Monday, 6 April 2015

Nahas Helikopter : Mayat Aidana Baizieva Dituntut

SEORANG ahli keluarga Aidana Baizieva tiba di bilik mayat Hospital Kuala Lumpur bagi menuntut mayat wanita tersebut.



Gadis yang dipercayai adik Aidana itu turut mengisi beberapa borang untuk tujuan pelepasan mayat. Dia hadir di bilik mayat ditemami seorang lelaki dari Kedutaan Kyrgyzstan.

Aidana merupakan pembantu juruterbang yang terkorban dalam nahas helikopter yang terhempas di Semenyih, petang Sabtu lalu.



Seorang jurucakap kedutaan mengesahkan Aidana merupakan warga Kyrgyzstan dan bekerja di Malaysia.

“Rekod menunjukkan dia berada di Malaysia sekurang-kurangnya selama setahun,” katanya.

Nahas tersebut mengorbankan kesemua enam penumpangnya termasuk Ahli Parlimen Rompin, Tan Sri Jamaluddin Jarjis, Ketua Setiausaha Sulit perdana menteri, Datuk Azlin Alias, ahli perniagaan, Dato’ Tan Huat Seang, pengawal Jamaluddin, Razakan Seran dan juruterbang, Kapten Clifford William Fournier. – sumber


Kepada yang suka menokok tambah cerita itu mohon hormati sedikit waris mangsa kemalangan jangan duk berspekulasi macam macam, Sedekahkan Al- Fatihah dan doakan agar mereka ditempatkan bersama orang yang beriman.

Bukan duk canang dia itu dia ini....


للاكي براني موڠكين اكن كاله تتاڤي تيدق اكن مڠاله.
Nahas Helikopter : Mayat Aidana Baizieva Dituntut Daeng Selili Rating: 5 Monday, 6 April 2015
Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...

ping!