Thursday, 26 February 2015

BN Pernah Kalah Majoriti Besar di DUN Cempaka

Barisan Nasional (BN) tidak akan bertanding pada Pilihan Raya Kecil (PRK) Dewan Undangan Negeri (DUN) Chempaka bulan depan.

Perdana Menteri, Datuk Seri Najib Razak berkata, keputusan itu diambil untuk memberi keutamaan kepada urusan bantuan pasca banjir kepada mangsa dan usaha kepada perpaduan ummah.

“Keputusan diambil selepas mendapat penjelasan daripada UMNO Bahagian itu,” katanya pada sidang media selepas mempengerusikan mesyuarat Majlis Tertinggi (MT) UMNO pada malam Rabu.

Mengenai PRK Permatang Pauh, Najib berkata soal kekosongan kerusi atau pilihan raya kecil perlu diadakan belum diputuskan Suruhanjaya Pilihan Raya (SPR).

“Kita tunggu ikut pada tafsiran Perlembagaan oleh SPR, jika sudah diputuskan, MT akan bermesyuarat untuk tentukan keputusan,” katanya.

PRK DUN Chempaka diadakan susulan kematian penyandangnya Datuk Seri Nik Aziz Nik Mat baru-baru ini.

Suruhanjaya Pilihan Raya (SPR) mengumumkan PRK DUN Chempaka akan diadakan pada 22 Mac depan, manakala penamaan calonnya pula pada 10 Mac.

Pada Pilihan Raya Umum ke-13, bekas menteri besar Kelantan itu mengalahkan calon BN, Wan Razman Wan Abd Razak, dengan majoriti 6,500 undi. - BNBBC

----------------------------------------------------------------------------------------------------------------

Para penyokong PKR dan DAP tidak senang duduk semenjak sekembalinya PM dalam bertemu MB Kelantan. Pelbagai fitnah dicanang dan dirangka dalam media siber termasuk mengulang tayang kembali fitnah lama yang melibatkan seorang model dari Monggolia.

Sebelum ini yang kuat menabur fitnah dalam bentuk animasi kartun ialah Zunar (yang disokong penuh oleh Malaysiakini), dalam lakaran beliau secara jelas menghasut fikiran rakyat dengan mengaitkan DS Najib dengan kes pembunuhan model tersebut.

Akhirnya ketika kehabisan modal, jalan terakhir menaikkan kebencian terhadap kerajaan terutama DS Najib mereka mula menyerang isteri beliau Datin Seri Rosmah. Mereka tahu dengan menyerang Datin Seri Rosmah sedikit sebanyak boleh menimbulkan rasa benci penyokong mereka walaupun kita sedia maklum Datin Seri Rosmah bukanlah seorang ahli politik jauh sekali pemerintah kerajaan.



للاكي براني موڠكين اكن كاله تتاڤي تيدق اكن مڠاله.
BN Pernah Kalah Majoriti Besar di DUN Cempaka Daeng Selili Rating: 5 Thursday, 26 February 2015
Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...

ping!