Sunday, 30 November 2014

Majlis Sambutan Perjuang Komunis Di Pulau Pinang?

GEMPAR!!! Program makan malam memperingati bekas Setiausaha Parti Komunis Malaya (PKM)? 

Ternyata Banner-banner yang dipasang sekitar Seberang Jaya, Pulau Pinang sebelum ini yang dikatakan palsu adalah benar bukan momok kosong.

tetapi kelibat Timbalan Presiden PAS yang juga Pesuruhjaya PAS Pulau Pinang, Mohamad Sabu dan ADUN PKR, DUN Seberang Jaya, Dr Afif Bahardin yang dijangka akan hadir dalam program tersebut membatalkan kehadiran mereka atas alasan gagal dikenal pasti. - FOBNPP







للاكي براني موڠكين اكن كاله تتاڤي تيدق اكن مڠاله.
Baca Seterusnya...

Sunday, 23 November 2014

Bagaimana Harga Minyak Ditentukan? #tuntut



Subsidi untuk petrol RON95 dan diesel akan dihentikan mulai 1 Disember,:
Datuk Hasan Malek



Selepas sahaja berita ini disebarkan oleh media arus perdana dan media altenatif. Seolah olah ia seakan hari kiamat kepada macai pembangkang yang mana ramai melompat dan tak terkecuali penipu dan pembohong besar dari kalangan macai dan pemimpin pembangkang mengunakan pelbagai cara termasuk facebook dan blog untuk membangkitkan marah penyokongnya.

Seperti mana yang dimaklumkan sebelum ini kerajaan bakal membekalkan subsidi kerajaan kepada golongan sasar yang mana ia belum dijelaskan bagaimana mekanisma pengagihannya.

Pelik pula YB Khairy jadi tukang jawap Hasan Malek kelaut ke?!


Aku yakin yang kuat (marah hapuskan subsidi) melompat dan terus menyalahkan Perdana Menteri adalah golongan golongan yang nyata bakal menerima manfaat tersebut.



Ditambah lagi tuduhan dan pengiraan semberono yang dibuat oleh penyokong mereka dan membodohkan penyokong mereka dengan fakta yang tidak benar dan jelas menunjukkan bertapa bodohnya mereka sedangkan taukey taukey kaya diluar sana tengah memikirkan cara untuk terus mengaut keuntungan dari keadaan yang belaku kini.

JAWAPAN?

Bagaimana harga minyak ditentukan ?




Negara Malaysia adalah salah satu negara di dunia yang memberi nilai subsidi yang terbanyak. Pelbagai barang-barang keperluan di subsidi oleh kerajaan kepada rakyatnya tanpa mengira bangsa, agama dan latar belakang. Salah satunya adalah subsidi minyak petrol.

Baca Seterusnya...

Friday, 21 November 2014

Kerajaan Hapus Subsidi RON95/DIESEL Bermula Disember 2014

Subsidi untuk petrol RON95 dan diesel akan dihentikan mulai 1 Disember, kata Datuk Hasan Malek.

Menteri Perdagangan Dalam Negeri, Koperasi dan Kepenggunaan, yang mengumumkan perkara itu pada sidang akhbar di sini, Jumaat, berkata, harga runcit petrol RON95 dan diesel akan ditetapkan mengikut apungan terurus, lapor Bernama.



Berikut adalah kenyataan penuh Datuk Hasan Malek :
Dimaklumkan bahawa Kerajaan melalui Mesyuarat Jemaah Menteri hari ini telah memutuskan bermula dari 1 Disember 2014, penetapan harga runcit bagi petrol RON95 dan diesel adalah mengikut kaedah pengapungan terkawal (managed float). Kaedah ini adalah sebagaimana pelaksanaan penetapan harga runcit RON97 sedia ada sejak Julai 2010.

Harga runcit produk petroleum di Malaysia ditentukan melalui kaedah Automatic Price Mechanism (APM) sejak tahun 1983. Melalui APM, Kerajaan akan menetapkan harga runcit pada satu paras tertentu, dimana perubahan kos produk tidak akan mengubah harga runcit.

