Wednesday, 31 December 2014

Gambar-Gambar Banjir Di Kelantan #prayforkelantan


Kelantan dihujung tahun ini menerima nasib yang tidak baik lantaran keadaan banjir yang cukup meninggalkan seribu satu kenangan yang sukar dilupakan. Banyak kenderaan, kedai kedai dan rumah tenggelam semasa banjir kali ini yang meliputi jumlah kerugian yang amat besar.








Dalam daripada itu adanya mulut individu menunding jari dan cuba mempertahankan pentabiran kerajaan negeri Kelantan  tanpa merujuk dari apa yang para parasit PASMA di Kelantan sendang menyelinap masuk memenuhi pemerintah PAS di Kelantan hari ini.



Dr. Hatta MP PAS Kuala Kerai kelibatnya tidak kelihatan, Tok Guru Nik Aziz dengan sakit uzurnyanya tetapi tidak semena mena mai Husam Kambing Janapari bingkas bangun menuduh orang lain yang jelasnya kejadian ini ada berhubungkait dengan apa yang dia sedang lakukan di Kelantan?


HUSAM DAKWA TNB PENYUMBANG MUSIBAH?

Tahniah kepada Kambing Janapari bersuara lantang bila hampir surut seluruhnya dan jelas dari penulisan beliau di facebook beliau menunding jari kepada orang lain lantaran kegagalan pihak kerajaan negeri membendung pencerobohan hutan yang berleluasa.




Banjir, TNB dan Polis

Banjir pergi dgn sebahagian penduduk kehilangan rumah sepenuhnya. 
Tentunya pula mereka kehilangan pakaian dan lainnya. Sebahagian besar mereka dari Kuala Krai. Saya difahamkan sebahagian kuarters anggota polis yang baru siap di Bandar K Krai masih lagi kosong. Kementerian Dalam Negeri wajar izinkan mereka menginap di situ sementara rumah mereka dibina semula. Dr Hatta, MP K.Krai sudah membangkitkan cadangan ini. Teka teki masih lagi belum terjawab.

Adakah TNB penyumbang terbesar banjir terpelik ini???

Kalau sebelum ini saya memanjangkan sebutan orang kampung mengenai empangan Jajar, ada pihak yg membetulkan. Orang kampug mungkin tersalah dalam menamakan tetapi syak mereka adalah pada empangan dlm pembinaan.

Ada satu lg empangan dalam pembinaan yang hampir siap iaitu Kenyir Dua. Info mula muncul limpahan dari situ menjadi punca. Saya pohon TNB memberikan penjelasan segera. Kerajaan Negeri juga patut menubuhkan Jawatankuasa menyiasat.

Insya-Allah selepas ini saya cuba
dapatkan imej satelite dari sebuah stesyen satelite di Cina.TNB mesti berani untuk telus.

Husam Musa
7:00am
31/12/2014 - sumber

Tidakkah sang kambing janapari ini sedar apa yang dia pertikaikan, ini adalah salah satu perancangan Allah SWT kepada hambanya yang alpa dan rakus kepada kemusnahan yang berpunca dari tangan mereka sendiri?


Tidakkah sang Kambing Janapari ini tahu negeri negeri lain juga mengalami banjir yang sama? Masakan dengan menyalahkan TNB semberono tanpa merujuk fakta dan sumber yang jelas setiap hari dilihat oleh mata kepada manusia di Kelantan.

Air sungai Kelantan sentiasa keruh (2011)

Air sungai kelantan sepanjang tahun berwarna kemerahan (keruh) kerana kegiatan pembalakkan yang belaku di sepanjang sungai Kelantan atau kerana empangan Kenyir yang kononnya menjadi bala buruk dari pemikiran singkat sang janapari.

