Friday, 1 May 2015

Azwan Bro Bakal Ketua Pemuda UMNO?!

Azwan Bro dan suku sakatnya (malas nak sebut nama) menafikan mereka ini "gunting dalam lipatan" dalam Pergerakan Pemuda UMNO Malaysia yang hari ini dilihat lebih cenderung memecahbelahkan kesepakatan ahli Pemuda yang menyokong tuan Presiden UMNO DS Najib Tun Razak.


Azwan dalam survival politiknya kini kian suram dan tidak keterlaluan jika dikatakan beliau ibarat "melukut ditepi gantang" ada macam tidak berfungsi dan bodoh tidak boleh diajar. Datang cerita mahu mengulingkan tuan Presiden partinya sendiri?!

Ketua Pemuda UMNO Malaysia, Saudara YB Khairy Jamaludin memberikan respon yang jelas menyatakan Azwan mengunakan kepala hotaknya sendiri mengerakan sesuatu yang bukan paksikan agenda Pergerakan Pemuda UMNO Malaysia.


“Saya anak jantan, saya tidak perlu macai macai“, Menerusi laman Twitternya , beliau berkata “Kalau saya tidak sokong kepimpinan, saya akan nyatakan sendiri tanpa perlu menyuruh naib saya.” Getus Khairy Jamaluddin kepada media menafikan pembabitan dalam ‘komplot’ yang seperti dilaporkan.

Perang persepsi bermula daripada Mantan Perdana Menteri, Tun Mahathir Mohamad yang mendesak Datuk Seri najib Razak meletakkan jawatan dan bertambah panas apabila lima sekawan daripada jawatan tertinggi Pemuda UMNO Malaysia didakwa mengambil kesempatan mengadakan "Road Tour" untuk menggulingkan Presiden UMNO?

Harap Azwan Bro dan para soldadunya muhasabah diri tidak pasal Ketua Pemuda yang kena bekap mereka

Setuju juga dengan penulisan dari rakan blogger . baca SINI


للاكي براني موڠكين اكن كاله تتاڤي تيدق اكن مڠاله.
Azwan Bro Bakal Ketua Pemuda UMNO?! Daeng Selili Rating: 5 Friday, 1 May 2015
Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...

ping!