Monday, 20 April 2015

Kerajaan Sudah Lama Laksana Hukum Islam

Kita sudah sedia maklum  pemimpin-pemimpin PAS sering menuduh  pemimpin UMNO kafir, munafik, menolak hukum Islam dan sebagainya hanya kerana kononnya UMNO tidak melaksanakan hukum Islam iaitu  hudud. 


Saya tak pastilah samada mahkamah syariah yang ada  di negeri Kelantan itu telah wujud sebelum merdeka, adalah hasil usaha pemimpin PAS. 

Ataupun kerana undang-undang itu tidak kedengaran bunyi arab maka lebai-lebai  PAS merasakan undang-undang tersebut tidak Islamik. 

Tahukah mereka Kerajaan Malaysia telah lama melaksanakan 7 jenis kesalahan jenayah hudud dalam  undang-undang Syariah dan Sivil.

Antara kesalahan jenayah hudud tersebut ialah:
1- Murtad 
2- Zina
3- Qazaf Fitnah
4- Arak
5- Mencuri
6- Merompak
7- Bughah (memerangi kerajaan yang sah).

Manakala jenayah hudud dibawah udang-undang syariah enekmen Agama Islam negeri ialah:
1- Murtad 
2- Zina 
3- Arak
4- Qazaf

Jenayah hudud dibawah undang-undang sivil kanun jenayah pula ialah :
1- Mencuri
2- Merompak
3- Bughah - (akta SOSMA)

Ini sudah cukup membuktikan bahawa kesalahan jenayah dalam undang-undang Syariah Islam seperti hudud dan qisas terdapat dalam undang-undang sivil Malaysia dibawah hukum takzir. 

Seperti yang kita sedia maklum,  sesuatu kesalahan hudud dan qisas yang tidak memenuhi syarat untuk proses keadilan, maka kes itu boleh dijalankan dengan pengunaan  hukum takzir iaitu undang-undang 3. 




tbc 


للاكي براني موڠكين اكن كاله تتاڤي تيدق اكن مڠاله.
Kerajaan Sudah Lama Laksana Hukum Islam Daeng Selili Rating: 5 Monday, 20 April 2015
Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...

ping!