Friday, 31 October 2014

Kenali Calon Presiden Majlis Belia Negeri Perak

Untuk makluman semua, Mesyuarat Agung MBN Perak kali ke 18 akan berlangsung pada 1hb November 2014.

Dibawah adalah sedikit ucapan dari calon 01 Hasnul Fairuz :

Dengan rasa rendah dirinya saya dicalonkan bagi penggal ini sebagai Presiden Majlis Belia Negeri Perak. 

Saya mohon sokongan, dorongan dan doa rakan-rakan untuk saya meneruskan perjuangan Dasar Belia Aman Jaya serta konsep 5P untuk 5 Tahun. 

Hiduplah untuk memberi sebanyak-banyaknya.


Calon 01 - Meraikan Perbedaan Memperkukuhkan Perpaduan !!!

- Terlibat dengan  Gabungan Pelajar Pelajar Melayu Semenanjung (GPMS) sejak 1993

- Peserta World Youth congress di Maghribi pada tahun 2003

- Peserta National Youth Asean award di Cambodia 2006

- Penerima tokoh kepimpinan bagi sambutan hari belia peringkat negeri perak 2005

- Penerima tokoh kesukarelaan bagi sambutan hari belia peringkat negeri perak 2007. 

- Pernah menjadi Exco majlis belia malaysia sejak 2006-2009

- Ketua penerangan majlis belia malaysia 2010- hingga kini 

- Presiden Majlis Belia Negeri Perak satu (1) penggal


Setelah admin membuat kajian sikap secara rambang, rata rata menyokong penuh Hasnul Fairuz untuk terus memimpin Majlis Belia Negeri Perak pada sesi pemilihan kali ini.

Seorang pemain badminton yang admin temubual berkata, tidak ada sebab mengapa Hasnul tidak boleh mengekalkan jawatan berkenaan kerana beliau sememangnya mempunyai rekod cemerlang dalam pelaksaan tugas yang diberi pada penggal yang lalu tidak.

"Bagi saya seorang atlit sukan, kita perlu memberi ruang ini kepada beliau (Hasnul) untuk mengekalkan jawatan tersebut bagi memudahkan beliau meneruskan agendanya untuk membangun dan memajukan belia di negeri ini.

"Saya sendiri pernah bertemu dengan beliau disatu acara sukan di Ipoh pada awal tahun ini, beliau mempunyai sifat karismatik yang menarik dan boleh didekati tanpa perlu protokol yang berlebih lebih malahan beliau rajin membantu dalam masyarakat belia Perak hari ini tidak kira apa jua kaum dan fahaman agama, sifat rendah dirinya dan sentiasa dekat dihati belia juga akan menjadikan beliau sebagai contoh untuk generasi belia terus cemerlang pada masa kini dan akan datang.

"Namun, apa yang penting ialah saya menyokong beliau mengekalkan jawatan selaku Presiden Majlis Belia Negeri Perak." 


Dengan itu admin berpendapat adalah wajar kita mengekalkan Presiden MBN yang sedia ada saudara Hasnul Fairuz (link facebook) sebagai Presiden Majlis Belia Negeri Perak adalah kerana belia negeri perak sememangnya memerlukan pemimpin yang sebegini  

Undilah Hasnul Fairuz calon 01 yang sememangnya telah terbukti kepimpinannya.


للاكي براني موڠكين اكن كاله تتاڤي تيدق اكن مڠاله.
Baca Seterusnya...

Monday, 27 October 2014

Anwar Cuba Pertaruh Nyawa Pelajar Mahasiswa?! #rakyathakimnegara

Ramai yang sedia maklum pada esok hari adalah hari terakhir perbicaraan DSAI di mahkamah tinggi kes Liwat beliau terhadap Saiful Bukhari.

Yang terjadi pada hari ini cubaan Anwar menarik pelajar mahasiswa khususnya dari Universiti Malaya untuk turut sama bersolidarity sedangkan keadaan cuaca tidak elok untuk sebarang aktiviti fizikal.


“Pakatan Rakyat sepakat Anwar Ibrahim adalah Perdana Menteri Malaysia yang ketujuh,” - Timbalan Presiden

Adakah ini moral seorang pemimpin yang mengutamakan rakyat dengan hanya menyogok golongan mahasiswa dengan cerita belas ehsan, kata kata provokasi dan dusta untuk menarik perhatian para pelajar ini utk berdemonstrasi?!

sumber MET.GOV.MY

Azmin Ali sebelum ini cukup lancang mempopularkan dirinya dalam perebutan kerusi Menteri Besar Selangor. Kita lihat adakah Azmin sekadar menyalak bukit selepas ini?

difahamkan juga belaku gangguan elektrik di Universiti Malaya. tetapi Anwar tetap mahukan darah mahasiswa Unversiti Malaya.



