Thursday, 12 February 2015

Kenapa nak persoal sistem beraja? - Datuk Noor Ehsanuddin

Kenyataan Ahli Parlimen Pasir Mas Nik Abduh Nik Aziz yang ingin menukar sistem beraja jelas menunjukkan bahawa beliau adalah seorang pemimpin yang tidak banyak mengetahui tentang sejarah Malaysia, kata Datuk Noor Ehsanuddin Mohd Harun Narrashid.

Jelas Ahli Parlimen Kota Tinggi Johor itu, adalah tidak wajar Nik Abduh membuat kenyataan sedemikian hanya kerana pergaduhan melibatkan parti PAS dan DAP.

Katanya, masalah tersebut seharusnya diselesaikan secara dalaman antara kedua-dua parti tersebut dan bukannya memberi cadangan untuk menukar sistem yang telah wujud sejak merdeka lagi.

“Kenapa nak adakan benda yang tak ada dan nak tukar pula benda yang memang dah wujud 57 tahun lamanya?

“Pilihanraya PBT baru cadangan, mereka bergaduh anak beranak (PAS dan DAP), selesaikanlah dengan cara mereka, kenapa nak kena usik sistem beraja pula?” Katanya ketika dihubungi BNBBC.my.

Nik Abduh hari ini mempersoalkan samada sistem beraja yang diamalkan Malaysia sekarang perlu ditukar semata-mata untuk mencapai keadilan.

Persoalan itu dibangkitkan berikutan isu pilihan raya pihak berkuasa tempatan (PBT) semakin hangat diperdebatkan di antara PAS dan DAP.

Tambah Ehsanuddin lagi, cara pembangkang menyelesaikan masalah membawa kepada kehancuran politik berikutan tuduhan provokasi yang dilakukan sehingga sanggup menukar sistem beraja yang kononnya demi mencapai keadilan di Malaysia.

“Pembangkang jangan nak mengelak isu sebenar, bila dah silap, bergaduh beriya dua parti tersebut, lepas tu nak tunding pada salah lain pula, cakap sistem beraja katanya patut ditukar. Lepas tu orang dah tak ingat pergaduhan mereka, yang orang akan fokus adalah provokasi lain iaitu nak kena tukar sistem beraja.


“Cara mereka ini adalah membawa kepada politik kehancuran, jelas manampakkan yang pembangkang ni tidak ada kemahiran dalam mentadbir negara, akhirnya rakyat yang jadi mangsa, percayalah,” jelasnya. - bnbbc




للاكي براني موڠكين اكن كاله تتاڤي تيدق اكن مڠاله.
Kenapa nak persoal sistem beraja? - Datuk Noor Ehsanuddin Daeng Selili Rating: 5 Thursday, 12 February 2015
Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...

ping!