Walau bagaimanapun, melalui pengapungan terkawal (managed float) ini, purata perubahan kos produk akan menentukan penetapan harga bagi bulan berikutnya. Ini bermakna jika harga pasaran minyak mentah dunia meningkat, harga runcit RON95 dan diesel juga akan meningkat. Begitu juga sebaliknya.

Sebagai contoh daripada 1 hingga 19 November 2014, purata harga RON95 di bawah APM menurun kepada RM2.27 seliter yang mana lebih rendah daripada harga runcit RM2.30 seliter.

Dalam hal ini, Kerajaan akan memantau harga pasaran pada 20 hingga 31 November 2014 dan jumlah sebenar akan menentukan purata harga runcit pada bulan Disember. Jika trend ini berlarutan, adalah dijangkakan harga runcit RON95 bagi bulan Disember akan dikurangkan sewajarnya berdasarkan formula APM.

Pada masa ini harga runcit RON95 di stesen minyak adalah pada harga RM2.30 seliter dan diesel pada harga RM2.20 seliter. Mulai pada 1 Disember 2014, penetapan harga di stesen minyak akan bergantung kepada kaedah yang disebut di atas. Kerajaan akan mengikuti perkembangan pasaran harga produk kos setiap masa dan kadar pertukaran matawang untuk menetapkan harga runcit petrol dan diesel.

Keputusan pengapungan terkawal harga petrol RON95 dan diesel dibuat berikutan kejayaan pelaksanaan pengapungan terkawal harga petrol RON97. Langkah ini membuktikan hasrat Kerajaan untuk memastikan rakyat menikmati manfaat sepenuhnya berikutan penurunan harga minyak mentah dunia.

Kajian bagi pelaksanaan pengapungan terkawal harga petrol RON95 dan diesel ini telah dilaksanakan oleh Kerajaan sebelum memutuskan pelaksanaan kaedah ini.
- EDITORIAL

Kerajaan memutuskan penetapan harga runcit bagi petrol RON95 dan diesel mengikut kaedah pengapungan terkawal berkuatkuasa 1 Disember ini.

Menteri Perdagangan Dalam Negeri, Koperasi dan Kepenggunaan Datuk Seri Hasan Malek berkata, kaedah berkenaan adalah sebagaimana pelaksanaan penetapan harga runcit RON97 yang dilaksanakan sejak Julai 2010.

Menurutnya, ini bermakna subsidi bagi RON95 dan diesel akan dihapuskan.

"Harga runcit produk petroleum di negara ditentukan melalui kaedah Mekanisme Harga Automatic (APM) sejak 1983.

"Melalui APM, kerajaan akan menetapkan harga runcit pada satu paras tertentu di mana perubahan kos produk tidak akan mengubah harga runcit," katanya.


Bagaimanapun, beliau berkata, melalui pengapungan terkawal itu, purata perubahan kos produk akan menentukan penetapan harga bagi bulan berikutnya. - Metro



للاكي براني موڠكين اكن كاله تتاڤي تيدق اكن مڠاله.
Baca Seterusnya...

Thursday, 20 November 2014

Menteri UMNO Wajar Tiru Azmin

Heboh ruang maya Azmin Ali menyodok sampah dalam longkang yang mana dilihat cukup prihatin dan komitednya beliau dalam menagangi masalah yang sedang menimpa rakyat Selangor hari ini. koh koh koh..


Bermula dengan ayat ayat macai bersepadu penuh sentimen bodek dan pujian melambung lambung dengan tindakkan MB Selangor yang cukup handal berpolitik murahan dalam usahanya menenangkan jiwa jiwa bergelora seperti Xavier dan Cikgu Bard yang sedang bertelagah sesama sendiri akibat percaturan Team Azmin dalam parti yang penuh kera-mat iaitu Parti Keadilan (mungkin Azmin akan ubah jadi Parti Keadilan Raya) koh..koh..koh..

Zaman serba canggih lagi moden agak agak la nak belakon pun. jangan fikir rakyat bodoh sepertimana dibodohkan oleh ketum dan keluarganya jelas mengamalkan nepostime dalam PKR hari ini.

Tan Sri Khalid disingkirkan kerana tidak menepati agenda mengenyangkan nafsu serakah DAP. Jelas Azmin yang didakwa "makan aiskrim" lebih mula dari Khalid yang tertidur depan kamera.