للاكي براني موڠكين اكن كاله تتاڤي تيدق اكن مڠاله.
Baca Seterusnya...

Tuesday, 21 October 2014

Tren LRT Baru 2015?!


Majlis Menandatangani Perjanjian kontak CSR ZELC untuk membekalkan 30 set Transit Aliran Ringan (LRT - Light Rail Transit) dengan Prasarana Malaysia Berhad (Prasarana) telah diadakan bertempat di Hotel Hilton Kuala Lumpur hari ini.


Majlis ini diadakan bagi meneruskan pelan transformasi sistem pengangkutan awam Lembah Kelang dengan mengantikan gerabak model baru Transit Aliran Ringan pada tahun hadapan (2015) bagi laluan Ampang. Upacara tersebut telah disempurnakan oleh Y. Bhg. Encik Zhou Qinghe, Pengerusi dan Pengarah Urusan CSR ZELC bersama Y. Bhg. Tan Sri Ismail Adam, Pengerusi Prasarana Malaysia Berhad.

Turut hadir pada majlis ini antaranya ialah Y. Bhg. Encik Luo Chongfu Timbalan Pengarah Urusan CSR ZELC , Dato’ Sri Shahril Moktar (Kumpulan Pengarah Urusan Prasarana) dan Dato Mohd Zahir Zahur Hussin (Kumpulan Pengarah bahagian kewangan Prasarana).


Prasarana Malaysia Bhd bakal akan menggantikan kumpulan tren enam gerabak yang kini beroperasi bagi LRT RapidKL (LRT) Laluan Ampang, dengan tren baharu tahun depan bagi meningkatkan perkhidmatannya.






Lima puluh tren enam gerabak atau kenderaan rel ringan (LRV) berharga RM990 juta sedang diperoleh daripada pengeluar tren China CSR Zuzhou Electric Locomotive Co Ltd (CSR ZELC).

LRV terbabit dijadual diserahkan mulai Disember dan dijangkakan beroperasi secara berperingkat-peringkat mulai Oktober 2015.

Pengerusi Prasarana Tan Sri Ismail Adam berkata tren baharu itu akan dilengkapi ciri-ciri keselamatan yang dipertingkat, termasuk televisyen litar tertutup, tingkap kecemasan, kipas pengudaraan kecemasan, peranti pengesanan asap dan kebakaran dan sistem pemantauan automatik operasi tren.

Beliau berkata demikian selepas menyaksikan majlis menandatangani memorandum persefahaman antara Pengarah Urusan Kumpulan Prasarana Datuk Seri Shahril Mokhtar dan Timbalan Ketua Pengarah CSR ZELC Lou Chongfu untuk membekalkan LRV terbabit bagi Laluan Ampang, di sini hari ini.

Tren berkenaan, yang turut dilengkapi paparan destinasi interaktif dalam tren, tempat duduk tidak melungsur turun, LCD hiburan berinformasi, dan ruang kerusi roda yang lebih luas, akan menyediakan pengalaman perjalanan yang lebih menarik untuk pengguna. Purata penumpang kini mencecah 180,000 penumpang sehari.

Operasi RapidKL LRT Laluan Ampang yang dimulakan pada 1996 dikenali sebagai perkhidmatan STAR-LRT sebelum diambil alih oleh Prasarana pada 2002 bersama-sama perkhidmatan PUTRA-LRT yang dijenamakan semula sebagai RapidKL LRT Kelana Jaya-credit rakyatnews
للاكي براني موڠكين اكن كاله تتاڤي تيدق اكن مڠاله.
Baca Seterusnya...

Sunday, 19 October 2014

Gambar Intim Zairil Dyana Isu Bebal?!

Ahli Parlimen Bukit Bendera, Zairil Khir Johari tidak menolak kemungkinan mengambil tindakan mahkamah terhadap pihak yang menyebarkan gambar intim mirip wajahnya dan calon PRK Telok Intan, Dyana Sofya yang kini menjadi viral dalam media sosial sejak awal pagi ini.

Beliau yang juga Ahli Jawatankuasa Eksekutif Pusat (CEC) DAP juga menafikan sekeras-kerasnya sebagai pelaku dalam gambar itu sambil menyifatkannya sebagai fitnah untuk menjatuhkan kariernya sebagai pemimpin Melayu dalam DAP.



"Saya tak nak komen sangat isu bebal macam ini, cuma hendak cakap politik longkang di Malaysia semakin teruk.

"Bukan kali pertama difitnah atau menjadi mangsa, sudah tiada isu lain hendak main," katanya menerusi khidmat pesanan ringkas (SMS) kepada Sinar Online, hari ini.

