Saturday, 2 May 2015

Barisan Nasional Boleh Menang Dengan Majoriti Besar - Khairy Jamaludin #PRKRompin #BN4Rompin #P091



Semalam Khairy Jamaludin merangkap Ketua Pergerakan Pemuda UMNO Malaysia ditemani rakan rakan seperjuangan dari PPUM bersama sama turun padang untuk berkempen di Pilihanraya Kecil Parlimen Rompin.


Walaupun banyak program program Barisan Nasional yang berskala kecil dilakukan disini akan tetapi YB Khairy Jamaludin dapat meluangkan masa bersama di dua program besar yang dianjurkan oleh Barisan Nasional di Bukit Ibam dan FELDA Keratong.



Dalam temu bual bersama media, YB Khairy Jamaludin mengucapkan jutaan terima kasih kepada pemuda UMNO dan jentera parti yang sama sama membantu dalam memenangkan calon Barisan Nasional Datuk Hasan Arifin.

Beliau menyatakan keyakinan beliau terhadap pengundi muda khususnya dari belia FELDA akan terus mengundi Barisan Nasional dan berharap agar pihak jentera parti akan terus memberikan penerangan kepada para pengundi disini berkenaan dengan isu isu setempat dan nasional dalam membantu para pengundi agar membuat pilihan yang tepat semasa 5 Mei kelak.

Beliau juga opitimis (maksudnya selalu mempunyai harapan yang baik dalam menghadapi sesuatu hal) mengatakan Barisan Nasional boleh mencapai jumlah majoriti yang tinggi dalam keputusan PRK Rompin kali ini dan mengatasi rekod yang ditinggalkan oleh Allahyaham Tan Sri Jamaludin Jarjis.

YB Khairy Jamaludin tiba di Rompin pada awal pagi semalam disambut oleh ratusan pemuda bermotor yang difahamkan ia adalah dari para pemuda tempatan bukanya jentera luar.

Dalam sesi tersebut beliau juga menyentuh berkenaan "kemeriahan" perang poster di PRK Rompin ini dengan menyatakan bahawa Parlimen Rompin ini mempunyai skala kawasan yang besar dan ia tidak boleh disamakan dengan tempat lain yang padat dalam ertikata lain pola penduduk di Parlimen Rompin terangcang dan dijarakan dengan satu kawasan ke satu kawasan dengan satu perjalanan yang agak jauh dan berbeza dengan keadaannya dengan kawasan bandar.






Credit gambar : Saudara Amir Izwan (Pemuda UMNO Ipoh Barat)

للاكي براني موڠكين اكن كاله تتاڤي تيدق اكن مڠاله.
Barisan Nasional Boleh Menang Dengan Majoriti Besar - Khairy Jamaludin #PRKRompin #BN4Rompin #P091 Daeng Selili Rating: 5 Saturday, 2 May 2015
Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...

ping!