Wednesday, 15 April 2015

Lando Zawawi Marah Tayar Celup #jangancelup

Pernah kerajaan mengumumkan bahawa tindakan saman akan dikenakan terhadap mana-mana pengguna jalanraya yang menggunakan tayar celup ini, ramai yang tidak berpuas hati. termasuk saudara Lando yang menyerang Datuk Ab Aziz Kaprawi, Timbalan Menteri Pengangkutan dengan panggilan yang tidak enak didengar.



Apa Itu Tayar Celup?

Berdasarkan kegunaan biasa, tayar baru biasanya akan haus dalam tempoh tiga hingga empat tahun dan selepas itu tayar tersebut boleh dicelup semula oleh industri celup tayar sebanyak dua kali.

Pengusaha tayar celup akan meneliti dan memeriksa tayar-tayar ini dan memilih tayar-tayar yang selamat untuk dicelup semula manakala yang tidak sesuai akan dibuang untuk dikitar semula. Mereka kemudian akan memproses tayar-tayar itu termasuk dengan menambah kompaun atau lapisan yang baru sebelum diproses semula

Tayar celup adalah selamat digunakan kerana terdapat piawaian dan spesifikasi teknikal yang menepati industri pembuatan tayar celup dan kawalan terhadap pencelupan tayar juga adalah sangat ketat.

Industri tayar celup di negara ini juga mendapat pengiktirafan antarabangsa apabila negara-negara lain seperti New Zealand, Australia dan Taiwan turut menempah tayar celup yang dihasilkan di sini.

Hanya tayar yang memenuhi piawaian Sirim yang boleh dikesan melalui tanda 'MS' di tayar, atau piawaian American Department of Transportation yang ditanda dengan 'DOT' atau tayar yang memenuhi piawaian European Community Standard (ECE) yang ditanda dengan 'E' sahaja yang dibenarkan, manakala penggunaan lain-lain jenis tayar termasuk "tayar toreh" boleh menyebabkan tindakan saman sehingga RM300.

Empat (4) persatuan yang terlibat dalam industri tayar di negara ini, iaitu Malaysian Association of Tyre Retreaders and Dealer Society (MATRDS), Tyre Retreading Manufacturers Association of Malaysia (TRMAM), Association of Tyre Importers (ATI) dan FMM Malaysian Automotive Tyre Manufacturers Industry Group

Babi halang laluan jalan boleh buat report (rakam video)


"HARAM TAYAR CELUP"

Saudara Lando memuat naik beberapa photo pilihan minggu ini dilaman facebooknya dan ia menarik perhatian kepada para pengguna jalan raya yang lain.


Selain pemantauan oleh pihak berwajib, laporan daripada orang ramai juga dialu-alukan berhubung aktiviti haram itu (pembuatan tayar celup secara haram sekiranya ada) bagi membolehkan tindakan seterusnya diambil oleh pihak-pihak berkuasa yang terlibat. 

Lesen?
Custom/MITI 

Check spec mase manufacturing?
MITI 

Check di kedai as per cert?
KPDNKK

Check di jalan?
JPJ


Kutip sampah atas jalan?
JKR/PLUS


Yang mengunakan tayar celup ini jelas kebanyakkan adalah dari kenderaan berat seperti lori dan trak. Jika saranan mahu mengharamkan tayar celup ini bermakna ia bersamaan menyokong kos pergangkutan diletakkan dibahu penguna oleh para syarikat syarikat pengangkutan yang mengunakan tayar sedemikian rupa. Sanggupkah kita menerima lagi kenaikan harga barang yang hari ini menjadi buah mulut orang ramai? Jika sanggup silakan.

Kesedaran bersama


Soal keselamatan jalan raya mengambil kira banyak perkara. cara pemanduan (tidak memandu secara melulu) dan faktor jalan raya juga ada memainkan peranan. 

Saya sedikit musykil bagaimana BAHAN BUKTI TAYAR CELUP sebesar itu menghalang laluan Lando seorang sahaja?! Atau kutip kat mana-mana kedai tayar?!kih kih kih...

Brotherhood ini apa?Apam rusuk kiri ke?! 

"Sayangi alam sekitar, amalkan kitar semula!"


للاكي براني موڠكين اكن كاله تتاڤي تيدق اكن مڠاله.
Lando Zawawi Marah Tayar Celup #jangancelup Daeng Selili Rating: 5 Wednesday, 15 April 2015
Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...

ping!