Indah dunia ini jika semua pemimpin seperti sangjanapari ini, musibah datang sebagai amaran dan peringatan kepada perilaku manusia sendiri terutama dalam menjaga keseimbangan ekosistem dan kawasan tadahan hujan. Siasat dulu pasal pengondolan hutan yang jelas macam sijanapari ini cuba "menyorok bangkai gajah dengan nyiru"



Sijanapari juga agak menyedihkan adakah dia tak tahu sekarang Malaysia/Asia sedang dilanda ribut tropika (JANGMI) yang membawa taburan hujan yang lebih tinggi berbanding sebelum sebelum ini. 
 
sumber gambar : Dr Asyraf Wajdi Dusuki

MUSIBAH BANJIR KERANA KERAKUSAN MANUSIA




Amat terkejut, sedih dan kecewa apabila berkesempatan melalui ruang udara Gua Musang dan Kuala Krai ketika misi menghantar bekalan kepada 200 orang asli di Hau G.Musang dengan helikopter, menyaksikan bagaimana gunung-ganang ditarah untuk pembalakan dengan begitu rakus sekali yg saya secara peribadi percaya menjadi punca utama banjir besar kali ini di Kelantan.

Benarlah firman Allah dalam Surah As-Syura ayat 30:


 وَمَا أَصَابَكُمْ مِنْ مُصِيبَةٍ فَبِمَا كَسَبَتْ أَيْدِيكُمْ وَيَعْفُو عَنْ كَثِيرٍ

"Dan apa jua yg menimpa kamu dari sesuatu kesusahan bala bencana, maka ia adalah disebabkan perbuatan perbuatan daripada tangan tangan kamu sendiri."

Saya mengajak seluruh rakyat mendesak kerajaan negeri menghentikan segera pemberian lesen2 balak dan segala kerja2 penarahan mesti dihentikan serta merta. - Dr. Asyraf


Husam Husam..Dulu PRU Rumah / Kuates penjawat awam Putrajaya pun ko nak let go...Sekarang Kelantan..kah kah kah bodoh macam kambing. Yang sokong dia lagi bodoh..bodoh macam babi!

للاكي براني موڠكين اكن كاله تتاڤي تيدق اكن مڠاله.
Baca Seterusnya...

Tuesday, 30 December 2014

Pesawat AirAsia QZ8501 Ditemui #QZ8501 #airasia



Masuk hari ketiga pencarian pesawat malang milik Air Aisa Indonesia... pencarian lebih tertumpu kepada Selat Karimata berhampiran pulau Bangka, kira-kira 15 ke 20 kilometer daripada tempat kapal terbang kali terakhir bercakap dengan menara kawalan.

Kawasan tersebut menjadi fokus selepas seorang nelayan yang hanya dikenali sebagai Taha mendakwa melihat banyak serpihan yang "bukan sampah biasa" dilihat di kawasan tersebut pada Isnin.

Berbekalkan maklumat tersebut pesawat tentera Indonesia (TNI) dikerahkan untuk memulakan pencarian di zon yang disebut oleh Taha.

Hasilnya lebih kurang jam 11.00 pagi tadi lebih 10 objek berjaya dirakam pesawat Hercules C130 yang turut membawa media.

Selepas beberapa kali berlegar dikawasan tersebut, mereka pulang ke pengkalan udara Landasan Udara Iskandar, Pangkalan Bun, Kalimantan Tengah, dan membuat laporan.

Hasilnya satu pasukan khas diterbangkan ke tempat kejadian yang kemudiannya untuk mengambil serpihan.

Petang Selasa, serpihan yang ditemui di Selat Karimata pagi tadi disahkan milik pesawat QZ8501 AirAsia Indonesia.

Ia disahkan oleh Ketua Pengarah Penerbangan Awam Indonesia, Djoko Murjatmodjo, sebentar tadi.

"Buat masa ini ia boleh disahkan bahawa serpihan itu adalah pesawat AirAsia Indonesia dan Menteri Pengangkutan akan berlepas ke Pangkalan Bun tidak lama lagi," katanya.