Wah..Azmin panjat lori sampah..Padahal?Sampah kayu dan kering..
cuba panjat sampah dari kutipan rumah. Dramaking!!


للاكي براني موڠكين اكن كاله تتاڤي تيدق اكن مڠاله.
Baca Seterusnya...

Tuesday, 18 November 2014

Director Cina Buli Pemandu Wanita

Gambar seorang lelaki cina bertindak membuli seorang  pemandu wanita. Individu ini dikhabarkan seorang Director Business Development di sebuah syarikat di Subang Jaya. Individu berkenaan bertindak ala samseng jalanan dan mengundang komen negetif terhadap beliau. 

Kali ini pihak berkuasa khususnya PDRM sewajarnya tidak mengamalkan "double standard" lantaran ada yang mengaitkan perkara ini dengan insiden saudari Kiki Kamaruddin.

Kita tunggu dan lihat apa komen KPN.




Seorang pemandu wanita mengalami detik cemas di sebuah lebuh raya dari USJ menuju ke Shah Alam.

Mangsa mendedahkan, pemandu lelaki (gambar) terbabit memandu secara melulu dan merbahaya menyebabkan mangsa bertindak membunyikan hon padanya. 

Bagaimanapun tindakannya itu mengundang akibat apabila lelaki berkenaan berhenti dan menahan kereta mangsa dan seterusnya menengking mangsa, meludah cermin kereta dan merosakkan wiper kereta serta cermin sisi.

Mangsa sempat merakam gambar lelaki itu yang memandu kenderaan jenis Honda CR-V dengan nombor pendaftaran W2202B yang dipercayai berbangsa cina. - sumber






للاكي براني موڠكين اكن كاله تتاڤي تيدق اكن مڠاله.
Baca Seterusnya...

Monday, 17 November 2014

Haiwan Pelik Dalam Makanan Dan Udara Manusia (serangga mikroskopik)


Sila jaga kebersihan makanan dan tempat tinggal anda.
Tahukah anda kita selalu tertelan atau termakan sesuatu makhluk tanpa disedari? Makhluk ni memang wajib masuk dalam badan. Tapi, disebabkan ukurannya yang teramat kecil dan susah untuk dilihat dengan mata kasar, secara tak sedar kita telah tersedut makhluk-makhluk ini melalui udara dan debu, bahkan turut ditelan bersama makanan dan minuman yang ada. 



Gambar diatas ini merupakan imej serangga mikroskopik (microscopic insect) yang biasa hidup di bulu kucing dan anjing peliharaan. Ini adalah hasil karya pemenang pertandingan fotografi sains, iaitu Steve Gschmeissner, 61 tahun, yang mengabadikan mahluk-mahluk mengerikan ini dengan kamera yang dilengkapi dengan Microscope zoom yang mampu memperbesar ukuran sehingga beratus-ratus kali.



Ini merupakan gambar dari serangga mikroskopik (microscopic insect)/kutu debu yang biasa hidup di sofa dan tilam tempat tidur kita. Kalau anda tidak berasa gerun, anda bukan manusia normal. 



Ini pula adalah imej serangga mikroskopik (microscopic insect) yang biasa hidup di roti yang tidak dibungkus dengan kemas. Bayangkan saja, dalam sekeping roti Gardenia atau roti Hi-5 yang anda makan, terdapat beratus malah beribu-ribu serangga mikroskopik (microscopic insect) ini. Justeru, pastikan anda membungkus roti anda dengan kemas.



Imej di atas adalah imej larva lalat hijau yang diperbesar sehingga 100 kali ( 100x zoom). ini lagi la macam belambak atas makanan yang terdedah.

Subhanallah..





للاكي براني موڠكين اكن كاله تتاڤي تيدق اكن مڠاله.
Baca Seterusnya...

Sunday, 16 November 2014

Kenapa Anwar Takut AIR BANJIR?!

Kecoh dalam media siber Azmin Ali menyodok sampah untuk membersihkan longkang dimana ada yang memuji ada yang bersumpah seranah.koh koh koh..

