Tuesday, 10 March 2015

Kenapa Ikan Keli Haram Dimakan?!

Ikan Keli adalah ikan air tawar yang banyak terdapat di negara-negara ASEAN, khususnya di Malaysia. Di sesetengah tempat khususnya di Selangor, ikan keli disebut sebagai "ikan semilang". Bagi orang Perak, ikan semilang hanya hidup di laut. 

Ikan keli boleh didapati di kebanyakan sawah padi, contohnya di Pahang, di Paya Pahang Tua, Mambang, Ganchong dan Paloh Hinai, Pekan. Ia juga banyak terdapat di Tasik Chini, Paya Bungor atau Bera. Keli juga menghuni di kuala anak sungai kecil seperti Sungai Lepar di Paloh Hinai hingga ke Jerantut dan Kuala Lipis, selain di Sungai Bera dan Sungai Serting.

Ada tersebar di internet terutama di facebook tentang “Perbezaan ikan keli memakan bahan haram dan halal” yang mana info yang diberikan oleh penulis asalnya adalah salah sama sekali. Saya rasa terpanggil untuk membetulkan fakta yang kurang tepat ini supaya orang ramai tidak mudah tertipu atau terkeliru dengan “khabar angin” atau dari pandangan orang yang kurang ilmu dalam perkara ini.

Jika orang ramai percaya dengan artikel ini, dikhuatiri penternak ikan keli yang tidak tahu hujung pangkalnya yang akan menjadi mangsa, kerana pembeli takut untuk membeli ikan keli kayu atau hibrid ikan keli Afrika yang dikatakan haram kerana tulang supraosipitalnya (kepala) berbentuk “V”.

Sebenarnya tiada kaitan antara makanan haram atau halal yang dimakan oleh ikan keli atau mana-mana haiwan dengan bentuk morfologinya. Perbezaan bentuk morfologi yang dinyatakan dalam artikel ini hanya ciri-ciri luaran semulajadi untuk membezakan antara spesies ikan keli, bukan disebabkan makanannya halal ataupun tidak. Mungkin kebetulan semasa penulis artikel asal pergi ke kolam ternakan ikan keli kayu atau ikan keli Afrika hibrid, penternak memberi makanan yang tidak halal, maka penulis terus membuat kesimpulan yang kurang tepat.

Berikut diberikan fakta mengenai 3 spesies ikan keli yang biasa terdapat di pasaran negara kita, termasuk 2 spesies tempatan iaitu keli kayu dan keli bunga dan satu spesies keli Afrika (diperkenalkan dari Afrika dan sekarang telah banyak terdapat hibridnya diternak di negara ini). Perhatikan rajah-rajah yang membezakan ketiga-tiga spesies ikan keli ini.



No. 1: Ikan keli bunga (Clarias macrocephalus) yang mempunyai tulang supraosipital berbentuk “U” dan bahagian atas (dorsal) badan warna hitam kelabu manakala di bahagian bawah (ventral) berwarna putih kelabu. Kadang-kadang terdapat juga bintik-bintik kelabu putih di badan.

No. 2: Ikan keli kayu (Clarias batrachus) yang mempunyai tulang supraosipital berbentuk “V” dan bahagian atas (dorsal) badan berwarna hitam berkilat manakala di bahagian bawah (ventral) badan berwarna putih. Badan lebih panjang dan kurus berbanding keli bunga.

No. 3: Ikan keli Afrika (Clarias gariepinus) yang mempunyai tulang supraosipital berbentuk “V” (hampir menyerupai keli kayu) tetapi badannya lebih besar, bahagian atas (dorsal) dan sisi (lateral) badan berwarna gelap/hitam manakala di bahagian bawah (ventral) badan berwarna kelabu putih. Jika dalam keadaan stress, terdapat bintik-bintik hitam di permukaan badannya. Keli Afrika mempunyai sengat (spina) pektoral yang kurang tajam berbanding dengan ian-ikan keli tempatan.

Perlu diingat bahawa warna air dan tahap kekeruhan air mempengaruhi warna ikan keli, jika warna air hitam maka warna kulit ikan akan lebih gelap daripada biasa, namun begitu bentuk tulang supraosipital tidak akan berubah.

Diharap dengan penerangan yang serba ringkas ini orang ramai tidak lagi terkeliru dengan ciri-ciri ikan keli. Kesimpulannya, makanan haram atau halal tidak mempengaruhi bentuk badan dan morfologi ikan keli. Semoga bermanfaat. [sumber]

JENIS-JENIS LAIN KELI
  • Ikan Keli Kayu
  • Ikan Keli Bunga
  • Ikan Keli Eksotika
  • Ikan Keli Limbat
  • Ikan Keli Mata Kati
  • Ikan Keli Rusia
  • Ikan Keli Afrika
  • Ikan Keli Jeram
  • Ikan Keli Hutan


IKAN KELI TERNAKAN
Ikan keli boleh dipelihara di dalam kolam besar atau sekadar di dalam kolah. Ia mudah membiak dengan memberi makan reja daging ayam, lemak ayam dan sebagainya. Harga sekilo ikan keli yang sudah disiang hanya RM5.00 di pasar. Dalam bahasa Jawa dan di Indonesia pada amnya, ikan keli disebut "ikan lele".


KEPERCAYAAN
Bagi sesetengah tempat khususnya di Hilir Perak dan Kampung Gajah, Perak, ikan keli tidak dimakan atau kurang dimakan kerana kepercayaan 'kuno' ikan keli berasal daripada berudu, iaitu anak katak. Jika orang mati lemas di Sungai Perak, mayat yang hanyut dan telah reput itu biasanya dimakan oleh ikan keli. Mereka menjumpai dalam mayat tersebut beberapa ekor ikan keli. Mungkin kerana cerita-cerita sebegini, ikan keli 'kurang digemari' di Hilir Perak dan Kampung Gajah, Perak. Sebaliknya di Semenyih, Selangor, ikan keli menjadi hidangan istimewa dalam kenduri keluarga.


Kenapa Ikan Keli Haram Dimakan?!

HARAM
Ikan yang diternak orang bukan Melayu diberi makan perut ayam, bahan buangan, bangkai dan organ dalaman babi. Semua benda itu tidak halal untuk umat Islam.



HALAL
Diberi makan palet halal iaitu campuran beras hancur, tepung ikan, kepala ikan bilis, minyak sawit, bahan buangan kelapa sawit, kiambang dan vitamin.


للاكي براني موڠكين اكن كاله تتاڤي تيدق اكن مڠاله.
Kenapa Ikan Keli Haram Dimakan?! Daeng Selili Rating: 5 Tuesday, 10 March 2015
Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...

ping!