Thursday, 16 April 2015

Sultan Selangor Bersiar Menaiki Tren #rapidKL #myKL

DYMM Sultan Selangor, Sultan Sharafuddin Idris Shah berkenan mencemar duli menaiki tren #RapidKL pagi ini. 


Tuanku menaiki tren dari stesen Kelana Jaya selepas diberikan penerangan serba ringkas mengenai sistem rel pengangkutan awam utama di Lembah Klang ini oleh Pengerusi Pransarana Malaysia Berhad, Tan Sri Ismail Adam sambil diiringi oleh Pengarah Kumpulan Prasarana, Azmi Abdul Aziz.

Untuk info, ini merupakan kali pertama baginda Sultan mencemar duli mencuba sendiri menaiki tren #RapidKL yang menghubungkan ratusan ribu orang setiap hari. Tuanku menunjukkan minat untuk menaiki tren selepas mendengar taklimat secara terperinci mengenai projek pembinaan LRT Line 3 yang akan menghubungkan Bandar Utama dan Johan Setia di Klang.



Tiba di stesen KL Sentral, Baginda seterusnya diiringi Pengerusi SPAD, Tan Sri Syed Hamid Albar dan Tan Sri Mohamad Salim Fateh Din Pengarah Urusan Kumpulan MRCB menuju ke stesen Monorel di sini dan menaiki Monorel 4 koc menuju ke stesen Bukit Nanas. Baginda menamatkan lawatan kerja dan menuju ke Hotel Concorde untuk jamuan makan tengahari. - sumber

للاكي براني موڠكين اكن كاله تتاڤي تيدق اكن مڠاله.
Sultan Selangor Bersiar Menaiki Tren #rapidKL #myKL Daeng Selili Rating: 5 Thursday, 16 April 2015
Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...

ping!