Sementara pembantu juruterbang pesawat Hercules C130 Letnan Satu Penerbang Erwin Tri Wibowo mengaku menemukan tubuh manusia di Selat Karimata, Kalimantan Barat.

"Tadi juga sempat tertangkap kamera seperti orang terbawa ombak," ujar beliau.

Tri mengatakan tubuh manusia tersebut ditemukan dekat Teluk Air Hitam, Selat Karimata.

Pesawatnya sempat berputar-putar beberapa kali di kawasan itu untuk mencari dugaan tubuh tersebut. Namun, ia hilang.

Sementara itu, berikutan perkembangan tersebut Ketua Badan Penyelamat Indonesia Soelistyo mengarahkan semua pasukan yang terlibat dengan SAR menuju ke zon serpihan AirAsia ditemui di Laut Jawa.

Menurut dia, seluruh armada akan menuju ke lokasi melakukan pencarian. Di titik itu ditemukan sejumlah serpihan mulai dari pelampung, dan pecahan exit door.-
sumber : agendadaily.com










للاكي براني موڠكين اكن كاله تتاڤي تيدق اكن مڠاله.
Baca Seterusnya...

Monday, 29 December 2014

#AwasBanjir : "Ibarat Melepaskan Anjing Tersepit" #prayforpantaitimur



Pembangkang kat Malaysia nie kalau Kerajaan bantu kena kutuk tak bantu lagi la kena. Apa yang dorang cuba terapkan adalah kebencian sedangkan Kerajaan hari ini cukup penuh dengan kasih sayang dan toleransi.

Pembangkang bila nak sesuatu mengikut tekaknya mesti akan bandingkan Malaysia dengan negara luar, tetapi pernah ke pembangkang bandingkan muafakatnya orang negara luar bila belaku musibah di dalam negara mereka?



Pembangkang kat Malaysia ini jadikan musibah ini satu jambatan untuk menabur fitnah dan mencerca pemerintah. Termasuklah seorang yang pernah aku hormat dalam bidang sastera. Bila ada sahaja tak kena terus tulis madah puisi syair kononnya dan jelas menghukum pemerintah tanpa usul periksa.

Najib memacu kerajaan yang cukup fleksible dan ini menjadikan kepimpinan negara terus dihenyak seolah olah pemimpin Malaysia tiada ada jasa kepada rakyat nya yang hari ini cukup selesa dengan teknologi dan hidup yang jauh lebih baik dari negara sekitarnya.

Jika semasa banjir ini pun boleh ditabur fitnah dan mengadu domba perkara-perkara dusta apalah jadinya pada Malaysia ini ada malapetaka gunung berapi.Kerajaan kena usaha palam lubang gunung tu agakanya. Pasukan penyelamat dikawasan banjir menitik peluh bersengkang mata untuk menyelamatkan dan membantu mangsa. Datang hero taik kucing tabur fitnah dengan bahan yang cukup kreatif dari segi grafik dan penyampaian. Rakyat naif diracun dengan sentimen marahkan pemimpin sedangkan pemimpin yang mereka angung-agungkan itu hanya "bawak telur dua biji sahaja" ke kawasan banjir. 


Bila aku menulis sesuatu yang tak kena dengan nafsu serakah pembangkang aku dituduh lembu Najib Barua Najib sedangkan Najib tak kenal pun siapa aku.


للاكي براني موڠكين اكن كاله تتاڤي تيدق اكن مڠاله.
Baca Seterusnya...

Sunday, 28 December 2014

Jenazah Anak Dikeluarkan Dari Tertimbus?! #prayforpantaitimur #prayforkelantan


Cerita Palsu Guna Gambar Tragedi Di Indonesia

Banjir di Kelantan semakin surut malah ada tempat tempat yang masih dalam kritikal dan adanya berita belaku gelombang ke 3. Walaubagaimanpun semua persiapan dan persediaan pasukan penyelamat diteruskan untuk menjejak para mangsa yang bertaburan di seluruh kawasan terjejas.

