Tuesday, 30 September 2014

Sekapur Sireh Dari Admin #rakyatmove

Hari hari yang mendatang nie penuh kebosanan dengan isu isu yang memualkan hati dan sanubari admin yang kini mendap mengerjakan tugasan baru di pejabat.

Beberapa hari lepas admin sempat keutara tanah air demi memenuhi jemputan seorang sahabat baik yang meminta sekumit pertolongan dari admin yang tidak seberapa nie.

Sekembalinya dari utara admin memulakan tugasan seperti biasa walaubagaimanapun sedikit kemalasan berganda memandangkan cuti Hari Raya Korban bakal tiba Ahad ini.

Pada admin tidak ada apa hendak dikongsikan dsini alih alih si anwar jek nak memontek jek di Selangor yang tidak penah sepi dari spekulasi dan berpolitik 24/7.


Semalam belaku kejadian banjir di Kajang, 
kelibat Azizah tiada manakala Anwar lagi la takde...


للاكي براني موڠكين اكن كاله تتاڤي تيدق اكن مڠاله.
Baca Seterusnya...

Bantahan Selamatkan Rimba Kenong #‎SaveRimbaKenong



#‎SaveRimbaKenong 
28/09/2014 Masjid Asal Kuala Kenong (tapak masjid pada masa dahulunya digunakan Pahlawan Pahlawan Melayu Dahulu berbincang melawan British).

Saya tidak dapat tidak; merasa bangga bercampur dgn terharu semasa menghadiri Upacara Penyerahan Memorandum Bantahan daripada 4 JKKK kawasan sekitar Kuala Kenong di mana Rimba Kuala Kenong terletak. 

Bangga kerana saya bersama Ahli Parlimen Lipis, merangkap Ketua Bahagian Lipis, Dato Haji Abdul Rahman Mohamad; kerana beliau yg memang terkenal dgn keberanian mempertahankan kebenaran. Mendahulukan kepentingan Rakyat khususnya di kawasan Parlimen Lipis. Seorang yg berani, itu sudah pasti; kerana isu ini isu sensitif. Namun berundur tidak sama sekali.

Terharu bercampur sebak, bila saya mendengar doa yang dibacakan Ketua Kampong Kuala Kenong, Tuan Haji Abdul Rahman Bilal Endil, yg merupakan Pengerusi Jawatankuasa Bertindak Bantahan; jelas terbayang akan hasrat ikhlas orang orang kampong sekitar agar perkara ini ditangani dgn sebaik mungkin oleh semua pihak. 

Penyelaras Jawatankuasa Bertindak Saudara Azhar Ahmad yang dari mula lagi tidak putus2 berusaha berbincang dan memberi maklumat kepada Dato Abdul Rahman, sehingga dapat bercakap terus dengan Menteri Besar Pahang mengadu perihal isu ini, mendapat hormat saya. 


4 JKKK kawasan sekitar bersatu membantah secara terhormat menggunakan saluran yg betul amat membanggakan saya. Mereka bersatu, bergotong royong dan adalah amat penting perjuangan ini di HORMATI semua Pihak. 

Perjuangan ini bukan melawan arus tetapi amat sebaliknya, ingin meletakkan maruah Agama, Bangsa dan Raja ditempat yang sepatutnya.

Mungkin kerana berkat majlis ini dijalankan di tapak Masjid tertua dimana digunakan oleh pahlawan pahlawan Melayu yg terdahulu seperti Tok Gajah, Orang Kaya Haji, Tok Bahaman dan beberapa pahlawan lain suatu masa dahulu; menguatkan kami yang mahukan yg terbaik untuk semua pihak.

Kepada sesiapa yang kurang mengenali Kenong Rimba Park (KRP), KRP adalah kawasan khazanah alam sekitar lebih dari 130juta tahun. Eko sistem disitu menyediakan air bersih Gred A kepada kampong kampong berdekatan (sesiapa yang tinggal di kawasan bandar jangan harap nak dapat Air Gred A nie - di bandar 'Gred Clorine').

Balak dikawasan ini tidak kurang 3 atau 4 Pemeluk yg mungkin memerlukan 200 - 250 tahun tahun utk jadi besar dan matang sebegitu. Gua Batu Kapur yg amat jarang ditemui, banyak dikawasan tersebut. Sauna dan Fauna jelas menjadi lambang kebanggaan Rimba Kenong Park; yang juga Lambang Kemegahan Warga Lipis.

