Tuesday, 13 January 2015

Muslimat PAS Elok Dirawat Hospital Gila! #kpop

Ketua Dewan Muslimat PAS Pusat, Siti Zailah Mohd Yusof menyifatkan insiden remaja


perempuan bertudung yang dipeluk serta dicium penyanyi lelaki K­pop membuktikan kegagalan kerajaan dalam membentuk remaja berakhlak. Beliau yang dihubungi berkata kerosakan remaja hari ini adalah kerana meniru sikap pemimpin yang ada sekarang.

"Saya mewakili Dewan Muslimat PAS kesal dan malu dengan penganjuran progam yang menjatuhkan maruah serta meruntuhkan akhlak remaja.

"Di mana maruah seorang muslimat berhijab bila rela dipeluk dan dicium depan khalayak ramai di pentas, mana tindakan pihak yang mengawal keadaan tersebut," ujarnya.

Di Malaysia hiburan diberi ruang kepada seluruh rakyatnya tidak mengira fahaman agama dan ketebatasan sosial memandangkan PR sendiri mahukan negara ini bebas bersuara dan bebas bertindak mengikut hati dan perasaan masing masing. tidak adil dikatakan sebuah negara ini yang mempunyai lapisan masyarakat yang pelbagai dan kegemaran berbeza memandangkan keterbukaan negara ini membenarkan rakyatnya memilih apa jua yang mereka mahukan termasuk meminati artis barat mahupun cara bersosial diruang langit terbuka. ini soal iman!

Jika dari sudut moral remaja itu dikritik, layakah pemimpin PR yang sendiri pernah menghalalkan sesuatu yang tidak masuk dek akal seperti merelakan mahasiswa PRO PEMBAANGKANG berkongsi khemah didataran Merdeka? 


Bagaimana pula dengan bapa, ibu, anak lelaki dan anak gadis yang memegang lilin tanda protes yang jelas menyerupai acara bukan islam?



Beliau yang juga Ahli Parlimen Rantau Panjang turut memberitahu, isu penganjuran program­program hiburan telah banyak kali ditegur sewaktu sesi persidangan parlimen.

"Kita sudah tegur agar kerajaan menghentikan segera program­program berbentuk hiburan kerana jelas ia tidak mendatangkan apa­apa faedah kepada golongan remaja hari ini.

"Namun teguran itu tidak mendapat respons positif sebaliknya kerajaan menggesa kita melihat dari sudut sumber pendapatan dengan alasan ia dapat menjana pendapatan negara," sambung beliau lagi.

Kata negara berbilang bangsa, kenapa perlu halang orang lain untuk berhibur?Di Kelantan memang boleh dibuat kerana hampir semuanya Melayu Islam tapi bagai mana pula dengan di Pulau Pinang dengan aksi telanjang bulat?!



Beliau turut menegaskan jika sebelum ini kita dikejutkan dengan kematian beberapa remaja pada satu konsert hiburan di Bukit Jalil dan kelmarin insiden membabitkan akhlak remaja yang mengaibkan itu terus berulang.

"Saya tidak tahu di mana letaknya kepentingan akhlak remaja di dalam pentadbiran kerajaan yang ada sekarang, dulu kematian remaja akibat pengambilan dadah dan alkohol dan sekarang remaja dipeluk serta dicium oleh artis lelaki.

"Kita menggesa agar semua pihak terutamanya mufti­mufti, Jabatan Agama serta Majlis Fatwa Kebangsaan tampil membuat pendirian tegas dalam insiden yang berlaku sekarang agar ia tidak lagi berulang pada masa akan datang," tambah beliau lagi.

Malas nak ungkit yang mati overdose masa program malam itu adalah penyokong pakatan tegar. 

Aksi remaja perempuan pada konsert K­pop di ibu negara itu mendapat kecaman beberapa pihak apabila ia tersiar di laman sosial facebook. Kumpulan K­pop B1A4 tersebut membuat persembahan bersempena KL Live Center Kuala Lumpur kelmarin. ­ HARAKAHDAILY 12/1/2015



Jangan fikir anda mendokong parti yang kononnya cukup islam dari orang lain semberono menuduh! Selak kain pemimpin PAS sendiri yang dikaitkan dengan isu moral yang mati hidup semula dipertahankan kerana individu itu proksi PAS.

Pembangkang di Malaysia kurang cerdik dalam memberi teguran sedangkan mereka sendiri mahukan keadaan ini.

Wahai Siti Zailah Mohd Yusof pertuturan kamu sangat bodoh lagi hina dari padangan mata orang orang diluar ini. Hospital Tanjung Rambutan Banyak kosong lagi..boleh isi..

للاكي براني موڠكين اكن كاله تتاڤي تيدق اكن مڠاله.
Muslimat PAS Elok Dirawat Hospital Gila! #kpop Daeng Selili Rating: 5 Tuesday, 13 January 2015
Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...

ping!