Sunday, 17 May 2015

Bas Baru RapidKL #myRapid #MyKL #AnakKL



Bas jenis Alexander Dennis Enviro 500 dua tingkat ini dikilangkan secara tempatan dan dipasang dengan rakan kongsi tempatannya dengan casis yang dihasilkan di Pasir Gudang, Johor dan badan yang dipasang di Pekan, Pahang.

Bakal memulakan operasi di sekitar Lembah Klang bermula September ini.

“Bas berkapasiti tinggi (108 penumpang) ini akan memenuhi permintaan yang semakin meningkat untuk pengangkutan awam,” kata pengarah urusan kumpulan Prasarana, Azmi Abdul Aziz.

Berharga RM1.4 juta sebuah, bas dua tingkat ini dilengkapi dengan lapan kamera CCTV di dek bawah dan atas bersama lima unit LCD 19 inci untuk hiburan penumpangnya. Bas dua tingkat ini juga dikatakan mudah untuk pengguna kerusi roda.

Pada ketinggian 4.2 meter, 12 meter panjang dan 2.5 meter lebar, bas dua tingkat ini turut mempunyai skrin yang menunjukkan jumlah penumpang di dek atas, membuatkan ianya lebih senang bagi penumpang untuk mencari tempat duduk kosong.

Laluan bagi bas ini belum lagi didedahkan kerana pengendali bas ini masih mengkaji laluan strategik untuk beroperasi di Lembah Klang dan ianya akan meningkatkan kapasiti RapidKL sehingga dua kali ganda.





Bas Baru RapidKL #myRapid #MyKL #AnakKL Daeng Selili Rating: 5 Sunday, 17 May 2015
Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...

ping!