Monday, 30 March 2015

"Tiada Penumpang Semasa Kejadian" - Ketua Pegawai Operasi Rapid Rail #RapidKL #myKL




Salah satu daripada tayar getah sebuah kereta api monorel empat gerabak terbakar di stesen Titiwangsa. Dalam satu kenyataan, Ketua Pegawai Operasi Rapid Rail Monorail Line, Abdul Hadi Amran berkata tidak ada seorang pun di dalam kereta api itu pada masa kejadian.

Penggantungan perkhidmatan juga didorong oleh insiden kedua yang menyaksikan 
kereta api monorel dua gerabak juga terkandas antara stesen Imbi dan Bukit Bintang ia disebabkan oleh masalah teknikal .

Sebuah keretapi menyelamat telah dihantar ke tempat kejadian dan menolak 
gerabak terkandas ke stesen Imbi untuk mengosongkan penumpang.

"RapidRail sedang menjalankan siasatan dalaman ke atas kedua-dua kejadian dan meminta maaf diatas segala kesulitan, " kata Abdul Hadi .



للاكي براني موڠكين اكن كاله تتاڤي تيدق اكن مڠاله.
"Tiada Penumpang Semasa Kejadian" - Ketua Pegawai Operasi Rapid Rail #RapidKL #myKL Daeng Selili Rating: 5 Monday, 30 March 2015
Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...

ping!