Lonely Planet, Trip Advisor dan International Forest Guide menberikan taraf 5 Bintang (5 Stars) kepada Rimba Kenong ini. Ini tidak termasuk beberapa Journal2 Antarabangsa mengakui keunikan Rimba Kenong Park ini. Tekanan daripada pihak antarabangsa akan lebih kuat lagi sekiranya perkara ini tidak ditangani dgn baik. 

Seperti yg saya beritahu tadi, Perjuangan Bantahan ini dilakukan dengan cara yg terhormat; melalui salur yang betul. Ini adalah niat ikhlas masyarakat kampong. Nama baik Daerah, Negeri dan juga Negara akan terpalit sama jika tiada tindakan yang benar benar berkesan.

Bukan niat kami menongkah arus, tetapi amat sebaliknya; Perjuangan Meletakkan Kepentingan Rakyat, Bangsa Dan Raja ke Tempat Yg Sebaiknya....

Kami amat berterima kasih kepada Menteri Besar Pahang Dato Seri Adnan Yaakob. Beliau terus mengarahkan pihak yg terbabit melakukan siasatan. Papan2 tanda telah diturunkan. Saya difahamkan oleh Dato Abdul Rahman, Mesyuarat Exco atas arahan Dato Seri Adnan telah memutuskan tiada kawasan pembalakan di kawasan2 yg menjejaskan Rimba Kenong Park. Terima Kasih Semua...

Kepada Pejuang Pejuang Kawasan Sekitar Kuala Kenong; andalah sebenarnya Pahlawan Pahlawan Melayu. Tidak dilupakan juga barisan kepimpinan Bahagian Lipis yang berdiri teguh menyokong Jawatankuasa Bertindak (4 JKKK ini). Ini jelas menunjukkan kita boleh bersatu dan banyak ruang yangg boleh digunakan membantah secara terhormat... dan yang paling penting berkesan....


Biarkanlah Rimba Kenong Park Untuk Dinikmati Anak, Cucu, Cicit Kita....
#‎CuitOrgKayaHaji : Saudara Saiful Zaini




للاكي براني موڠكين اكن كاله تتاڤي تيدق اكن مڠاله.
Baca Seterusnya...

Thursday, 25 September 2014

Penjawat Awam Naik Gaji 2015?! [Siaran Media JPA]


Semasa keadaan situasi negara sedang dalam peringkat memacu kearah Negara Maju Berpendapatan tinggi masih ada segelintir rakyat Malaysia yang berfikiran kolot dan terlalu mengharapkan suapan yang boleh dianggap 'melampau'.


Merujuk dari petikan sebuah blog yang mendakwa menerima pesanan ringkas didalam aplikasi whatapps. satu artikel yang tidak bersumber sahih malah berunsur fitnah keatas presiden CEUPACS. Walaupun sebelum ini ISU NAIK GAJI dan PENJAWATAN dalam sektor awam dilihat CEUPACS cukup sinonim dalam perkara seperti ini. Walaubagaimanapun komen dari pengunjung blog tersebut jelas tidak menerima dakwaan tersebut.

Orang ramai dinasihatkan berhati hati dalam menyebarkan sebarang bentuk berita yang melibatkan orang ramai demi mengelakkan salah faham dan rasa tidak senang dalam masyarakat kita hari ini.

Terima Kasih kepada JPA kerana bertindak segera dalam perkara ini:


PENAFIAN JABATAN PERKHIDMATAN AWAM (JPA) MENGENAI KAKITANGAN AWAM TERIMA KENAIKAN GAJI BARU MULAI 1 JANUARI 2015.



PUTRAJAYA, 25 September 2014-Jabatan Perkhidmatan Awam (JPA) ingin memaklumkan bahawa penyebaran berita mengenai kenaikan gaji dan elaun kakitangan awam yang disiarkan melalui media-media sosial adalah tidak benar. Mohon kerjasama semua pihak untuk tidak menyebarkan berita ini sekiranya ada menerimanya.

Untuk maklumat lanjut, sila hubungi:

Pasukan Komunikasi
Jabatan Perkhidmatan Awam
Tel: 03-88853830/3146
Emel : komunikasi@jpa.gov.my 








للاكي براني موڠكين اكن كاله تتاڤي تيدق اكن مڠاله.
Baca Seterusnya...