Awal pagi tadi, gambar dua mereka menjadi viral apabila ia mula tersebar melalui media sosial WhatsApp dan blog tempatan.

Gambar intim sebanyak sembilan keping itu menunjukkan aksi intim didakwa menyerupai Zairil dan Dyana dalam posisi berpelukan sama ada berpakaian secara formal mahupun tidak formal di beberapa lokasi termasuk kereta dan kawasan umum.

Salah satu blog yang menyebarkan gambar intim itu bagaimanapun mahu dua pemimpin Melayu DAP tersebut tampil menafikan perkara tersebut. - Sinar

Dari artikel yang ditulis sinar harian diatas Zairil sendiri akui ini adalah satu perancangan untuk menjatuhkan beliau selaku pemimpin melayu dalam DAP ternyata ianya adalah musuh politik beliau. (Walaupun admin percaya itu bkn gambar Zairil) tetapi motif pendedahan ini jelas menjurus dgn apa yang beliau akui.

Jika Zairil dipihak yang benar sila buat tindakkan bukan sekadar menafikan sebegitu sahaja dan menunding jari kepada orang lain.


للاكي براني موڠكين اكن كاله تتاڤي تيدق اكن مڠاله.
Baca Seterusnya...

Gambar Intim Dyana dan Zairil Tersebar?!

Selepas Dyana mengambil alih kerusi calon DAP di Teluk Intan, rata rata pemimpinan DAP komunis tidak berpuas hati dengan perancangan itu (Pemikir Strategi DAP, Ong Kian Ming) dan jelas Dyana ditolak oleh penyokong dan pemimpin dalaman DAP sendiri sehinggakan kehari ini DAP terus terusan menyerang Dyana dalam senyap hanya kerana beliau seorang melayu?!

Hari ini kecoh dalam whatapps, facebook dan twitter gambar intim yang dikaitkan dengan Dyana dan Zairil yang mana gambar ini saling tidak tumpah 2 pasangan sejoli yang sedang bercinta.



Sudah menjadi lumrah kehidupan didunia kita berpasang pasangan akan tetapi jika gambar ini benar ia tidak boleh dinafikan hak Dyana untuk bercinta dengan siapa sahaja, cuma akhlak beliau mungkin dipertikaikan oleh golongan penyokong alim ulamak (PAS).

Dalam startegi politik DAP walaupun menyatakan tidak bersifat perkauman ini jika gamabr ini benar ia adalah satu bukti yang mana ini mungkin adalah "kerja jahat" DAP sendiri dalam menceroboh hak peribadi sesama mereka. Jika dilihat dari luar kotak semua pemimpin PR dikaitkan dengan pendedahan yang melibatkan hubungan sulit dan mempersoalkan tentang akhlak pemimpin PR sedangkan akhirnya mereka menggunakan umat islam/melayu untuk menyingkirkan orang melayu dalam saff kepimpinan DAP.

ADAKAH INI JALAN UNTUK MEMBERITAHU KEPADA PAS
Tak suka aksi ini sila keluar dari pakatan...

Mohon Dyana membuat laporan polis dan menjelaskan kepada umum status gambar ini adakah ia benar? Adakah Dyana sudah dinikahi Zairil?

Kalau dah nikah...Selamat Pengantin Baru.... :3 untung la Yammy Samad bermenantukan kan YB..koh koh koh





للاكي براني موڠكين اكن كاله تتاڤي تيدق اكن مڠاله.
Baca Seterusnya...

Wan Azizah Kalah Saman Fitnah

FELDA dan FGV telah memenangi saman berkenaan terhadap Nenekdoll atau juga dikenali Ahli Dewan Undangan Negeri (ADUN) Kajang, Dr Wan Azizah dan dua yang lain iaitu Dr Syed Husin Ali, dan penulis artikel itu, Rusnizam Mahat, berhubung penerbitan dua artikel fitnah dalam akhbar PKR, Suara Keldaian. 


Dua artikel fitnah jahat Dr Wan Azizah & Co. itu masing-masing bertajuk 'Felda Bankrap' yang diterbitkan pada 22 Jun 2010, dan 'Kontroversi' serta 'Bina Bangunan RM662 juta Hanya Libatkan Tiga Individu' yang diterbitkan bagi edisi 29 Jun 2010. [sumber]

"Kedudukan kewangan FELDA kini sangat kukuh berdasarkan nisbah-nisbah kewangan (financial ratios). Aset bersih FELDA sekarang berjumlah RM12.2 bilion," jelas Ahmad. (25 Jun 2010)



للاكي براني موڠكين اكن كاله تتاڤي تيدق اكن مڠاله.
Baca Seterusnya...

