Friday, 2 January 2015

#banjir : Husam Bohong Banjir Kelantan

Malang sungguh nasib rakyat Kelantan sudahlah dilanda banjir malah ditipu hidup hidup oleh Husam yang sedang cuba mengalihkan isu penebangan balak beliau disana yang boleh disimpulkan sebagai punca utama banjir di Kelantan antara yang terburuk pada 2014.

Husam mengunakkan perkakas beliau menyebarkan berita tentang empangan kenyir 2 kepada penduduk kampung yang tidak tahu menahu langsung akan perkara ini (sebab memang tidak melibatkan mereka) dan ditemu ramah oleh beliau untuk meraih simpati pemakan dedak terutama golongan fanatik yang secara automatik akan menyalahkan kerajaan pusat kononnya membiarkan mereka ditenggelami air yang Husam dakwa dilepaskan oleh empangan Kenyir 2 (perkara ini telah dinafikan oleh pihak TNB). 

Percaturan licik Husam dapat dihidu oleh orang Kelantan sendiri yang mana dengan pantasnya memuat naik gambar kerosakkan hutan yang kritikal atas tangan tangan penyangak seperti Husam. Ini bukan perkara baru.



Tersebar di internet dan mesej Whatapps bahawa projek pembinaan empangan Kenyir 2 adalah punca utama yang membawa kemusnahan yang amat dahsyat di Kelantan. Mesej-mesej yang dihantar dan pelbagai artikel yang ditulis di alam maya memberi penjelasan panjang lebar dan kebanyakkannya cerita-cerita pengkhabaran yang tidak ada asas langsung.

Di antara pembohongan yang tersebar ialah banjir tersebut berpunca dari Sg. Tembat, yang bakal menjadi punca air untuk projek Kenyir 2. Sg. Tembat bermula dari kawasan tinggi Terengganu dan mengalir ke Tasik Kenyir. Maka dikatakan oleh cerita palsu tersebut bahawa air Sg. Tembat dialihkan sementara ke Kelantan kerana tidak mahu air tersebut mengalir ke kawasan projek dan menggangu pembinaan. 










للاكي براني موڠكين اكن كاله تتاڤي تيدق اكن مڠاله.
#banjir : Husam Bohong Banjir Kelantan Daeng Selili Rating: 5 Friday, 2 January 2015
Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...

ping!