Wednesday, 24 September 2014

Jerung Purba 'Goblin Shark' Ditangkap

Nelayan Tertangkap Jerung Purba di Florida, Saintis Kecewa | Nelayan di Teluk Mexico terkejut apabila pukatnya bukan saja penuh dengan hasil tangkapan udang, malahan turut memerangkap seekor jerung yang dikenali sebagai goblin shark kerana rupanya yang buruk.



Dianggarkan sepanjang enam meter itu, spesis yang jarang ditemui sejak lebih 10 tahun lalu itu terperangkap dalam pukat udang di perairan barat Florida, Amerika Syarikat.

Berwarna merah jambu gelap, nelayan itu terkejut apabila pukat udangnya turut diselit dengan jerung zaman purba itu.

"Ia memiliki paruh panjang dengan gigi yang tajam, bagaikan fosil hidup. Saya tidak tahu apakah ia terutama apabila melihat rupa dan giginya," kata nelayan, Carl Moore.

Bagaimanapun, saintis kecewa apabila Moore melepaskan jerung berkenaan selepas merakamkan gambarkan.

Berdasarkan gambar itu, saintis berpendapat ia spesis jerung betina yang hidup di laut dalam dan boleh berubah warna kepada hitam jika berhadapan ancaman.

Paruhnya dikatakan berupaya mengesan mangsa walaupun dalam situasi ia tidak dapat melihat atau mendengar.

Spesis jerung goblin ini memakan ikan, termasuk jerung dan pari, selain ketam, udang serta hidupan laut lain.

Moore menangkap jerung itu pada 19 April lalu, bagaimanapun hanya melaporkan kepada National Oceanic and Atmospheric Administration pada Jumaat. -AP


Cuma boleh dikatakan ini satu pernemuan yang cukup baik kerana ia boleh dijadikan satu bukti ringkas wujudnya hidupan lain yang tidak terjangka oleh kita.Walaubagaimanapun ikan itu kini kekal didalam lautan dan tidak menjadi mangsa rakus manusia hari ini.

Kepada para para penulis blog tak yah la nak kaitkan hal ini dengan kejadian akhir zaman la atau spekulasi itu ini. :3


للاكي براني موڠكين اكن كاله تتاڤي تيدق اكن مڠاله.
Baca Seterusnya...

Monday, 22 September 2014

Blogger UMNO Tabur Fitnah?!

Ahli Majlis Tertinggi UMNO, Datuk Abdul Rahman Dahlan.menyelar dakwaan Blogger terbabit kononnya satu perjumpaan telah diadakan melibatkan YAB Perdana Menteri @ Presiden UMNO Dato' Sri Najib Tun Razak bersama-sama Ketua UMNO Bahagian seluruh negara dan hanya 70 orang saja hadir daripada jumlah keseluruhan 191 orang / bahagian.

"Bukan 70 orang Ketua Bahagian yang hadir seperti yang didakwa oleh Blogger tersebut. Yang hadir 180 dari 191 Ketua UMNO Bahagian", katanya.

Beliau turut menjelaskan lagi baki 11 orang Ketua UMNO Bahagian yang tidak hadir kerana mempunyai urusan peribadi yang tak dapat dielakkan, mempunyai aturcara kenduri kahwin dan berada di luar negara.


Menurut Menteri Kesejahteraan Bandar, Perumahan Dan Kerajaan Tempatan ini secara tradisinya perjumpaan yang diadakan bukan pertama kali tetapi ia merupakan tradisi yang diamalkan oleh Presiden UMNO bagi menerangkan serta membincangkan isu-isu semasa.

"Blogger tersebut kata PM nak jumpa tapi Ketua UMNO Bahagian tak nak datang. Lalu Blogger itu buat kesimpulan PM tidak dapat sokongan.

"Saya rasa Blogger ini dah terlebih imaginasi. Fakta semua berterabur", kata beliau dalam account twitternya, @mpkotabelud.

Beliau kesal dengan tanggapan pihak Blogger yang tidak bertanggungjawab ini kerana maklumat yang disampaikan tidak tepat dan boleh menyebabkan ahli-ahli UMNO berantakan sesama sendiri.



Malas nak mention blog pro siapa...perangai tak semiak nie kadang kadang menjadi jadi tak elok gak...




للاكي براني موڠكين اكن كاله تتاڤي تيدق اكن مڠاله.
Baca Seterusnya...