Pada aku seorang yang realistik, aku tidak hairan pun dengan apa yang azmin lakukan waima dia nak sodok apa pun takpe jangan ikut Ketua Umum duk sodok montot orang..koh koh koh..

Tapi ada satu senario pelik yang dimainkan oleh Ketum Sdn Bhd. Iaitu keprihatinan beliau keluar negara takala rakyat ditempat beliau (and Family) meraih undi ketika PRK Kajang ditinggalkan begitu sahaja dan secara automatik UMNO dipersalahkan kerana meninggalkan tanggungjawab sebagai kerajaan yang memerintah.koh koh koh



Sebelum ini Kajang dilanda banjir (bukan nk salah bencana alam) Ketum di Unite Kingdom..kali ini banjir lagi..Ketum di Amerika..Apakah rakyat Kajang lebih ramai disana? Yelah..bak kata seorang rakan merangkap macai bersepadu sdn bhd. "Takkan semua benda Anwar kena buat?" tapi yang hairannya takkan la setiap kali banjir mesti tidak ada di Malaysia, atau ada pakai ilmu ilmu takut air ke wahai Ketum Sdn. Bhd.? sebab tak pernah tengok Ketum redah banjir..Kenapa ye?! koh koh koh..



Senario Ketum Sdn. Bhd. keluar masuk negara seolah olah seorang yang bebas kemana jua sedangkan beliau masih dalam seorang pesalah kes yang diikat jamin. Memang akta hari ini perlu ditambah baik. Maklumlah Ketum kalau pergi luar negara habis dicanangnya dia dianiaya tapi masa dia balun pungkok orang ada dia citer apa dia buat?koh koh koh.. 

Walaubagaimanapun Azmin Longkang, buat lah apa jua yang baik selama menjadi MB Selangor akan tetapi ramai masih ingat lagi bagaimana anda melipat Khalid Ibrahim sehingga belakunya insiden kerusi terbang, rasanya tak lama lagi kena lipat ikat tepi longkang la agaknya.koh koh koh..

Tengah korek kubor peliwat kew?!KOH KOH KOH...

للاكي براني موڠكين اكن كاله تتاڤي تيدق اكن مڠاله.
Baca Seterusnya...

Friday, 14 November 2014

Kebebasan Bersuara Malaysia Rendah?!

Baru baru dalam sidang dewan rakyat seorang MP DAP yang angkuh lagi bijaksana melabelkan Malaysia sebuah negara yang tidak mengamalkan kebebasan bersuara secara total seperti mana dalam video yang ditunjukkan dibawah ini.


Malahan perbandingan yang MP DAP tersebut dalam percakapannya langsung tidak memandang kepada kebaikkan yang baik malah mahu meletakkan Malaysia setara dengan negara yang kurang bernasib baik berbanding Malaysia iaitu Timor Leste. 


Mungkin ada dikalangan pembaca jarang mendengar nama negara itu akan tetapi MP DAP membandingkan Malaysia dengan negara yang "kurang baik" dari Malaysia (rank 141)?!

Sebelum ini DAP dalam ceramahnya sering membandingkan Malaysia dengan Singapura dalam pelbagai aspek akan tetapi tidak pada "Kebebasan Bersuara". Apakah yang cuba diselindungkan fakta yang mana Singapura jauh lebih "kuku besi" berbanding negara ini. 


Dalam perbahasan di Dewan Rakyat yang disambut oleh Datuk Seri Shabery Cheek jelas menceritakan senario sebenar Malaysia hari ini lebih baik dalam mengendalikan hak Kebebasan Bersuara berbanding negara keagungan pakatan pembangkang.



Walaubagaimanapun Malaysia tidak pernah mempertikaikan cara Singapura mentadbir urus negaranya. Cuma parti DAP jelas mahukan pembandingan mengikut tembolok mereka sahaja.

Nampak jambul jek komunis tu kena bedai dengan Shabery Cheek kah kah kah...

Baca Seterusnya...

Tuesday, 11 November 2014

Mayat Dalam Pukat Di Besut [Gambar]

Ketua Polis Daerah Besut, Terengganu mengesahkan bahawa penemuan mayat yang tersangkut di pukat jerut oleh nelayan kira-kira 10 batu nautika dari Pulau Susu Dara Terengganu kira-kira jam 2.00 petang semalam bukanlah nelayan yang dilaporkan hilang di perairan Pulau Perhentian tetapi ianya seorang lelaki warga asing.



