Wednesday, 8 April 2015

Najib Razak Wajar Pecat Presiden KTMB

Kenapa Projek "Klang Valley double-tracking (KVDT)" MENDAP?!

Rakan blogger #KLChronicle mendesak supaya Presiden KTMB Datuk Elias Kadi dipecat berhubung kegagalan beliau dalam urustadbir Keretapi Tanah Melayu yang kini dilaporkan dalam media arus perdana mencatatkan kerugian sejak 2013. 


Malah pada tahun lepas, Kesatuan Pekerja-pekerja Keretapi Tanah Melayu Berhad (KPPKTMB) menggelarkan Presiden Keretapi Tanah Melayu Berhad (KTMB) Datuk Elias Kadir (gambar) sebagai ‘non performing president’.

Ini adalah lantaran kerugian yang dialami oleh KTMB kini, adalah berpunca daripada Presiden KTMB yang setelah  dilantik sejak 2 Mei 2011 hingga kini, tiada banyak perubahan yang beliau dilakukan.

Dalam artikel yang dimuatkan di blog thekl-chronicle, Datuk Elias dilihat menjadi liability terhadap kerancakan pembangunan kerajaan pimpinan YB DS Najib Razak kerana tidak melaksanakan tanggungjawab beliau sebagai seorang yang (dilantik) diberi amanah mengepalai KTMB. 

Antara perkara yang dibangkitkan dalam blog tersebut juga mempersoalkan projek naik taraf sistem Klang Valley double-tracking (KVDT) Objektif utama projek KVDT ini adalah untuk menaiktaraf sistem tren Komuter yang sedia ada bagi keselesaan dan kesenangan hampir 200,00 pengguna Komuter setiap hari. (sini)

Bayangkan bertapakah ini memberi pulangan keuntungan yang baik kepada KTMB malah ini dapat mengurangkan kesesakkan lalu lintas yang kini menghimpit warga kota.

Kelemahan dan ketidakcekapan Presiden KTMB ini wajar diambil serius oleh semua pihak cegah sebelum parah!

“Menyambung biar panjang, menyebar biar lebar.” 

للاكي براني موڠكين اكن كاله تتاڤي تيدق اكن مڠاله.
Najib Razak Wajar Pecat Presiden KTMB Daeng Selili Rating: 5 Wednesday, 8 April 2015
Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...

ping!