Wednesday, 18 March 2015

DAP Melenting PAS Bentang Hudud #hudud #DAP #kitalawan #PAS

Tindakan kerajaan PAS Kelantan membentangkan Enakmen Jenayah Syariah II (1993) 2015 di Dewan Undangan Negeri Kelantan pada hari ini adalah satu keputusan yang melanggari Dasar Bersama Pakatan Rakyat dan mengkhianati konsensus Majlis Pimpinan Pakatan Rakyat.

Setiausaha Organisasi Kebangsaan DAP, Anthony Loke Siew Fook berkata DAP bertegas membantah sekeras-kerasnya tindakan parti itu yang mengingkari keputusan Majlis Pimpinan Pakatan Rakyat pada 12 Mac lalu.

Malah katanya, ini merupakan satu tindakan provokasi untuk memecahkan Pakatan Rakyat.

“DAP konsisten dengan pendirian kami bahawa pelaksanaan Enakmen Jenayah Syariah atau Hudud adalah bertentangan dengan Perlembagaan Persekutuan dan tidak sesuai dalam konteks masyarakat majmuk Malaysia.

“Sejak hari pertama DAP bekerjasama dengan PAS dan PKR dalam kerangka Pakatan Rakyat selepas Pilihanraya Umum ke-12 pada tahun 2008, DAP sentiasa menegaskan bahawa pelaksanaan hudud bukan dan tidak akan menjadi agenda bersama dalam Pakatan Rakyat,” katanya dalam satu kenyataan hari ini.

Anthony Loke yang juga ahli Parlimen Seremban juga menjelaskan DAP komited untuk menjayakan misi Pakatan Rakyat sebagai kerajaan alternatif untuk menggantikan Barisan Nasional yang korup dan boros.

Namun katanya, ada pihak-pihak tertentu dalam PAS yang lebih cenderung memberikan ‘pelampung’ kepada UMNO untuk menyelamatkan diri daripada pelbagai skandal rasuah yang didedahkan kebelakangan ini.

“Pakatan Rakyat tidak akan berjaya menumbangkan Barisan Nasional selagi ada ‘musuh dalam selimut’ yang sentiasa membelakangkan konsensus bersama dan bertindak mengikut rentak yang dimainkan oleh UMNO,” jelasnya.

Katanya lagi, pimpinan tertinggi DAP akan mengadakan mesyuarat CEC pada Isnin ini untuk membincang dan memutuskan hala tuju parti itu bersama Pakatan Rakyat selepas ‘ditikam dari belakang’ oleh PAS Kelantan pada hari ini.

lagi : SINI




للاكي براني موڠكين اكن كاله تتاڤي تيدق اكن مڠاله.
DAP Melenting PAS Bentang Hudud #hudud #DAP #kitalawan #PAS Daeng Selili Rating: 5 Wednesday, 18 March 2015
Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...

ping!