Wednesday, 6 May 2015

Datuk Hasan Arifin Menang Di Rompin #PRKRompin #Rompin

Hari ini di Dewan Jubli Perak Sultan Haji Datuk Hasan Arifin sah dinobatkan sebagai Ahli Parlimen Rompin apabila beliau secara sahnya diumumkan oleh wakil Suruhanjaya Pilihan Raya (SPR)

Barisan Nasional (BN) telah berjaya mengekalkan kerusi P.091 Rompin pada pilihan raya kecil (PRK) Parlimen itu hari ini.

Suruhanjaya Pilihan Raya (SPR) membuat pengumuman itu di Pusat Penjumlahan Rasmi Undi di Dewan Jubli Perak Sultan Haji Ahmad Shah pada sekitar jam 10.25 malam tadi. Datuk Hasan Arifin yang juga merupakan bekas timbalan menteri besar Pahang, telah menewaskan calon PAS dengan majoriti 8,895, meraih jumlah undi sebanyak 23,796 undi.



Beliau yang juga pemangku Ketua UMNO Bahagian Rompin menewaskan Ketua Pemuda PAS Pahang, Ustaz Nazri Ahmad yang mendapat 14,901 undi.

Sebanyak 38 pusat mengundi telah dibuka pada 5 Mei 2015 bagi proses pembuangan undi di mana jumlah keseluruhan peti undi termasuk undi pos ialah 120 dan jumlah undi ditolak ialah 591.

Penurunan jumlah yang keluar mengundi adalah purata sekitar 73 peratus pengundi daripada jumlah keseluruhan 53,294 pengundi di kawasan itu.


Dari temu bual selepas pengumuman tadi beliau berazam akan menunaikan tanggungjawab beliau selepas diberi kepercayaan sebagai Ahli Parlimen Rompin. Beliau memanjatkan syukur kehadrat Ilahi kerana berkat kesungguhan jentera Barisan Nasional dan terutamanya kepada pucuk pimpinan parti DS Najib Razak yang banyak membantu.


Tidak lupa beliau juga mengucapkan ribuan terima kasih kepada para jentera dan pengundi yang banyak membantu Barisan Nasional dalam mempertahankan kerusi Parlimen Rompin. 


للاكي براني موڠكين اكن كاله تتاڤي تيدق اكن مڠاله.
Datuk Hasan Arifin Menang Di Rompin #PRKRompin #Rompin Daeng Selili Rating: 5 Wednesday, 6 May 2015
Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...

ping!