Wednesday, 15 October 2014

Dibogel Kerana Tiduri Suami Orang



uyang (China): Dia dibogelkan secara paksa dan dipukul tanpa belas kasihan oleh sekumpulan wanita di jalan raya yang sibuk. Bukan saja polis tidak datang membantu, malah orang ramai juga tidak campur tangan ketika kumpulan wanita berkenaan menendang celah kelangkang dan payu dara Lin Yao Li, 38, walaupun dia meraung kesakitan. 


Saksi berkata, Lin tidak layak dibantu kerana dia tidur dengan suami orang. Ia kejadian terbaru seumpamanya di China yang menyaksikan wanita dimalu dan dipukul di khalayak ramai kerana menjadi punca lelaki bersikap curang terhadap isteri. Dalam kejadian kelmarin, Lin diserbu empat wanita ketika berjalan pulang dari membeli-belah di Puyang, wilayah Henan, di timur China. 

Dengan menumbuk dan menendangnya sehingga Lin terjatuh sambil meraung kesakitan, penyerangnya kemudian menanggalkan pakaiannya sebelum memukulnya lagi, menarik rambut dan menendang celah kelangkang dan payu daranya. Serangan ganas itu dikatakan dirancang oleh isteri lelaki yang didakwa tidur dengan Lin. Dia dibantu tiga rakannya. 

Orang ramai yang berada di tempat kejadian hanya memerhatikannya. Seorang lelaki tempatan, Jun Feng, 30, yang membantu Lin selepas penyerangnya meninggalkan tempat itu memberitahu stesen televisyen tempatan: 

"Kejadian ini sudah menjadi perkara biasa. "Isteri dan teman wanita membalas dendam terhadap lelaki mereka dengan menyerang wanita lain. Orang ramai tidak berminat membantu." Lin yang calar-balar dan lebam kemudian dibawa ke hospital selepas merayu dipanggilkan ambulans.- Agensi 


Inilah dia bila "rakyat jadi hakim" tanpa usul periksa dibogelkan saja, anwar yang bogel dalam video dan dibuktikan salah meliwat haram taknak percaya itu lebih pelik di Malaysiaku...kah kah kah

Nasib baik bini MB tak cakar cakar..



للاكي براني موڠكين اكن كاله تتاڤي تيدق اكن مڠاله.
Baca Seterusnya...

Tuesday, 14 October 2014

Ayahanda Zambry Abd Kadir Meninggal Dunia - Al Fatihah

Innalillahwainaillahirojiun..


Assalammualaikum...

Dukacita dimaklumkan ayahanda YAB Dato' Seri DiRaja Dr Zambry, Tuan Haji Abd Kadir bin Muhammad atau lebih dikenali sebagai Pak Karim, telah meninggal dunia jam 1.10pagi ini (14.10.2014) di Hospital Desa Pangkor kerana serangan jantung. 

Arwah meninggalkan tujuh orang anak, termasuk YAB Dato' Seri DiRaja Dr Zambry.  Jenazah dijangka akan disemadikan selepas solat zuhur di Tanah Perkuburan Masjid Teluk Raja Bayang, P. Pangkor. Arwah telah berkhidmat sebagai ketua kampung Teluk Raja Bayang selama 23 tahun dan bersara pada tahun lepas. 


ALFATIHAH..



للاكي براني موڠكين اكن كاله تتاڤي تيدق اكن مڠاله.
Baca Seterusnya...

Monday, 13 October 2014

5 Ekor Babi Mati Dihadapan Markas PAS?!

Hari ini Malaysia mendapat sebilangan besar hujan disekitar semenanjung tanah Melayu. Dari KL hingga ke utara. Admin nak kongsikan sedikit kisah yang agak menarik pada korang semua satu kejadian yang lucu dan penuh tanda tanya.

Rakan admin dalam perjalanan pulang dari Taiping ke Kuala Kangsar melalui jalan lama terserempak dengan satu kejadian aneh yang cukup mengelikan hati admin apabila dikongsikan cerita ini.



Kisahnya..

Dalam perjalanan tersebut beliau melepasi satu kawasan hitam iaitu Markas PAS Bukit Gantang, Perak yang mana biasa diadakan ceramah ceramah yang kita sedia maklum cukup ceramah pembangkang bila dapat menghentam orang lain. Yelah kalau tak maki hamun orang atau tabur fitnah memang tak cukup garam la adunan hasutan tu.

Semasa melalui betul betul berhadapan markas tersebut, dilihat 5 ekor babi hutan mati berhadapan markas itu, seolah olah tiada lokasi yang lebih mulia untuk mati kah?

Adakah ini satu pertanda protes babi-babi yang suka berguling diatas jalan raya sebelum ini?