Thursday, 18 September 2014

Pensyarah Langgar Pelajar UiTM Hingga Maut



Seorang pelajar UiTM Shah Alam maut dikatakan dirempuh oleh sebuah kereta Volkswagen Passat ketika dalam perjalanan balik dari kelas petang tadi. Sumber mengatakan kereta tersebut dipandu oleh seorang pensyarah.

Mangsa, Fatin Farah Faraddia , merupakan seorang pelajar Fakulti Sukan di Universiti berkenaan.Kejadian terjadi di berdekatan dengan Fakulti Sains Sukan Dan Rekreasi, UiTM Shah Alam. Dikatakan juga jalan di kawasan tersebut sememangnya sedikit berbahaya.Al-Fatihah kepada arwah dan kepada semua yang mengenalinya, tabahkan hati anda. Benar kata orang, maut tidak mengenal tempat. - siakapkeli.com


Baca Seterusnya...

Wednesday, 17 September 2014

Punca Kenapa MP DAP Hina NegaraKu Dinyanyikan?! #BiaDAP #anakkl

Jika sebelum ini DAP dikaitkan dengan komunis tetapi dinafikan oleh DAP malah tanpa berselindung lagi komunis dalam DAP menentang penubuhan negara Malaysia.

Kandungan Posting Chong Chieng Jen

1. Chong Chieng Jen lebih malu dengan rakan di luar negara daripada untuk berdiri menyanyikan lagu NegaraKu di pawagam.

2. Chong Chieng Jen menyatakan bahawa menyanyikan lagu NegaraKu adalah memalukan dan mengarut.

3. Chong Chieng Jen menyatakan bahawa Malaysia menghala kepada negara Komunis kerana menyanyikan lagu NegaraKu di dalam pawagam.


Apa yang disuarakan oleh MP DAP ini adalah jelas salah satu suara komunis yang mahukan perpecahan Sabah Sarawak dari Malaysia dan membentuk satu negara baru?!

Beliau sebenarnya melenting (kenapa marah ya?) dengan tayangan filem "Kanang Anak Langkau" yang ditayang sebelum nanyian NegaraKu didalam pawagam. Kerana komunis ramai yang mati ditangan perjuang iban tersebut.

Sejarah tak lupa Komunis tidak meletak senjata malah hari ini mereka (DAP) dengan berani menghina Negara dengan kata kata yang cukup menghiris perasaan rakyat Malaysia, bayangkan apa perasaan perjuang seperti Kanang Anak Langkau yang banyak berjasa kepada dan beliau cukup didendami oleh komunis.



Jepun mula menakluki Tanah Melayu pada 8 Disember 1941 sehingga 16 Ogos 1945. Kezaliman sewaktu memerintah adalah pahit. Jepun berjaya menakluki Tanah Melayu telah mendapat sokongan daripada anak negeri yang terperangkap dengan janji-janji kemerdekaan yang telah dijanjikan. Jepun juga turut menghampakan harapan mereka yang terperangkap dengan janji-janji Jepun untuk memberikan kemerdekaan dengan Propaganda jepun iaitu "Asia untuk Orang Asia" dan "Semangat Asia". Kekerasan berlaku. Mereka yang disyaki menentang Jepun akan dibunuh. Akibat kezaliman Jepun itu, semangat cinta akan tanah air Malaysia telah dipupuk.

Pada Zaman Pendudukan Jepun, rakyat hidup dalam sengsaraan. Kezaliman dan kekejaman yang dilakukan oleh Kempetai amat ditakutkan. Kempetai merupakan unit polis yang menangkap sesiapa yang disyaki menentang Jepun. Banyak masalah sosial juga ditimbulkan. Ekonomi merosot, ramai yang mati kebuluran, hasil pertanian dirampas, bilangan pengangguran semakin meningkat, ubat-ubatan tidak cukup menyebabkan ramai yang mati kerana penyakit. Orang Cina yang menghantar bantuan kepada negara China apabila Perang Jepun dengan China Perang China-Jepun Kedua ditangkap dan dibunuh dengan penuh kezaliman. Memaksa rakyat membina Keretapi Maut di negara Thai. Dasar penjepunan diperkenalkan, sekolah-sekolah diganti dengan sekolah Jepun, bahasa Nippon-go digunakan, Kimigayo iaitu lagu kebangsaan Jepun dinyanyikan, tulisan Jepun ditulis. Perbuatan tersebut menyebabkan kelahiran MPAJA iaitu Tentera Anti Jepun Tanah Melayu, Force 136, Gerila Kinabalu dan lain-lain gerakan yang menentang Jepun. Akhirnya, Jepun menyerah kalah tanpa syarat setelah Hiroshima dan Nagasaki dibomkan. Walaupun Jepun telah menyerah kalah kepada tentera Berikat, tetapi banyak kesan-kesan positif malah negetif diwujudkan. Antaranya, Zaman Pendudukan Jepun itu telah membangkitkan semangat patriotik di kalangan rakyat tetapi masalah perpaduan telah diwujudkan serta masyarakat menjadi kucar-kacir. Ramai yang mati akibat kelaparan dan dijangkiti penyakit.

