Wednesday, 11 February 2015

Bebaskan Anwar Atau Kami Turun Ke Jalanraya? #MarchtoFreedom

Semalam menjadi detik hitam dalam sejarah Pakatan Pembangkang yang ketua Umumnya DS Anwar Ibrahim dijatuhkan hukuman 5 tahun penjara diatas kesalahan meliwat pembantu peribadi beliau Saudara Saiful Bukhari Azlan yang mana ini adalah satu kes yang cukup kontrovesi dimana pihak pembela Anwar "bergadai bergolok" untuk menyelamatkan Anwar.

Setelah 6 tahun, 68 kali penangguhan dan 39 kali rayuan, Kes Liwat II. Prosiding rayuan kes beliau yang memakan masa hampir 8 hari telah memperlihatkan peguambela dan pendakwaraya berentap menghujahkan kes masing-masing. Para pemerhati dalam dan luar negara serta pemerhati guaman secara puratanya menyatakan bahawa pendakwaraya yang diwakili oleh Shafee Abdullah mempunyai kelebihan berbanding peguambela Anwar.


Peguambela Anwar yang gagal memanggil 14 saksi alibi telah sedikit sebanyak menjejaskan kes tersebut untuk memberi kelebihan kepada pihaknya.

Ramai yang membantah dan tidak bersetuju dengan keputusan ini walaupun berbagai pihak terlibat dalam kes kali ini dan provokasi yang belaku diluar bangunan Istana Kehakiman semalam jelas menunjukkan pembangkang hilang hala tuju lantaran jatuhnya Anwar.

Terus terang admin jelaskan disini ini hanyalah retorik melankolia agenda anwar untuk terus membohong dan mengikut nafsu beliau semata mata, kenapa tidak dinyatakan didalam akuan bersumpah laknat jika benar beliau tidak melakukkan perkara terkutuk itu?

Berani kerana benar, demonstrasi kerana...?kerana Anwar dan bukan DEMI RAKYAT! Hari ini sudah bermulanya kempen mahu berdemonstrasi untuk beliau akan tetapi ia terlalu sukar diterima umat islam lebih lebih lagi ia seakan akan seperti keagamaan agama lain (membawa lilin dan meratap).

Pakatan Pembangkang mahu Hatta Ramli mengepalai kempen bebaskan Anwar, JIKA INI LEBIH PENTING Harap Hatta Ramli (MP Kuala Krai selaku PASMA didalam PAS) baik letak jawatan sahaja sebab duk jadi barua PKR. Masa Kelantan Banjir kau kat mana wahai Hatta Ramli???



للاكي براني موڠكين اكن كاله تتاڤي تيدق اكن مڠاله.
Bebaskan Anwar Atau Kami Turun Ke Jalanraya? #MarchtoFreedom Daeng Selili Rating: 5 Wednesday, 11 February 2015
Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...

ping!