Akan tetapi ada juga manusia yang hati lebih busuk dari bangkai yang menyentap hati sanubari seluruh yang melihat gambar ini. Memang gambar ini belaku tetapi ianya bukan di Kelantan banjir kali ini.

Dalam komen gambar yang ditulis oleh pemegang id Fey Gaijin :



"Jenazah Anak Dikeluarkan oleh team kami di Kuala Krai. Masih ramai yg tertimbus..Aku sebak bro nak type.." 

Hati mana tak sebak hati mana tak sedih baca berita begini? akhirnya semua ini dusta dari pemilik akaun facebook yang tidak memikirkan langsung hati dan perasaan orang lain. Walaupun ada mangsa yang meninggal usahlah ditambah tokok cerita tak benar. mohon kita semua berhati hati dalam menulis dilaman maya.

Kisah sebenar gambar (mangsa tertimbus) diatas adalah :



Pautan itu telah dihapuskan (23 Febuari 2014) 
tetapi masih dapat dijejak gambar tersebut.


CYBERJAYA, 28 Dis - Beberapa individu diminta untuk tampil memberi keterangan tentang penyebaran berita palsu mengenai banjir yang sedang melanda beberapa negeri.

“Kami sedang menyiasat penyebaran berita palsu tentang keruntuhan Pusat Pemindahan Sekolah Manek Urai. Beberapa individu telah dikenal pasti dan mereka diminta untuk tampil ke hadapan bagi membantu siasatan,” kata Dato’ Mohamed Sharil Tarmizi, Pengerusi Suruhanjaya Komunikasi dan Multimedia Malaysia (MCMC).

Mereka ini diminta untuk tampil membantu siasatan:

1. Mohd Zulkifli bin Ismail (No MyKad: 821125-03-5687). Alamat terakhir: 474, Guchil 7, 18020 Kuala Krai, Kelantan

2. Roslina binti Hassan (No MyKad: 741228-03-6172). Alamat terakhir: 31, Lorong 8/SS6, Bandar Tasek Mutiara, 14120 Simpang Ampat, Pulau Pinang

3. Tengku Roslina binti Tengku Hamid (No MyKad: 880306-03-5870). Alamat terakhir: Rpt Sungai Sok, Kuala Krai, 18000 Kelantan

4. Ahmad Wafiuddin bin Ahmad Supri (No MyKad: 940729-03-5129). Alamat terakhir: Kg Manek Urai Lama, Kuala Krai, 18000 Kelantan

Mereka diminta untuk menghubungi pegawai-pegawai penyiasat MCMC, Pn Mai Zairani Zainal Abidin (019-3385009) atau En Mohamad Syukri Jamaluddin (019-2869515) dengan segera. Kerjasama mereka amat dihargai.

Orang ramai yang mempunyai maklumat tentang mereka di atas boleh juga menghubungi pegawai-pegawai penyiasat MCMC. - sumber

للاكي براني موڠكين اكن كاله تتاڤي تيدق اكن مڠاله.
Baca Seterusnya...

Pesawat Air Asia Hilang : Bawa 155 Penumpang #prayforA320



Pesawat AirAsia QZ 8501 dari Bandara Juanda Surabaya ke Singapura yang membawa 155 penumpang terputus hubungan pagi ini, menurut media Indonesia.

Menurut laporan Detik.com, pesawat itu yang berangkat pada 5.20 pagi Waktu Indonesia Barat (WIB), dilaporkan hilang di ruang angkasa Pulau Kalimantan.
Kompas.com turut melaporkan insiden itu.

Menurutnya, pesawat berkenaan sepatutnya tiba di Singapura pada jam 8.30 pagi waktu tempatan.