MPAJA yang juga dikenali sebagai Parti Komunis Malaya ditubuhkan pada 20 April 1930. Yang pada awalnya bekerjasama dengan pihak British untuk menentang pendudukan Jepun berdasarkan perjanjian yang dibuat pada 8 Disember 1940, mengambil peluang untuk membalas dendam terhadap sesiapa yang dianggap bersubahat dengan Jepun.

Menerusi MPAJA, bantuan senjata, latihan, kewangan, bekalan lojistik dan perubatan telah diperolehi dari British. Dalam tempoh 3 tahun kekuatan tentera MPAJAdianggarkan sebanyak 7,000 anggota dan tidak hairanlah apabila darurat berlaku pihak British dan anggota pasukan keselamatan terpaksa berhadapan dengan kesukaran menghapuskan sekumpulan tentera yang telah dilatih untuk berperang. Manakala dari segi penglibatan negara luar pula, Parti Kuomintang dari China memainkan peranan yang penting untuk menyebarkan perfahaman komunis ke Tanah Melayu. Cawangan Kuomintang di Tanah Melayu diharamkan oleh British. Walau bagaimanapun, golongan komunis di Tanah Melayu menubuhkan Parti Komunis Nanyang tetapi diharamkan pada tahun 1930 kemudian menubuhkan pula Parti Komunis Malaya.

Tujuan penubuhan PKM adalah untuk menubuhkan sebuah republik komunis di Tanah Melayu. Semasa pemerintahan Jepun PKM menubuhkan MPAJA untuk menentang Jepun. MPAJA mendapat sokongan daripada orang Cina.

Selepas Jepun menyerah kalah, Parti Komunis Malaya telah mengambil kesempatan untuk berkuasa menerusi gerila-gerila MPAJA dan melalui beberapa pertubuhan seperti Min Yuen, MRL dan sebagainya. Beberapa siri keganasan dan rusuhan serta pergaduhan antara kaum telah berlaku di Tanah Melayu, terutamanya di bahagian selatan Tanah Melayu. Akibatnya, orang-orang Melayu mulai bertindak-balas terhadap kekejaman anggota komunis Bintang Tiga, seperti pasukan yang diketuai oleh Panglima Salleh Selempang Merah. Kembalinya British dengan pentadbiran tenteranya (BMA) dalam tempoh yang singkat menyebabkan komunis Bintang Tiga tidak berjaya mengembangkan pengaruh mereka. Akibat kegagalan komunis Bintang Tiga merampas Tanah Melayu dengan gerakan bersenjata, telah membawa kepada persetujuan pembubaran tentera MPAJA dan perletakan senjata api disamping pembayaran saguhati kepada gerila-gerila terbabit.

Parti Komunis Malaya telah menguasai Parti Kebangsaan Melayu Malaya yang ditubuhkan pada 17 Oktober 1945 melalui tokoh-tokoh jawatankuasanya yang terdiri daripada Mokhtaruddin Lasso (Presiden), Arshad Ashaari (bendahari), Rashid Maidin, Abdullah C.D. Parti Kebangsaan Melayu Malaya lebih cenderung bagi Tanah Melayu menyertai Indonesia bagi mendapat kemerdekaan pada 1949.

Terbentuknya Persekutuan Tanah Melayu pada 1 Februari 1948 merupakan kekalahan kepada Parti Komunis Malaya kerana golongan ini telah diketepikan oleh British. Parti Komunis Malaya telah menukar strategi dan mula mencetuskan kegagasan melalui mogok dan rusuhan. Pihak British bertindak balas dengan mengharamkan pemimpin politik daripada mengetuai kesatuan pekerja, dengan itu melemahkan kedudukan komunis Bintang Tiga.