للاكي براني موڠكين اكن كاله تتاڤي تيدق اكن مڠاله.
Baca Seterusnya...

Sunday, 12 October 2014

Najib Sepatutnya Tunduk Menyembah Rakyat #bajet2015

Sejak pembentangan bajet 2015 di Dewan Rakyat Jumaat lepas pelbagai keluhan dan rugutan dimedia siber yang rata rata mempunyai pandangan yang tersendiri.


Tidak sepi dari lidah pembangkang yang hari ini mempertikaikan focus tiap isi bajet kali ini yang mana dilihat lebih menjurus kepada permerhatian terhadap infrastuktur demi kelangsungan keselesaan rakyat demi masa akan datang. Dalam pada itu ketua pembangkang DS Anwar sendiri menganggap "dia tiru kami" dalam masa yang sama beliau setuju dengan apa yang dibawa oleh pucuk pimpinan negara DS Najib Razak.

Yang menyedihkan segelintir penyokong pembangkang menyerang bajet kali ini dengan harapan boleh meneruskan agenda menghasut rakyat kononnya kerajaan hari ini tidak layak memerintah hanya kerana bajet ini tidak menepati tembolok mereka sedangkan apa yang dilakukan oleh kerajaan hari ini tidak meminggirkan mana mana bahagian dan layaknya dipanggil ADIL iaitu 'meletakkan sesuatu yang wajar ditempatnya'

Sebagai contoh tambahan wang BR1M diumumkan DS Najib dianggap sebagai suapan setiap hari oleh pemikir kreatif memutarbalikkan sumbangan kerajaan kepada yang layak menerima BR1M. Ada pula pakar kira kira memberikan kiraan BR1M adalah gaji setiap hari kepada penerimanya.

Walaupun pendirian admin kepada subsidi dan BR1M ini tidak wajar diberikan berterusan tapi admin dapat rasakan sendiri bertapa bersyukurnya mereka mereka menerima bantuan ini yang sedikit sebanyak boleh menampung pembelanjaan barangan keperluan atau sebagai alat pengaliran wang dalam negara dan ini banyak memberi pergerakan positif ekonomi.


BR1M tidak teruskan pun tidak mengapa akan tetapi jangan dilupai ianya salah satu manifesto PRU13 yang kini kita sedang menikmati manfaatnya.

Isu Subsidi kecoh sekejap sebelum bajet diistiharkan termasuk beberapa gerakan demonstrasi menentang penarikkan subsidi RM0.20 dikala harga minyak dunia dikhabarkan telah turun. Hal ini admin tak pasti nak ulas bagaimana tapi dari apa yang pernah kita lalui zaman sebelum ini harga minyak turun negara kita kekalkan harganya untuk mengelak trap ekonomi yang mungkin akan belaku kelak.

Perjuang Rakyat sedang lena dalam Dewan Rakyat

Tak dilupa Malaysia hari ini menjadi tumpuan dunia lantaran insiden tragis Lahad Datu, MH370, MH17 dan pelbagai kejadian yang tidak disangka sangka malah ia menarik perhatian dunia dizaman pemerintahan DS Najib yang penuh gelombang hari ini termasuk kegilaan DS Anwar yang tidak pernah memuji akan keadaan pemerintahan kerajaan hari ini akan tetapi dikutuknya Malaysia sehinggakan ia menimbulkan spekulasi yang tidak baik kepada negara dan ia memberi impak kepada pelabur asing untuk datang melabur di Malaysia dan itulah motif yang cuba dijayakan terhadap keadaan ekonomi Malaysia hari ini.

Masih ingatkah himpunan BERSIH sebelum ini, berapa negara rugi dari kejadian itu ada anda fikir apa impaknya berdemonstrasi sedangkan dinegara kita ini cukup aman adanya.


PEMBANGKANG HANYA BOLEH TUDUH DALAM PENULISAN MEREKA KONONNYA KERAJAAN MENIPU. ISU BLACKOUT SAMPAI HARI INI TIADA SEBARANG BUKTI!

للاكي براني موڠكين اكن كاله تتاڤي تيدق اكن مڠاله.
Baca Seterusnya...

Sunday, 5 October 2014

Khalid Mahu Kosongkan Kerusi DUN?!

Khabar angin kini bertiup kencang mengatakan kerusi Dun Pelabuhan Klang bakal dikosongkan oleh bekas Menteri Besar Selangor, Tan Sri Abdul Khalid Ibrahim dalam masa terdekat.Menurut sumber terdekat bekas pemimpin Selangor itu, Abdul Khalid pernah meluahkan hasratnya untuk melepaskan jawatan yang dimenanginya pada PRU13 lalu susulan tekanan yang diterimanya selepas dipecat dari PKR.

