Monday, 26 January 2015

Malaysia Negara Fahaman Wahabi - Mariam



[PRESS RELEASE]

Saya baru sahaja buat satu laporan polis terhadap seorang penulis di dalam portal online 




FreeMalaysiaToday yang bernama Mariam Mokhtar berikutan artikel yang berunsur hasutan tarikh 23 Januari 


2015 bertajuk 'Allah ruling reveals Malay weakness' maksud pada tajuk itu adalah 'Larangan penggunaan Kalimah Allah untuk bukan Islam menyerlahkan kelemahan bangsa Melayu'


Disini saya ada 8 point penting dari artikel hasutan Mariam untuk di ketengahkan.

1- Tindakan dia yang kerap mempersoalkan isu kalimah Allah telah melampaui batas dan pertikaian ini akan melaga-lagakan orang Islam dengan bukan Islam di Malaysia.

2- Hujah dangkalnya yang kononnya kaum Melayu adalah lemah sehingga kononnya terpaksa mengharap kepada larangan kalimah Allah ini adalah amat tidak berasas sama sekali. 

3- Mahkamah telah memutuskan hal-hal berkenaan isu-isu yang sensitif seperti keagamaan dan perkataan suci  demi memelihara kesejahteraan rakyat. Jadi isu Kalimah Allah ini tidak sepatutnya di bangkitkan lagi.

4- Mariam menghasut rakyat membenci Perdana Menteri Dato' Sri Najib Razak dengan menuduh beliau bermain dengan api dan menari mengikut rentak ekstremisme. 

5- Paling berbahaya sekali apabila dia mengaitkan isu kartun dan pembunuhan staf Charlie Hebdo di Prancis dengan keadaan yang sama di Malaysia. Seolah-olah Malaysia ini tidak selamat dan menuju ke arah kancah rusuhan dan peperangan.

6- Selain itu, Mariam menuduh kerajaan Malaysia mengamalkan fahaman Wahhabi sedangkan kita semua tahu Malaysia mengikut mazhab Shafie dan berpegang kepada Ahli Sunnah Wal Jamaah. Tuduhan sebegini memburukkan lagi keadaan dan mengelirukan umat Islam di Malaysia serta memberikan persepsi negatif di kalangan bukan islam.

7- Di dalam artikel ini juga dia ada menuduh dan membuat tanggapan buruk kepada Islam dengan mengatakan  Seolah-olah Islam melarang golongan wanita untuk keluar bekerja. Dan ada yang terpaksa menjadi pelacur

kerana tidak boleh mengharap kepada sistem kebajikan di Malaysia. Jelas ini adalah satu penyelewengan fakta dan berniat jahat.

8- Untuk makluman pihak polis, ini bukan kali pertama Mariam menulis artikel tanpa asas dan bukti yang  kukuh. Telah beberapa kali dia memfitnah Perdana Menteri dan Kerajaan Malaysia tanpa apa-apa bukti yang sahih. Mohon pihak polis menyiasat artikel ini demi mengelakkan ketegangan kaum dan agama di Malaysia. 




- Tamat isi laporan




- Harapan dan kenapa laporan Polis ini dibuat.

Saya memohon pihak Polis siasat individu ini dan ambil tindakan yang tegas. Kerana jelas dia mempunyai agenda jahat untuk menghasut dan melaga-lagakan rakyat Malaysia. Dan ini boleh mengancam keharmonian kaum  di dalam negara kita.


Tindakan seperti Mariam ini jika tidak dibendung saya takut akan ada banyak lagi penghasut yang akan  Lahir. Langkah mencegah sebelum ia jadi lebih serius mesti diambil.

Sudah 57 tahun kita merdeka. Hidup aman damai berbilang agama dan bangsa. Takkan kita nak lihat semuanya  musnah hanya kerana seorang penulis portal yang tak bertanggungjawap ini?

Saya juga mohon agar semua pihak tidak bertindak keterlaluan sehingga melanggar undang-undang dan perlembagaan negara. Sebagai seorang anak muda sudah tentu kami mahukan negara kita terus aman damai dan maju.. 




ZAPAPARUDIN ABDUL RAHIM

(Pengerusi Pemantau Media Sosial Pasukan SEMUT Malaysia)

SEMUT: Sensible , Ethical Malaysian United Team.






للاكي براني موڠكين اكن كاله تتاڤي تيدق اكن مڠاله.
Malaysia Negara Fahaman Wahabi - Mariam Daeng Selili Rating: 5 Monday, 26 January 2015
Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...

ping!