Monday, 16 March 2015

Pembelian Jet Satu Pembaziran - Rafizi

Pesawat Baru Ganti Pesawat Berumur 20 tahun.

PEROLEHAN pesawat baru VVIP jenis A320 merupakan satu keputusan penggantian Jet Kerajaan yang berusia 20 tahun bagi tujuan penggunaan Yang Di Pertuan Agong, Sultan dan Perdana Menteri.

Menurut sumber kerajaan, pesawat ini dibeli untuk menggantikan pesawat VVIP jenis BBJ737-700NG yang telah berusia hampir 20 tahun dan memakan kos penyelenggaraan yang tinggi.

Penggantian seperti ini adalah amalan biasa dalam perolehan kerajaan sebab di Malaysia ini bukan Perdana Menteri sahaja VVIP, tapi ada juga Yang Dipertuan Agung dan Raja-Raja yang layak menggunakan kemudahan pesawat rasmi kerajaan.

Justeru dakwaan Ahli Parlimen Pandan, Rafizi Ramli, bahawa pembelian ini merupakan satu pembaziran kerana Kerajaan telah mempunyai 6 buah Jet adalah tidak tepat.

Sebaliknya kerajaan dalam proses menggantikan pesawat lama yang telah uzur.

Sebagai pemerintah tertinggi Angkatan Tentera Malaysia, DYMM Yang Dipertuan Agung layak mendapat perkhidmatan pesawat yang terbaik dari segi teknologi dan keselamatan sementara dalam masa yang sama, wang rakyat dapat dijimatkan kerana pesawat baru ini tidak memerlukan kos penyelenggaraan yang tinggi seperti pesawat lama.

Manakala soal pembelian terbaru ini melalui rundingan terus diberi kepada Jet Premier One (M) Sdn. Bhd kerana syarikat yang mempunyai kontrak penyelenggaraan dan pengendalian pesawat Kerajaan ACJ 319. Ini memudahkan urusan pembelian dan pengendalian pesawat terbabit.

Selain itu pembelian Jet kerajaan merupakan pembelian dengan ciri-ciri spesifik dan tertentu yang tidak sesuai untuk sistem tender.


Pembelian Satu Pembaziran?

Ia jadi membazir kalau setiap tahun kerajaan tukar pesawat VVIP. Kalau ikut rekod, sepanjang 6 tahun menjadi Perdana Menteri, inilah kali pertama pentadbiran Datuk Seri Najib menukar pesawat VVIP, itupun untuk tujuan mengurangkan kos disamping aspek keselamatan kerana ia menjadi kegunaan Yang Dipertuan Agung serta Raja-Raja.

Menurut sumber yang sama lagi, pesawat lama (BBJ 737-700NG) sedang dalam proses untuk dijual – tak semestinya untuk digunakan, tapi sebagai sumber alat ganti, jadi sekali lagi, tunjukkan di mana berlaku pembaziran?

Cakap pasal rundingan terus, DAP Pulau Pinang pun tak menggunakan proses tender terbuka dalam penganugerahan Projek Pembinaan Terowong Dasar Laut Pulau Pinang yang bernilai lebih RM 4 billion. Kenapa Rafizi tak menyerang disitu?

Tapi bila difikirkan semula, Rafizi memang selalu ada masalah macam ini. Dengan tukang gunting rambut pun kena tipu (rambut tak berapa ada tapi gunting kena RM10), apa lagi cerita hal-hal beli pesawat macam ini. - mykmu.net


للاكي براني موڠكين اكن كاله تتاڤي تيدق اكن مڠاله.
Pembelian Jet Satu Pembaziran - Rafizi Daeng Selili Rating: 5 Monday, 16 March 2015
Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...

ping!