Monday, 4 May 2015

Demi Undi Sanggup Fitnah Arwah Tan Sri Jamaluddin Jarjis #PRKRompin #P091 #Rompin




Dikongsikan oleh rakan admin satu keratan gambar yang jelas tuduhan liar yang berbau fitnah kepada Allahyarham Tan Sri Jamaluddin Jarjis dalam kenyataan ringkas melalui SMS yang bertulis "Group JJ dpt duit utk undi..nape yang lain xdpt..xdokduit xdak undi.."

Fitnah liar sebegini biasa digunakan pembangkang untuk memburukkan usaha kerja jentera parti Barisan Nasional yang turun berkempen disamping membantu menjelaskan dan memberi penerangan berkenaan isu nasional dan tempatan, jika ini yang dihalalkan pembangkang apakah dengan ini dibolehkan dalam agama menuduh orang yang telah tiada untuk memburukkan orang lain demi meraih undi atas penipuan seperti ini?

Teringat admin perihalnya di PRK Sungai Limau dimana calon BN Dr Ahmad Sohaimi Lazim dituduh pernah mendapat rawatan penyakit mental. (Kononnya SMS ini datangnya dari handphone Pesuruhjaya PAS Kedah, Datuk Mahfuz Omar.)

SMS-SMS fitnah seperti ini sedikit-sebanyak mencacatkan perjalanan PRK namun begitulah adat pilihan raya di Malaysia, mana-mana pun tak lari dari unsur provokasi murahan seperti ini. Beginikah kita mahu bercakap tentang politik matang?

Proses menyuburkan demokrasi ialah 'Berperanglah' dari segi fakta bukan kata-kata bohong, amalkanlah budaya politik sihat, hormati lawan, kita hanya mahu memilih pemimpin, bukan mahu perpecahan sesama masyarakat.

Bukankah akhirnya selepas pilihan raya ini, pengundi masih tinggal di tempat dan negeri yang sama? Mengapa perlu kita bergaduh dan fitnah?

Apa pun syukur, semuanya sudah selamat. Yang menang atau kalah semuanya dengan izin ALLAH dan yang kalah juga atas kemahuan ALLAH.






للاكي براني موڠكين اكن كاله تتاڤي تيدق اكن مڠاله.
Demi Undi Sanggup Fitnah Arwah Tan Sri Jamaluddin Jarjis #PRKRompin #P091 #Rompin Daeng Selili Rating: 5 Monday, 4 May 2015
Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...

ping!