"Sebelum Tan Sri Khalid meninggalkan pejabat SUK baru-baru ini, beliau ada merancang untuk meletak jawatannya sebagai wakil rakyat di Selangor sebaik sahaja pulang dari bercuti di luar negara."

Beliau mungkin akan mengumumkan peletakan jawatannya sebelum Dun Selangor bersidang pada bulan depan," katanya kepada Sinar Harian Online ketika diminta mengulas desas-desus mengatakan Abdul Khalid bakal meletakkan jawatan tidak lama lagi.

Bagaimanapun khabar angin yang bertiup kencang sejak beberapa hari lalu dinafikan Speaker Dun Selangor, Hannah Yeoh sambil mengatakan pihaknya belum menerima sebarang notis peletakan jawatan Adun Pelabuhan Klang itu.

"Saya tak dengar apa-apa pun, saya juga tidak terima apa-apa dokumen (notis letak jawatan) daripada beliau, tak ada," katanya.

Ditanya mengenai keperluan memanggil Jawatankuasa Pilihan Khas Mengenai Keupayaan, Kebertanggungjawaban dan Ketelusan Selangor (Selcat) berhubung gesaan mengkaji semula semua perjanjian yang ditandatangani pentadbiran lalu, beliau berkata semakan itu tidak dilakukan Selcat sebaliknya ia sedang dibuat oleh Majlis Mesyuarat Kerajaan Negeri (MMKN).

"Tiada lagi, yang mengatakan hendak menyemak (perjanjian air) ialah menteri besar dan Exco, bukan Selcat.

"Sekarang, tiada apa-apa rancangan untuk Selcat memanggil mengenai isu ini, buat masa sekarang, pihak eksekutif atau menteri besar yang sedang menyemak perkara ini," katanya ketika dihubungi Sinar Harian Online, hari ini.Beliau bagaimanapun berkata, jika semakan itu mendapati wujudnya unsur penyelewengan dan salah laku, Selcat boleh bersidang dan memanggil sesiapa sahaja termasuk Abdul Khalid.

"Selcat akan dipanggil jika ada keperluan itu, jawatankuasa itu akan bermesyuarat, sekarang memang tiada keperluan sebab pihak eksekutif menjalankan tugas membuat semakan," katanya.

Ketika diminta mengulas mengenai kehadiran Abdul Khalid pada sidang Dun Selangor akan datang, Hannah bagaimanapun enggan memberi sebarang komen. - Sinar


Nampak tak TSKI warning kat MB Barua tu jangan ganggu projek air Selangor tu. Jika TSKI letak jawatan ADUN kompom terlondeh habis Anuwar dan kroninya.

Takut kan wahai pemimpin PR Selangor. Even pro BN pon start nak pakai cakap TSKI yang sebelum ini banyak menanggung kririkkan akibat mempertahankan Anwar yang tak memikirkan hal rakyat dan hanya memenuhkan tabungan DAP PKR.

PAS menang banyak kat Selangor pun tak boleh Cakap banyak sebab termakan budi DAP.
Baca Seterusnya...

Saturday, 4 October 2014

Berselfie Sebelum Nahas Terowong Menora?!

Dari sumber yang disampaikan kepada admin Gambar ini dipanjangkan melalui aplikasi whatapps yang mana menunjukkan penumpang yang terlibat dengan kejadian kemalangan maut pagi tadi di lebuhraya utara selatan selepas terowong menara laluan Ipoh - Kuala Kangsar.



Tujuan artikel ini ditulis bukanlah untuk berniat memalukan atau membuktikan apa apa ianya sekadar renungan bersama terutama kita sebagai pengguna jalan raya sewajarnya memberikan focus kepada pemanduan dan jangan sesekali memperjudikan nyawa orang lain kerana kecuaian kita.

Adakah gambar berselfie ini adalah berkaitan atau tidak dengan kejadian itu. Admin belum boleh mengesahkannya.








Dalam laporan polis yang diterima penulis :


Kes kemalangan maut (IO Insp Teo wei yap)


1.Repot trafik kuala kangsar/2119/14

2. Sek 41(1) APJ 1987

3.Lokasi: KM256(U) LRUS 

4.Masa:4/10/2014 jam l/kurang 1200hrs


5.Kenderaan terlibat: 

5.1.M/kar proton saga W4819S

5.1.1.Pemandu 1/L/M

~Muhammad Yusriman Bin Roslan

~kpt910207145585

~23thn

~Bank executive

~8-12A-2,Menara Seri Mahang,Jalan 27/56,Ampang Ulu Klang 54200 KL

*Cedera ringan


5.1.2.Penumpang depan 1/L/M

~Muhammad Yusrizal Bin Roslan 

~kpt890127085599

~25thn

~Operator kilang

~Alamat sama seperti pemandu 5.1.1

*Cedera parah


5.1.3. Penumpang belakang kiri 1/P/M (M1)

~Siti yuslianis binti roslan

~kpt941213146068

~20thn

~Pelajar universiti

~Sama alamat seperti pemandu 5.1.1

*Meninggal dunia di tempat kejadian.



