Saturday, 2 May 2015

Datuk Hasan Ariffin Gesa PM Kaji Rumah Generasi Kedua FELDA #Feldadihatiku #PRKRompin #P091

Semalam bersama dengan Calon BN PRK P091 Rompin, Datuk Hasan Arifin disampaikan oleh MBFM yang rata ratanya adalah generasi kedua felda berkenaan dengan "Rancangan Rumah Generasi Kedua FELDA"


"Saya amat memahami rintihan, keluhan dan keperluan anak-anak FELDA Parlimen Rompin ini khususnya yg masih lagi tidak mampu memiliki rumah pada kadar yang berpatutan." katanya

Dalam konteks ini, beliau memberikan komitmen akan memperjuangkan hasrat generasi kedua felda agar nasib mereka terus terbela sekiranya beliau diberi amanah untuk berkhidmat kepada penduduk Rompin. 

Seperti yang semua sedia maklum perkara perkara yg berhubung kait dengan dasar FELDA memerlukan pertimbangan dan keputusan dari pucuk pimpinan khususnya YAB Perdana Menteri, DS Najib Tun Razak. 

"Saya yakin YAB PM sentiasa peka dan prihatin mengenai kebajikan dan masa depan felda. Bagi pihak generasi muda felda di rompin ini, Saya merayu agar pucuk pimpinan dapat mencari penyelesaian terbaik berkenaan isu perumahan generasi kedua." ucap beliau semalam. 

Sesungguhnya tidak ada parti lain selain umno dan BN yang memperjuangkan nasib masyarakat felda dari dahulu lagi dan tidak ada sebab kita meneruskan agenda ini lebih lebih lagi apabila PM sendiri adalah waris kepada Tun Abdul Razak yang telah mencetuskan agenda utk membela orang melayu melalui FELDA sejak 59 tahun dahulu.



للاكي براني موڠكين اكن كاله تتاڤي تيدق اكن مڠاله.
Datuk Hasan Ariffin Gesa PM Kaji Rumah Generasi Kedua FELDA #Feldadihatiku #PRKRompin #P091 Daeng Selili Rating: 5 Saturday, 2 May 2015
Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...

ping!