Admin nasihat mohon jangan reka reka cerita berkenaan penemuan ini, ini mungkin kes pembunuhan@kehilangan yang melibatkan warga asing yang tidak kena mengena dengan kes kehilangan nelayan yang dilaporkan baru baru ini 

KUALA BESUT - Operasi mencari dan menyelamat (SAR) seorang pemancing yang hilang ketika keluar memancing di laut Khamis lalu gempar apabila satu mayat ditemui terapung kira-kira 10 batu nautika dari Pulau Susu Dara dekat Pulau Perhentian semalam.

Penemuan mayat itu melegakan semua pihak termasuk mereka yang terlibat dalam operasi mencari juga waris Ali Majid, 59, selepas lima hari operasi dilakukan.

Berita penemuan mayat tersebut menyebabkan waris mangsa dan orang ramai bergegas ke Jeti Pelancongan Kuala Besut untuk menunggu.

Suasana pilu menyelubungi di kawasan jeti apabila ahli keluarga mangsa ada yang tidak dapat menahan kesedihan termasuk isteri mangsa Hasnah Mat, 52 dan anak-anak.

Berita penemuan mayat tersebut diketahui ketika jemaah menunaikan solat hajat khusus untuk pencarian Ali di tepi pantai Kampung Pengkalan Atap berdekatan rumah mangsa.

Majlis solat hajat itu anjuran Pejabat Khidmat Masyarakat Dun Kuala Besut yang turut dihadiri Adun Kuala Besut, Tengku Zaihan Che Ku Abd Rahman.

Namun tidak lama kemudian, berita penemuan mayat itu menghampakan semua pihak apabila didapati mayat yang ditemui bukan Ali.

Mayat warga asing yang ditemui

Sementara itu, Ketua Polis Daerah Besut, Superintendan Khaled Che Lah yang ditemui di Kuala Besut mengesahkan mayat yang ditemui kira-kira jam 2 petang semalam bukan Ali.

Menurutnya, mayat tersebut telah ditemui oleh nelayan bot pukat tunda dari Kuala Terengganu kira-kira 10 batu nautika selepas Pulau Susu Dara sebelum diserahkan kepada Agensi Penguat kuasa Maritim Malaysia (Maritim).

“Berdasarkan keadaan mayat yang mempunyai kesan tatu pada beberapa bahagian anggota badan termasuk pengecaman yang dibuat anak lelaki mangsa mengesahkan mayat tersebut bukan Ali, sebaliknya dipercayai warga asing.

“Mayat dipercayai lelaki itu dianggarkan telah mati kira-kira seminggu berdasarkan keadaan mayat dan punca kematian yang belum diketahui,” katanya yang juga Ketua Operasi SAR.

Khaled berkata, mayat tersebut di bawa ke Jeti APMM di Tok Bali, Pasir Putih Kelantan sebelum dihantar ke Bilik Mayat Hospital Tengku Anis, Pasir Putih, Kelantan untuk bedah siasat.

Operasi mencari akan diteruskan

Beliau berkata, berikutan itu usaha mencari dan menyelamat pemancing terbabit akan diteruskan.

“Kami juga memohon bantuan helikopter dari Unit Udara Polis bagi memantapkan lagi usaha mencari mangsa yang diperluaskan di kawasan pesisir pantai,” katanya.

Terdahulu, majlis solat hajat yang diadakan semalam diimamkan bapa Tengku Zaihan iaitu Che Ku Abd Rahman Che Ku Abdullah dengan dihadiri kira-kira 100 jemaah terdiri daripada penduduk sekitar.

Menurut Tengku Zaihan, majlis solat hajat itu diadakan sebagai salah satu usaha memohon kepada ALLAH agar mangsa yang lebih dikenali sebagai Mail dalam kalangan penduduk tempatan segera ditemui walau dalam apa keadaan sekalipun.