5.1.4.Penumpang belakang tengah 1/P/M

~Siti yusliana binti roslan

~12tahun (tarikh lahir:8/10/2002)

~Pelajar

*Cedera ringan



5.1.5.Penumpang belakang kanan 1/P/M (M2)

~Noor hayati binti wook

~kpt640422085186

~50thn

~Surirumah

~Sama alamat seperti pemandu 5.1.1

*Meninggal dunia di tempat kejadian.


5.2.M/lori treler Hino KAL9621

5.2.1.Pemandu 1/L/M (OKS)

~Ramlee bin yaakob

~kpt630410025873

~51thn

~Pemandu lori

~Kg banggol masjid,MK air puteh 06700 kedah

*Tidak cedera


6.Fakta:

Pada 4/10/2014 jam l/kurang 1205hrs,satu kemalangan maut telah berlaku di KM256(U) LRUS melibatkan sebuah m/kar 5.1 dan sebuah m/lori treler 5.2.Siasatan awal mendapati m/lori treler 5.2 dari johor bharu menghala ke penang membawa muatan mosaic tiles manakala m/kar 5.1 dari KL menghala ke lenggong perak utk bercuti. Sampai di lokasi kejadian m/lori treler 5.2 dipercayai telah hilang kawalan (masalah brek) lalu melanggar bahagian belakang m/kar 5.1 di lorong kanan dan menyeret m/kar 5.1 sejauh 100meter dan terbakar sebelum berhenti. M1 dan M2 tersepit di dalam m/kar 5.1 dan meninggal dunia di tempat kejadian manakala pemandu 5.1.1,penumpang 5.1.2 dan 5.14 berjaya diselamatkan dan dihantar ke hospital ipoh untuk menerima rawatan lanjut. M/kar 5.1 mrngalami kerosakan serius pada bahagian belakang manakala m/lori treler 5.2 mengalami kerosakan bahagian depan.


Akibat kemalangan tersebut 5 m/kar dan 1 m/lori treler seperti berikut cuba mengelak m/lori treler 5.2 dan berlaku perlanggaran satu sama lain:-

1. M/kar myvi WYX5245

2. M/kar alza WWX7587

3.M/kar honda city WTY691

4.M/kar alza AJF4858

5.M/kar mercedez benz 

6.M/lori treler JGD8199


Post mortem M1 dan M2 telah dijalankan oleh Dr Kannan hospital kuala kangsar mengesahkan sebab kematian ialah severe head injury secondary to MVA.


Keadaan cuaca baik siang dan jalan dua lorong lurus lepas turun bukit.

Setakat ini post mortem telah selesai dijalankan oleh pihak hospital dan jenazah M1 dan M2 akan diambil oleh waris mangsa. Utk makluman pemandu dan semua penumpang dalam m/kar 5.1 ialah keluarga kepada SI 96458 Roslan bin ismail.


7.Tindakan setakat ini.

~Lawat ke tempat kejadian.

~Ambil gambar&rajah kasar.

~Hadir post mortem M1&M2.


Berhati hati dijalan raya..anda mampu mengubahnya..

Sekian. Wallahualam..












للاكي براني موڠكين اكن كاله تتاڤي تيدق اكن مڠاله.
Baca Seterusnya...

Thursday, 2 October 2014

Wanita Cantik Ini Berusia 60 Tahun?!

Wanita Cantik Ini Berusia 60 Tahun Berkahwin Jejaka Berumur 28 Tahun..


Adakah anda percaya bahawa cinta tidak mengenal halangan umur? Mereka juga mengatakan bahawa cinta itu buta Atau jatuh cinta pada pandangan pertama. Liu Xiao qing & Yi Gag telah berkahwin di San Francisco. 

Jika dilihat pada gambar adakah anda bersetuju mereka adalah pasangan yang sangat sepadan & sepadan? 




Tetapi bersedia untuk terkejut dengan mendedahkan beberapa fakta: 

Semasa Liu Xiao qing, seorang pelakon wanita & perniagaan, berumur 33 tahun, ketika itu suaminya Yi Gag, bintang badminton negara China baru berumur setahun. Semasa mereka ini berkahwin Liu Xiao qing berumur 60 tahun manakala pengantin lelaki Yi Gag berumur 28 Tahun!! 