Pesawat Airbus A320 AirAsia

Agensi Mencari dan Menyelamat Republik Indonesia pula menyatakan ia menerima laporan bahawa pesawat Airbus A320 AirAsia itu terputus hubungan pada jam 6.17 pagi (7.17 pagi waktu Malaysia) ketika berada di ruang udara di Teluk Kumai, Kalimantan Tengah.

Menurut Staf Khusus, Kementerian Perhubungan Indonesia, Hadi Mustofa, faktor cuaca buruk antara kemungkinan jangkaan awal kehilangan pesawat AirAsia itu. - BHarian







للاكي براني موڠكين اكن كاله تتاڤي تيدق اكن مڠاله.
Baca Seterusnya...

Saturday, 27 December 2014

#prayforkelantan Najib umum bantuan RM500 juta #prayforpantaitimur


Perdana Menteri, Datuk Seri Najib Razak, mengumumkan peruntukan khas RM500 juta untuk membantu mangsa banjir di seluruh negara.

Beliau turut memberitahu Bantuan Rakyat 1Malaysia (BR1M) yang dijadulkan pada pertengahan Januari 2015 dipercepatkan untuk meringankan beban pihak berkaitan.



Selain itu, katanya, semua institusi kewangan termasuk agensi kerajaan seperti TEKUN perlu menjadualkan semula pembayaran balik pinjaman mangsa banjir.

Najib berkata demikian selepas meluangkan lebih tiga jam meninjau keadaan mangsa banjir di Tumpat, Pengkalan Chepa dan Tanah Merah. sumber : http://www.hmetro.com.my/




للاكي براني موڠكين اكن كاله تتاڤي تيدق اكن مڠاله.
Baca Seterusnya...

Friday, 26 December 2014

10 Mati Lemas - Polis Kelantan Ambil Tindakkan Pada "Mangkuk Hayun"

Polis Kelantan menafikan khabar angin yang disebarkan menerusi media sosial kononnya 10 orang dipercayai mati lemas akibat terperangkap di dalam rumah di Guchil, Kuala Krai akibat banjir.

Ketua Polis Kelantan Datuk Mazlan Lazim turut menyifatkan sebagai berita palsu kononnya 40 pesakit di Hospital Kuala Krai mati akibat ketiadaan bantuan oksigen.

"Mesej-mesej (melalui aplikasi) WhatsApp yang tidak betul ini tidak sepatutnya diviralkan kerana ianya akan memburukkan lagi keadaan. Sepatutnya mereka ini membantu mangsa-mangsa berkenaan," katanya kepada Bernama.

Beliau berkata polis akan mengambil tindakan sewajarnya terhadap mereka yang membuat fitnah dan cerita bukan-bukan itu.



"Pihak polis memantau perkara ini supaya ianya tidak menjadi masalah semasa banjir ini," katanya.

Mazlan berkata pihaknya penyebaran maklumat tanpa memetik sumber sah merupakan kesalahan di bawah Akta Kanun Keseksaan.

Sementara itu Ketua Polis Daerah Kuala Krai, Supt Ab Rahim Che Ghani berkata pihaknya tidak menerima sebarang aduan berkaitan kedua-dua kejadian berkenaan.

"Jangan percaya kepada maklumat dalam laman sosial Facebook. Rujuk kepada polis untuk mendapatkan pengesahan," katanya.
Baca Seterusnya...

Mayat Bayi Dalam Tandas

Mayat Bayi Dalam Tandas Dijumpai di Pusat Membeli belah Brem Mall. 


Pencuci tandas terhidu bau busuk dan hampir pengsan apabila menjumpai mayat bayi dalam beg kanvas yang berwarna merah hitam dalam tandas perempuan. 

Mayat bayi dihantar ke Hospital KL untuk bedah siasat.  - sumber : Mr. JERRY












للاكي براني موڠكين اكن كاله تتاڤي تيدق اكن مڠاله.
Baca Seterusnya...