“Saya mengucapkan jutaan terima kasih kepada semua pihak yang terlibat dalam usaha mencari mangsa yang bertungkus-lumus sejak Khamis lalu, manakala kepada keluarga mangsa saya berharap mereka tabah dan bersabar,” katanya. [rujuk]





للاكي براني موڠكين اكن كاله تتاڤي تيدق اكن مڠاله.
Baca Seterusnya...

Design Baju "Malaysian Heroes" Buruk?! @KhairyKJ @MSN @KBSMalaysia

Beberapa hari lepas BAM digegarkan dengan Isu penggunaan dadah yang melibatkan Jaguh Badminton Malaysia Datuk Lee Chong Wei [rujuk] walaubagaimanapun LCW lebih maklum akan perkara yang menimpa beliau dan dalam masa yang sama LCW wajar diadili dengan bijak sana.


Kini sekali lagi Menteri Belia dan Sukan YB Khairy Jamaluddin diuji oleh sekumpulan "cytro pemeras ugut" yang mahu memburukkan beliau dengan menyerang isu pemberian projek rekaan baju "Malaysian Heros" atau "Belang Harimau" yang mana dalam satu artikel yang ditulis oleh rakan admin Belia Bangkit [rujuk] yang mana dalam artikel berkenaan menjelaskan tuduhan jahat fake id yang menuduh YB Khairy memberikan projek rekaan baju tersebut kepada orang yang kononnya "tidak layak" diberi peluang sedemikian rupa dan kononnya diberi ganjaran sebanyak RM400ribu dalam rekaan tersebut.


Pada admin kepada sebarang pengkritik Khairy sewajarnya mengkaji semula apakah yang cuba diterapkan oleh Menteri Belia Dan Sukan kita hari ini adalah satu variasi kepada kemajuan sukan dinegara ini. Walaupun dilanda dengan pelbagai masalah dalam dan prestasi atlite tidak memberansangkan itu bukanlah secara total boleh ditunding kepada Menteri semata mata dan memburuk burukan Menteri dengan cerita cerita buruk dimata rakyat Malaysia.


Siapa Melinda Loi? [rujuk] bukan calang calang orang beb!









للاكي براني موڠكين اكن كاله تتاڤي تيدق اكن مڠاله.


Baca Seterusnya...

Sunday, 9 November 2014

Kes Lelaki Berpakaian Wanita Mengejutkan Muhyiddin


Tan Sri Muhyiddin Yassin menyifatkan keputusan Mahkamah Rayuan mengisytiharkan peruntukan Enakmen Agama Islam Negeri Sembilan menghalang lelaki Islam berpakaian dan berkelakuan seperti wanita adalah bercanggah dengan Perlembagaan sebagai sesuatu yang mengejutkan.

Timbalan Perdana Menteri berkata, walaupun bukan pakar dalam hal berkenaan, beliau merasakan keputusan itu perlu diteliti semula kerana ia memberi implikasi besar kepada masyarakat, apatah lagi ia berkaitan dengan Perlembagaan.

"Ia satu keputusan yang agak luar biasa, mengejutkan walaupun mahkamah yang putuskan.

"Saya baca kenyataan pihak pimpinan Islam seperti mufti dan persatuan wakili peguam Muslim yang merasa hairan bagaimana keputusan itu dibuat," katanya pada sidang media selepas mempengerusikan mesyuarat khas bencana banjir kilat dan tanah runtuh di Cameron Highlands di bilik operasi Majlis Keselamatan Negara (MKN) di sini, Ahad.

Muhyiddin berkata kerajaan menghormati keputusan Mahkamah Rayuan itu, namun pihak Jabatan Agama Islam Negeri dan Peguam Negara boleh 'mencelah' untuk mengemukakan rayuan supaya keputusan itu diteliti semula.

"Jadi, elok diserah pada pihak Peguam Negara, Jabatan Agama Islam Negeri atau Majlis Agama Islam Negeri untuk membuat apa-apa rayuan atau sebagainya," katanya.

Mahkamah Rayuan pada Jumaat lepas memutuskan bahawa Undang-Undang Syariah Negeri Sembilan yang memperuntukkan hukuman terhadap golongan lelaki Islam berpakaian wanita di tempat awam adalah melanggar Perlembagaan Persekutuan.

