Sunday, 10 May 2015

@drmazacom "The Great Muzabzib" Sesuai Sertai PasMA?!

Veteran Umno hari ini mendesak Mufti Perlis Dr Mohd Asri Zainul Abidin supaya meletak jawatan dan menyertai politik atau menubuhkan parti baharu bagi membolehkan beliau bergerak bebas dalam politik tanpa mencemarkan institusi mufti.

Setiausahanya, Datuk Mustapha Yaakub berkata, ‎pihaknya melahirkan rasa kesal dengan tindakan Mohd Asri yang sejak kebelakangan ini sering mengkritik kerajaan secara terbuka melalui facebooknya.

"Walaupun Mohd Asri boleh berbuat begitu tetapi langkahnya itu mencemarkan institusi mufti yang disegani dan dihormati sebagai sumber terakhir dan pemutus kepada soal-soal hukum hakam dalam Islam.

"Jadinya, adalah lebih baik Mohd Asri meletak jawatan sebagai mufti dan bergiat cergas dalam politik tanpa menjejaskan kemuliaan Institusi mufti di negara ini," katanya menerusi kenyataan medianya hari ini.

Mengulas lanjut, Mustapha berkata, oleh itu pihaknya mencadangkan agar kerajaan Negeri Perlis mengkaji semula pelantikan Mohd Asri.

"Oleh kerana kuasa pelantikan mufti di bawah kuasa kerajaan negeri, maka Veteran Umno mencadangkan kerajaan negeri Perlis mengkaji semula pelantikan Mohd Asri sebagai Mufti Perlis demi untuk menjaga nama baik Tuanku Raja Perlis dan kredibiliti istana sebagai ketua agama negeri Perlis," katanya. - Sinar


Saya sebagai pemerhati politik tanah air, saya bersetuju dengan cadangan Datuk Mustapha Yaakub agar 'The Great Muzabzib' agar melepaskan jawatan sebagai Mufti Perlis.

Diharap Dr Mazabzib turut sama berganding bahu mencela pemerintah bersama pakatan pecah atau lebih sesuai dimasukkan bersama dengan PasMabuk (PAsMA) iaitu Datuk Phahrolrazi Zawawi yang dahagakan manusia Muzabzib berkaliber seperti Dr. Maza (The Great Muzabzib)






للاكي براني موڠكين اكن كاله تتاڤي تيدق اكن مڠاله.
@drmazacom "The Great Muzabzib" Sesuai Sertai PasMA?! Daeng Selili Rating: 5 Sunday, 10 May 2015
Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...

ping!