Namun begitu walaupun Liu Xiaoqing berumur 60 tahun tetapi jika dilihat dia baru kelihatan seperti berumur 30-an. Bukan hanya itu, berkat kecantikannya, Liu Xiaoqing juga sudah beberapa kali memenangi gelaran Miss Kecantikan untuk wanita berusia 40 tahun ke atas. Bahkan baru-baru ini beliau memainkan peranan dalam sebuah filem dimana Liu berperanan menjadi gadis berusia 19 tahun.

Liu Xiao qing merupakan bekas pelakon dan dia kini adalah seorang usahawanita yang berjaya. Jika di katakan Yi Gag berkahwin dengan Liu Xiao qing disebabkan harta, ini boleh disangkal kerana Yi Gag datang daripada keluarga yang kaya dan mempunyai keluarga yang baik dan harmoni. - dairishare


So all makcik bawah 60tahun boleh la cantikkan diri anda :)

للاكي براني موڠكين اكن كاله تتاڤي تيدق اكن مڠاله.
Baca Seterusnya...

Wednesday, 1 October 2014

@najibrazak @razlanrafii Lepasan Ijazah Tak Mampu Beli Rumah?!


Realitinya, rungutan kian meningkat terutamanya dalam kalangan anak-anak muda kawasan bandar. Yang berpendapatan sederhana pun sukar memiliki rumah, apatah lagi yang berpendapatan rendah. Ikuti ulasan oleh Ketua Pemuda Umno Wilayah Persekutuan, Mohd Razlan Rafii dan seorang anak muda, yang juga ahli Jawatankuasa Dasar Akademi Belia, Hafizuddin Amir.

Permasalahan & rungutan golongan muda terutamanya memiliki rumah di Kuala Lumpur kian tidak berpenghujung sekiranya tiada apa-apa langkah mahupun tindakan tertentu diambil oleh pihak berwajib menangani hal ini. Sebagai warga Kuala Lumpur, saya sendiri merasakan bebanan yang terpaksa dipikul bagi memiliki rumah mampu milik dengan pendapatan isi rumah sekitar RM4,000 ke bawah.

Statistik menunjukkan seramai 152,795 orang di Kuala Lumpur gagal memiliki rumah sendiri dan hanya mampu menyewa rumah pada kadar yang berpatutan. Kebimbangan ini semakin meruncing apabila penawaran rumah mampu milik di bandaraya ini bermula sekitar RM300,000 ke atas.

Menurut Ketua Pemuda UMNO Wilayah Persekutuan, saudara Mohd Razlan Rafii seramai 45,000 orang berada di dalam senarai menunggu di bawah Jabatan Perumahan Dewan Bandaraya Kuala Lumpur (DBKL) untuk ditempatkan di mana-mana perumahan awam seluruh Wilayah Persekutuan.

"Ada 45,000 yang daftar rumah DBKL, menunggu untuk mereka ditempatkan di rumah-rumah pangsa. Maksudnya hari ini kita mendapati ramai yang tidak mempunyai rumah di Kuala Lumpur ini dan mereka lebih rela sewa".

Statistik pada tahun 2013, terdapat 93% rumah kos tinggi di Kuala Lumpur. Sudah tentu harganya melebihi RM300,000 sehingga ke RM1 juta. Melihatkan harga jualannya saja telah menyebabkan golongan muda terpaksa mencongak beberapa kali kemampuan mereka memiliki rumah tersebut. Golongan berpendapatan sederhana pun sukar memiliki rumah tersebut apatah lagi golongan berpendapatan rendah.

Berikut beberapa cadangan yang mungkin boleh diambil perhatian wajar oleh kerajaan.

  1. Menghentikan penjualan saki baki tanah kepada Pemaju
  2. Wujudkan kerjasama pembinaan rumah mampu milik antara DBKL, Kementerian Wilayah Persekutuan dan Kementerian Kesejahteraan Bandar, Perumahan & Kerajaan Tempatan.
  3. Berikan diskaun / rebate kepada Pemaju yang bersetuju mengimplentasikan produk rumah mampu milik di bawah RM250,000 (64% warga kota mampu beli di bawah kadar tersebut).
Diyakini jika kerajaan memandang jauh akan permasalahan ini, berkemungkinan warga kota terutamanya golongan belia mampu memiliki aset rumah sekurang-kurangnya di Kuala Lumpur. 

"Inilah sebenarnya yang kita minta kepada kerajaan di dalam bajet yang akan datang untuk melihat skim-skim yang kita boleh tawarkan kepada belia dan juga wujudkan bandar belia yang betul-betul melihat kepada kemampuan anak-anak muda di bandar". - sumber


sumber
للاكي براني موڠكين اكن كاله تتاڤي تيدق اكن مڠاله.
Baca Seterusnya...
Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...

ping!