution Stage, Lee Wushu Dance, Kwang Tung, AIIA Improve Comedy dan berbagai bagai lagi acara yang berlangsung pada sebelah pagi tadi di sini.



Pada seawal jam 10.00 Pagi berlangsung demonstrasi penulisan Khat di Bengkel Seni Khat yang dianjurkan oleh Saudara Firdaus Mahadi dan bengkel ini akan terus beroperasi sehingga esok (22-24hb Mei 2015).

Khat Islam, atau khat Arab, ialah amalan penulisan berseni atau seni khat dan, secara tambahan, berkaitan dengan penjilidan, di kawasan yang berkongsi warisan kebudayaan Islam yang sama. Bentuk kesenian ini berasaskan tulisan Arab, yang untuk tempoh yang lama digunakan oleh semua Muslim dalam bahasa masing-masing. 


Mereka menggunakannya bagi mewakili Tuhan kerana mereka menolak melambangkan Tuhan menggunakan gambar. Seni khat seni yang amat disanjungi daripada seni-seni Islam kerana ia merupakan cara utama mengekalkan al-Qur'an. Syak terhadap seni gambaran sebagai taghut dan penyembahan mendorong perkembangan seni khat dan gambaran abstrak menjadi bentuk gambaran kesenian utama dalam kebudayaan Islam, terutama dari segi konteks keagamaan. Karya pakar khat dikumpul dan dihargai.

Seni khat orang-orang Arab, Parsi, dan Empayar Uthmaniyyah dikaitkan dengan motif abstrak arabes pada dinding dan siling masjid dan juga pada kitab. Ahli seni lukis semasa dalam dunia Islam memetik warisan khat untuk menulis khat atau pengabstrakan hasil karya mereka.


Kepada yang berminat untuk mendalami dan merasakan sendiri cara dan teknik penulisan khat boleh datang ke Zon Selatan Festival Belia Putrajaya 2015 #FBP2015 hari ini dan esok.
#FBP2015 @FestivalBelia15 : Asah Bakat Dalam Seni Khat #FestivalBelia2015 @FBP2015 Kini Amira Rating: 5 Saturday, 23 May 2015
Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...

ping!