Insan Prihatin Selamatkan Kucing Dalam Banjir

Terharu tengok brother nie selamatkan kucing, Semoga Allah SWT memberikan beliau kekuatan dalam mengharungi banjir dikawasan beliau. (gambar dari whatapps kawan)


للاكي براني موڠكين اكن كاله تتاڤي تيدق اكن مڠاله.
Baca Seterusnya...

Thursday, 25 December 2014

Semua Acara Sambutan Dibatalkan - Sultan Perak

Sultan Perak titahkan acara hiburan yang dirancang menjelang sambutan Tahun Baharu termasuk anjuran kerajaan negeri, dibatalkan.


Juga Sultan Perak, Sultan Nazrin Muizzuddin Shah juga menitahkan semua masjid di negeri ini (Perak) mengadakan solat hajat selepas solat Jumaat, esok memohon doa untuk meringankan ujian agar kehidupan rakyat dipulihkan seperti sedia kala.



Dalam satu kenyataan yang dikeluarkan Pejabat Sultan Perak, memaklumkan, titah berkenaan diutarakan sempena keberangkatan baginda bersama Raja Permaisuri Perak, Tuanku Zara Salim ke sesi taklimat situasi banjir di Perak serta lawatan baginda ke pusat pemindahan mangsa banjir, hari ini.


Turut berangkat menemani Sultan Nazrin Muizzuddin Shah memantau banjir di sekitar Bandar Di-Raja Kuala Kangsar ialah Datuk Seri Diraja Dr. Zambry bin Abdul Kadir (Menteri Besar Perak), YB Kamil Safie (ADUN Manong), YB Maslin Sham Razman (ADUN Chandan), Saudara Mustafa Shah (Ketua Pemuda UMNO Bahagian Kuala Kangsar) dan wakil wakil penduduk yang berkesempatan turut sama.

Difahamkan ketika ini Datuk Wan Khair-il Anuar selaku Ahli Parlimen Kuala Kangsar tidak ada didalam negara. Walaubagaimanapun beliau masih memantau keadaan di sekitar kawasan melalui pasukan pasukan penyelamat, ketua kampung dan wakil-wakil beliau di setiap kawasan yang terjejas.





Gambar Ehsan : Mustafa Shah (Ketua Pemuda UMNO Bahagian Kuala Kangsar)


للاكي براني موڠكين اكن كاله تتاڤي تيدق اكن مڠاله.
Baca Seterusnya...

@najibrazak : Wilayah Persekutuan Cadang Batal Sambutan Tahun Baru - Tengku Adnan



Tengku Nan menyatakan pendirian beliau agar majlis sambutan Tahun Baru 2015 dibatalkan walaupun mendapat tajaan sebanyak RM3 Juta dari salah satu Bank terkemuka di Malaysia iaitu AMBank. 

Selepas sesi bertemu dan bersalaman dengan hadirin, terus diadakan sidang media di Ruang Legar Menara DBKL yang menjawap beberapa isu yang sedang dibangkitkan didalam media maya berkenaan kontrovesi Majlis Sambutan Ambang Tahun Baru di Putrajaya yang kononnya kerajaan Wilayah Persekutuan mengeluarkan sejumlah wang (RM3 Juta) untuk membiayai program pada malam ambang tahun . 

Dalam ucapan sidang media yang dikeluarkan oleh Tengku Nan, Beliau menafikan akan pengeluaran dana tersebut untuk tujuan itu sebaliknya Tengku Nan mengatakan Konsert Ambang 2015 itu bakal dibatalkan dan tengku nan akan berbincang dengan Pengerusi AmBank Group Tan Sri Azman Hashim agar sudi menyalurkan kos keseluruhan Ambang Tahun Baru berjumlah RM3 juta kepada DBKL itu untuk tindakan bantuan banjir dan sebagainya.

Beberapa majlis bakal berlangsung pada malam tahun baru tersebut dimaklumkan ianya seperti Majlis Selawat di Masjid Putra Putrajaya dan Selawat Perdana Cinta Rasul di Dataran Merdeka.

