Wednesday, 8 April 2015

Tidak Adil Beri Tekanan Kepada PM - Mohd Razlan

Pakatan pembangkang hanya mewujudkan persepsi kononnya anak muda tidak memberikan sokongan kepada Barisan Nasional (BN) sedangkan perkara terbabit tidak benar. 



Golongan muda sekiranya didekati dan diberikan penerangan akan memahami matlamat perjuangan BN dan memberikan sokongan kepada kerajaan.

Pembangkang kelirukan mereka, mainkan emosi, sentimen dan tanamkan rasa kebencian terhadap kerajaan agar dasar-dasar yang dilaksanakan tidak mendapat kejayaan sepertimana baru baru ini pelbagai bantahan jalanan sekitar Kuala Lumpur dibuat kononnya pelaksanaan Cukai Barangan dan Perkhidmatan (GST) membebankan rakyat.

Pembangkang dan musuh kerajaan banyak menggunakan pembohongan dan fitnah untuk mengelirukan orang ramai dan anak muda. Ini terbukti apabila pembohongan mereka sebelum sebelum ini kini dapat dihidu oleh rakyat Malaysia yang membawa kepada susutnya sokongan kepada pakatan pembangkang. 


Ketua Pemuda UMNO Wilayah Persekutuan Mohd Razlan Muhammad Rafii menyeru masyarakat terutama muda mudi kembali kepada pemikiran seorang rakyat yang sayangkan negara agar tidak termakan kata kata tidak baik kepada pucuk pimpinan negara hari ini dengan tuduhan tuduhan yang tidak berasas yang jelas mengundang persepsi buruk kepada kepimpinan DS Najib Razak.

Bercakap kepada para hadirin malam tadi di Majlis makan malam kontigen sukan pemuda wilayah di Casa Helicornia FeldaSaudara Mohd Razlan bakal mengunakan pendekatan yang berbeza untuk menarik minat golongan muda dengan mengunakan aktiviti kumpulan Buskers (Street performance atau busking) dalam mempromosikan UMNO kepada golongan orang muda untuk sama menyertai UMNO.

Beliau juga menyatakan tentang konsep approach orang muda kepada kumpulan Buskers yang kini dilihat satu aktiviti riadah yang popular dikalangan peminat seni jalanan di bandaraya Kuala Lumpur .YB Tengku Adnan Tengku Mansor turut juga hadir pada majlis tersebut menjanjikan aktiviti ini akan diberi ruang dan peluang kepada kumpulan Busker ini dalam sama sama menyampaikan mesej mesej positif kerajaan kepada golongan muda khususnya disekitar Kuala Lumpur.


Saudara Mohd Razlan ditemuramah media tempatan berkenaan isu yang sedang rancak diperkatakan pada para penyokong mantan Perdana Menteri berkenaan Isu pembunuhan Altantuya.

Beliau menyatakan perkara ini jelas suatu tuduhan tidak berasas dan hanya bertujuan mempincangkan UMNO dan Kerajaan BN.

Mohd Razlan bersama seluruh kepimpinan pemuda bahagian Wilayah Persekutuan menyatakan kesepakatan untuk terus memberi kepercayaan kepada YB DS Najib Razak Perdana Menteri Malaysia dalam memimpin negara ini.

(tonton video dibawah untuk ucapan penuh Saudara Mohd Razlan Raffi)




Tidak Adil Beri Tekanan Kepada PM - Mohd Razlan Daeng Selili Rating: 5 Wednesday, 8 April 2015
Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...

ping!