Hakim Datuk Mohd Hishamudin Mohd Yunus yang mengetuai panel tiga hakim membuat ketetapan tersebut selepas membenarkan rayuan tiga lelaki yang bekerja sebagai mak andam untuk mengetepikan keputusan Mahkamah Tinggi Seremban, Negeri Sembilan yang menolak semakan kehakiman mereka bagi mencabar undang-undang syariah itu. - Bernama

(Gambar hiasan)

Isu ini serahkan kepada pihak perundangan yang berkenaan hal ini, walaubagaimanapun adalah HARAM bagi lelaki berpakaian wanita (atau sebaliknya) lagipun jika mak andam pun kalau nak cari makan nak mengandam ke nak melaram?!

Kepada pengantin yang nak pakai serbis mekap tu cuba hire gadis asli jadi mak andam..yang nak bapok gak tu dah kenapa?! Tu la terlalu ikut sangat budaya asing..



للاكي براني موڠكين اكن كاله تتاڤي تيدق اكن مڠاله.
Baca Seterusnya...

Saturday, 1 November 2014

LUBUK LOBSTER : Ketam Kulit Lembut (soft shell crab)

Saalam petang Sabtu, Sedang-sedang admin duk membahan cacai PR yang malas nak berkerja nak makan mende free jek aku terpandang sebuah page makanan laut yang di beri nama Lubuk Lobster.

Admin antar peminat bende bende laut ini so admin nak share skit bisnes orang Islam kat korang.



Seorang yang terlalu menginginkan kelazatan hasil laut LOBSTER sejak dari usia kecil tetapi tidak kesampaian disebabkan faktor harga yang amat tinggi serta sukar untuk diperolehi. Namun kini telah berjaya menemui LUBUK LOBSTER dan ingin berkongsi khazanah laut berharga ini bersama-sama anda semua pada harga yang cukup berpatutan !!

Di LUBUK LOBSTER anda kini boleh memperoleh bekalan LOBSTER import dengan mudah dan murah. Pilihan LOBSTER yang disediakan adalah dari jenis AMERICAN LOBSTER dan AUSTRALIAN ROCK LOBSTER.

Khazanah laut berharga ini amat sesuai untuk dijadikan hidangan di rumah, jamuan keraian, majlis harijadi dan juga barbeque. Bagi pengusaha-pengusaha katering yang inginkan kelainan dan keunikan dalam menu pilihan masakan mereka, LOBSTER adalah pilihan yang bersesuaian dan boleh dijadikan santapan makan beradab di majlis-majlis perkahwinan.

Bagi mereka yang berminat untuk merasai kelazatan hasil laut LOBSTER ini, anda boleh menghubungi LUQ'MAN HAKIM @ 013-392 3686 dan penghantaran akan dilakukan terus ke rumah anda.

Jamulah keluarga anda, nikmatilah ia bersama orang tersayang dan rasailah kegembiraan yang tercipta tatkala menikmati kelazatan hasil laut LOBSTER !! 

KETAM BERKULIT LEMBUT (soft shell crab)

➜ Ditangkap sejurus selepas ketam bersalin kulit
➜ Tak perlu lagi bersusah-payah nak pecahkan kulit
➜ Makan terus dengan kulit-kulit sekali
➜ Sangat rangup apabila digoreng tempura dan kunyit
➜ Bila digigit memercik-mercik air manis
➜ Isinya sedap sampai merintih boleh jadi ketagih
➜ Ketam dari jenis ketam Nipah
➜ 1 paket ada 4 ekor
➜ Terus terang beritahu, saiz dia memang kecil sebab yang kecil itulah yang manis legit



HARGA RUNCIT : RM 30 PER PAKET [PROMOSI : BELI 10 PERCUMA 1]

✔ 100% jaminan kualiti
✔ Ketam yang rosak akan terus ditukar ganti
✔ Segala kos penukaran ditanggung sepenuhnya oleh pihak kami

Hubungi Luq’man Lubuk Lobster @ 013-392 3686 sekarang !

*Sekadar review untuk tatapan pembaca

للاكي براني موڠكين اكن كاله تتاڤي تيدق اكن مڠاله.
Baca Seterusnya...
Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...

ping!