Tuesday, 28 April 2015

Wan Azizah Wakil Suami #PRKPermatangPauh #PKR

Rakyat di kawasan Parlimen Permatang Pauh perlukan pemimpin untuk mewakili mereka sebagai wakil rakyat dan bukannya seorang wanita sebagai wakil kepada suami di Dewan Rakyat.

Atas dasar itu, Barisan Nasional (BN) meletakkan calon anak tempatan, Suhaimi Sabudin sebagai calon parti itu pada Pilihan Raya Kecil (PRK) Parlimen Permatang Pauh, kata Ketua Badan Perhubungan UMNO Pulau Pinang, Datuk Seri Zainal Abdin Osman.

Beliau menyifatkan pencalonan Datuk Seri Dr Wan Azizah Wan Ismail hanyalah sebagai wakil kepada suaminya, Datuk Seri Anwar Ibrahim yang merupakan penyandang kerusi Parlimen Permatang Pauh sebelum ini.

Menurutnya, adalah hampir mustahil untuk menguruskan keperluan rakyat di dua kawasan dalam satu masa, tambah lagi jarak yang jauh antara Kajang dan Pulau Pinang merujuk kepada Dr Wan Azizah yang kini merupakan Ahli Dewan Undangan Negeri (ADUN) Kajang.

“Kami kesian dengan PKR kerana memaksa Wan Azizah memikul tanggungjawab sebagai ADUN Kajang, Presiden parti (PKR), Ketua Pembangkang, nenek dan seorang ibu serta sekarang mahu memegang kerusi Parlimen di Permatang Pauh.

“Sebab itu, kami memilih calon anak tempatan yang akan sentiasa ada dan bekerja untuk rakyat.

“Rakyat mahukan pemimpin yang ada dengan mereka bukannya wakil rakyat yang perlu berkhidmat di dua tempat yang berbeza negeri,” katanya ketika ditemui di Bilik Gerakan BN di Bandar Perda.

Sementara itu ADUN Pulau Betong, Muhammad Farid Saad berkata, adalah tidak adil kepada rakyat di Kajang dan Permatang Pauh sekiranya wakil mereka mewakili dua tempat.

“Ini tidak adil kepada rakyat kerana dia (Wan Azizah) tidak boleh berada di dua tempat dalam satu masa selalu.

“Bagaimana dia mahu menjadi ADUN dan Ahli Parlimen pada satu masa di dua tempat?,” katanya.

PRK Permatang Pauh menyaksikan pertandingan empat penjuru antara calon BN, PKR, dan dua calon Bebas, termasuk seorang yang mendakwa daripada Parti Rakyat Malaysia (PRM).

Calon BN Suhaimi Sabudin akan dicabar Presiden PKR Datuk Seri Dr Wan Azizah Wan Ismail, Salleh Ishak (Bebas) dan Azman Shah Othman daripada PRM.

PRK Permatang Pauh diadakan berikutan keputusan Lembaga Pengampunan menolak petisyen pengampunan diraja yang dipohon Anggota Parlimen kawasan itu Datuk Seri Anwar Ibrahim melalui anggota keluarganya, sekali gus menyebabkan Anwar hilang kelayakan sebagai wakil rakyat.

Anwar sedang menjalani hukuman penjara lima tahun bagi sabitan meliwat bekas pembantu peribadinya Mohd Saiful Bukhari Azlan. - therakyatpost


للاكي براني موڠكين اكن كاله تتاڤي تيدق اكن مڠاله.
Wan Azizah Wakil Suami #PRKPermatangPauh #PKR Daeng Selili Rating: 5 Tuesday, 28 April 2015
Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...

ping!