Majlis Rumah Terbuka Wilayah Persekutuan yang berlangsung di Dataran DBKL Kuala Lumpur, kebanyakkan hadirin telah menduduki meja masing masing menunggu kehadiran Menteri Wilayah Persekutuan Tengku Nan Tengku Mansor tepat pada pukul 5.00 selepas sesi bersalaman dengan wakil wakil Gereja Seluruh Wilayah Persekutuan terus dilangsungkan dengan ucaptama Menteri Wilayah .



  
Dalam ucapan beliau, Tengku Nan secara peribadi merasakan majlis ini harus dilangsungkan setelah berbincang dengan beberapa wakil dari bukan Islam yang mana ada segelintir mengkritik majlis sambutan Rumah Terbuka Krismas ini tidak menghormati mangsa musibah banjir yang terjejas di Pantai Timur. Beliau memetik nama negeri negeri yang sedang didalam keadaan banjir dan beliau mengesa para hadirin agar bertafakur dan kepada yang Islam diminta membaca Al-Fatihah tanda rasa simpati dan berdoa agar mereka dalam keadaan baik dan selamat.



Selesai sidang media Tengku Nan dan para pertugas majlis bersama sama menyerahkan hadiah tanda simbolik kepada majlis rumah terbuka krismas pada tahun ini.



Dilihat seorang pemimpin pembangkang, Teressa Kok turut sama hadir dan diberi laluan oleh para petugas untuk beliau turut sama member hadiah kepada hadiri.












للاكي براني موڠكين اكن كاله تتاڤي تيدق اكن مڠاله.
Baca Seterusnya...

Wednesday, 24 December 2014

Banjir : Musibah Atau Tanda Amaran?!

Malaysia dikejutkan dengan fenomena hujan yang lebat melanda seluruh semenanjung khususnya di Kelatan & Terengganu.

Pelbagai versi dan perspektif dilontarkan oleh pemain media maya yang berusaha dengan satu tujuan iaitu menyampaikan info dan berita. Walaubagaimanapun tetap belaku pemesongan berita lantaran ada yang cuba menangguk diair keruh.


Admin nasihatkan agar para pelayar media baru agar berhati hati dalam menyebarkan berita dan sentiasa mencari rujukkan yang tepat dalam membantu menyalurkan maklumat kepada rakan taulan yang lain.

Kita sebagai umat Islam wajib menadahkan doa agar negara kita ini dilepaskan dari belenggu malapetaka ini secepat mungkin kerana kita harus sedar sebagai manusia biasa walau sebesar manapun kuasa kita, tetap tumpas dibawah kuasaNya. Kepada pada pemimpin tidak kira dari mana mana pihak, wajarlah kita bersatu hati dan bersama membantu mangsa yang terjejas akibat malang kali ini. 

Ketepikan fahaman politik (seandainya iamenjadi batu penghalang) untuk misi membantu dan menyelamat mangsa-mangsa banjir. 




للاكي براني موڠكين اكن كاله تتاڤي تيدق اكن مڠاله.
Baca Seterusnya...

Tuesday, 23 December 2014

Gambar Yusuf Qardhawi Ditahan Interpol?!

Viral gambar Yusuf Qardhawi kononnya ditahan Interpol lantaran Polis antarabangsa mengeluarkan waran tangkap terhadap Beliau 5 disember lalu.

Gambar dibawah ini diviralkan oleh segelintir puak anarki dan aktivis kononnya adalah dengan niat untuk menaikkan kemarahan rakyat Malaysia (yang mempercayai) perjuangan Yusuf Qardhawi yang terkenal ini agar turun berdemonstrasi pada hujung ini di Kuala Lumpur.

Gerakkan yang jelas ditunjangi pembangkang akan mengunakan pelbagai teknik dan tipu daya untuk memperbodohkan penyokong sendiri dalam memastikan agenda politik mereka berjaya.

