Friday, 13 February 2015

Ramai Penyokong Nik Aziz Terdedah Dengan Perkara Khurafat?!



Jika ada kematian, seeloknya orang ramai mendoakan roh jenazah, ahli keluarganya dan mengucapkan takziah sebagaimana yang diajar baginda Rasulullah Nabi Muhammad SAW kepada kita.

Pengerusi Biro Pemuda IPT Pemuda UMNO Dr Fathul Bari Mat Jahya berkata orang ramai tidak perlu menceritakan apa yang berlaku di persekitaran seperti melibatkan matahari dan awan kerana ia bersalahan dari segi akidah Islam.

“Untuk kaitkan apa yang berlaku apa yang berlaku di persekitaran adalah salah di sisi akidah.

(Kononnya Kalimah Allah terbit dilangit)

“Walaupun ia tidak sampai ke syirik besar, mempercayai unsur sebegitu adalah khurafat,” katanya kepada Mynewshub ketika dihubungi hari ini.

Beliau mengulas berkenaan kejadian di laman sosial apabila beberapa pengguna dilihat mengaitkan beberapa peristiwa di kawasa persekitaran kerana kematian Tuan Guru Datuk Nik Abdul Aziz Nik Mat yang meninggal dunia malam tadi.

Beberapa gambar di laman Facebook dikatakan menunjukkan kepulan awan membentuk kalimah Allah dan ratusan ekor burung didakwa terbang secara berkumpulan di sekitar rumah Allahyarham Nik Abdul Aziz.

Apabila disebarkan maka ramailah yang jadi ‘nasi tambah’ kononnya fenomena itu berlaku susulan pemergian ulama yang cukup zuhud dan tinggi keperibadiannya. Bagi Fathul Bari, kepercayaan sebegini perlu dikikis dari dunia orang melayu Islam.

Sememangnya…bukan hendak menidakkan kebaikan Allahyarham tetapi kita sebagai manusia perlu ingat supaya tidak terlalu taksub dengan kejadian aneh seumpama ini.

Malah ada cerita bila mana wafatnya Ibrahim anak Rasulullah, ramai orang ramai mengatakan matahari bersedih sehingga menjadi gerhana.

Namun tatkala cerita ini sampai ke pengetahuan Baginda, Rasulullah melarang berkata demikian menerusi sabda:

“Sesungguhnya matahari dan bulan tidak gerhana dan langit tidak hujan dengan kematian salah seorang daripada kamu”.


Wallahualam…. apapun, Islam sememangnya tidak pernah mengajar umat berlebih-lebih dalam sesuatu perkara termasuk menyanjung sesama manusia. - http://www.drfathulbari.com/

Admin tak reti nak ulas pasal taksubnya pengikut Nik Aziz dari sudut agama maklum la admin bukan setaraf nak tegur orang yang cukup tinggi agamanya seperti pengikut fanatik TG Nik Aziz cuma admin sedikit pelik dengan perbuatan yang tidak menunjukkan contoh yang baik untuk diteladani oleh golongan muda mudi hari ini. (taksub melampau)


Hingga hari ini tidak ada seorangpun dari kalangan pemimpin (ulamak) PAS mengecam perbuatan "candle vigil" yang jelas menjerumuskan orang Islam terutama dari penyokong yang beragama islam yang dikuatiri tergelincir akidahnya.

Tidakkah ada rasa hormat mereka kepada kematian rakan seperjuangan pembangkang (TG Nik Aziz) yang kuat menyokong mereka sebelum ini? 

Apa kata DR. MAZA?!Selalu laju je kutuk orang..kah kah kah


للاكي براني موڠكين اكن كاله تتاڤي تيدق اكن مڠاله.
Ramai Penyokong Nik Aziz Terdedah Dengan Perkara Khurafat?! Daeng Selili Rating: 5 Friday, 13 February 2015
Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...

ping!