Saturday, 18 April 2015

#PRKRompin : BN Wakilkan Datuk Hasan Arifin


Barisan Nasional (BN) hari ini mengumumkan Datuk Hasan Arifin sebagai calon Pilihan Raya Kecil (PRK) Parlimen Rompin 5 Mei depan.

Pengumuman tersebut dibuat oleh Timbalan Presiden Umno, Tan Sri Muhyiddin Yassin dalam majlis khas yang diadakan di Bandar Muadzam Shah, di sini.

PRK Parlimen Rompin diadakan selepas penyandangnya, Allahyarham Tan Sri Jamaluddin Jarjis meninggal dunia dalam sebuah kemalangan helikopter terhempas yang turut mengorbankan lima mangsa lain pada 4 April lalu.

Selepas kejadian tersebut, Datuk Hasan Arifin yang merupakan Timbalan Ketua Umno Rompin telah dilantik sebagai pemangku Ketua Umno Bahagian Rompin. - KK

للاكي براني موڠكين اكن كاله تتاڤي تيدق اكن مڠاله.
#PRKRompin : BN Wakilkan Datuk Hasan Arifin Daeng Selili Rating: 5 Saturday, 18 April 2015
Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...

ping!