Padahal Yusuf Qardhawi masih belum dapat ditangkap dan ada sumber yang mengatakan masa ini beliau sedang bersantai dirumahnya.

Yusuf Qardhawi tiba di Mesir untuk memimpin solat Jumaat di Dataran Tahrir di Kaherah 18 Februari 2011 (gambar lama) - sumber

Artikel yang dikeluarkan agensi :

Interpol keluar waran tangkap terhadap Yusuf Al-Qaradawi


Polis Antarabangsa (Interpol) mengeluarkan waran tangkap terhadap sarjana Islam terkenal (?) Dr Yusuf Al-Qaradawi selepas beliau dikaitkan dengan kegiatan kumpulan Ikhwanul Muslimin yang diharamkan di Mesir.

Menurut laman web Interpol pada 5 Disember lalu, notis merah terhadap Yusuf, 88, dikeluarkan terhadap Al-Qaradawi selepas dikehendaki pihak berkuasa kehakiman Mesir bagi pendakwaan dan sabitan hukuman kerana dituduh menghasut dan membantu pembunuhan antarabangsa, membantu banduan melepaskan diri dari penjara, aktiviti vandalisme dan kecurian.

Kerajaan Malaysia pernah menganugerahkan beliau sebagai Tokoh Maal Hijrah pada 2009. Al-Qaradawi yang kini menetap di Qatar dituduh mempunyai kaitan dengan insiden kekecohan ahli kumpulan Ikhwan Muslimin di dalam penjara dan penentangan terhadap pemimpin diktator Hosni Mubarak.

Pemimpin kanan Ikhwan Muslimin, Mohamed Morsi yang dilantik menjadi Presiden Mesir pada tahun 2012 adalah antara individu yang berjaya melarikan diri ketika insiden berkenaan.

Terdahulu, Al-Qaradawi mengkritik kerajaan baharu Mesir selepas penyingkiran Morsi pada Julai 2013.

"Dari hari dia (Presiden baru, Abdel Fattah al-Sisi) dilantik, semua yang kita lihat adalah pembunuhan dan pertumpahan darah serta tahanan wanita diperkosa," kata Al-Qaradawi sebelum pilihan raya pada Mei lalu.

Sementara itu, pada Februari lalu, pegawai kanan Mesir menuntut Qatar mengekstradisi Al-Qaradawi.

Mereka juga mendesak Interpol supaya menahan Al-Qaradawi tahun lalu.

Menurut Global Muslim Brotherhood Daily Watch, Interpol mengeluarkan notis merah yang menunjukkan tahap berjaga-jaga paling tinggi dan memerlukan tindakan segera oleh agensi polis antarabangsa terhadap Al-Qaradawi.

Sementara itu, mengulas mengenai waran yang dikeluarkan oleh Interpol itu, Al-Qaradawi berkata, beliau terkejut dengan waran tangkap berkenaan yang menyatakan beliau bertanggungjawab terhadap beberapa kesalahan yang dilakukan di Mesir, beberapa tahun lalu.

Bercakap menerusi perbualan telefon dengan stesen televisyen Ikhwan Muslimin, Rab, minggu ini, pemimpin Islam kelahiran Mesir itu memberi maklum balas terhadap tuduhan berkenaan dengan berkata:

"Saya tidak tahu apa piawaian Interpol gunakan... Bagaimana saya mengambil bahagian dalam insiden kekecohan di penjara dan membebaskan tahanan ketika tinggal di Qatar? Saya membawa pasport Qatar dan menggunakannya semata-mata untuk perjalanan saya.

"Adakah saya meninggalkan Qatar dalam tempoh itu? Adakah saya ke Mesir dalam tempoh itu? Mereka boleh menyemak dan mengetahui bahawa saya tidak terbabit dalam perkara itu." - Agensi




للاكي براني موڠكين اكن كاله تتاڤي تيدق اكن مڠاله.
Baca Seterusnya...
Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...

ping!