Pihak komunis Bintang Tiga kemudiannya mulai mengangkat senjata dan beberapa siri serangan dan serangan telah berlaku. Bagaimana pun, insiden pada 16 Jun 1948 iaitu pembunuhan tiga orang pengurus estet berbangsa Eropah di Sungai Siput, Perak telah membawa kepada pengistiharan darurat oleh Sir Edward Gent. Apabila keadaan bertambah teruk, pada 12 Julai 1948, darurat diistiharkan ke seluruh negara. Parti Komunis Malaya telah diharamkan pada 23 Julai 1948. Seluruh angkatan bersenjata telah digerakkan termasuk Senoi Praaq bagi menentang komunis.

Akibat kesukaran dan kekurangan sokongan dari masyarakat, pemimpin Parti Komunis Malaya, Chin Peng telah meminta perundingan diadakan pada tahun 1955.Rundingan Baling ini yang diadakan pada 28-29 Disember 1955 tidak membawa apa-apa keputusan drastik. Ini disebabkan kerajaan menawarkan pengampunan dengan syarat Parti Komunis Malaya dibubarkan, tetapi Chin Peng pula meminta Parti Komunis Malaya dibenarkan untuk bergerak sebagai sebuah parti politik. Pihak kerajaan yang telahpun mencapai kemajuan dalam membasmikan Parti Komunis Malaya, dan menimbangkan kekejaman Parti Komunis Malaya terhadap rakyat sebelumnya, menolak usul membenarkan Parti Komunis Malaya dibenarkan bergerak sebagai sebuah parti politik. Tunku kemudiannya menegaskan kepada rakyat bahawa Parti Komunis Malaya bertindak menentang kerajaan sah yang telah dipilih rakyat dan merdeka daripada penjajahan British.

Tanah Melayu mencapai kemerdekaan pada 31 Ogos 1957 ketika darurat masih lagi berkuatkuasa. Pada 31 Julai 1960, darurat ditamatkan setelah ancaman komunissemakin berkurangan dan pengunduran mereka ke sempadan Tanah Melayu dan Thailand. Penempatan baru komunis di sempadan telah membolehkan mereka mengumpul dan memulihkan kekuatannya.

Selepas sekian lama dan atas kesedaran pucuk pimpinan Parti Komunis Malaya, maka pada 2 Disember 1989, Perjanjian Damai (Perjanjian Haadyai) telah ditandatangani di antara Parti Komunis Malaya dengan Kerajaan Malaysia dan Kerajaan Thailand. Perjanjian bersejarah itu telah menamatkan perjuangan bersenjata Parti Komunis Malaya selama 41 tahun dan mengembalikan taat setianya kepada Yang di-Pertuan Agong dan patuh kepada Perlembagaan dan undang-undang negara. - sumber


للاكي براني موڠكين اكن كاله تتاڤي تيدق اكن مڠاله.
Baca Seterusnya...

Tuesday, 16 September 2014

Harap Bukan CD Stopa Ali Diedarkan #pengkalankubor #bn4prk


Semalam admin meninjau portal kesayangan pengikut PAS iaitu HARAKAH kononnya penyokong UMNO(berbaju merah) mengedarkan sebaran berbentuk CD dalam meraih undi di Pengkalan Kubor. Malangnya ia editoro Harakah telah dikesan menipu gambar dalam artikel itu.

“VCD yang diedarkan di merata tempat di kawasan Pengkalan Kubor sempena kempen pilihan raya kecil sekarang. Saya harap pengundi tidak mudah terpengaruh dengan propaganda tersebut,”
- Datuk Kamaruddin Jaffar Harakah

Untuk jentera berkempen di PRK Pengkalan Kubor kali ini UMNO/BN ramai mengenakan pakaian berwarna merah untuk menunjukan sokongan kepada calon UMNO di  PRK Pengkalan Kubor akan tetapi Harakah mengunakan dan memanipulasikan gambar seorang aktivis 'R' Kelantan sedang mengedarkan flyers PAS memburukkan kerajaan.


dimanakah dakwaan Datuk Kamaruddin individu yang mengedarkan CD tersebut? setakat dengar dengar cerita dan reka reka fitnah memang jadi musim pilihanraya kan?!

krik..krik..krik..nipu letew...



للاكي براني موڠكين اكن كاله تتاڤي تيدق اكن مڠاله.
Baca Seterusnya...

Taukey Kayu Jadi Calon PRK Pengkalan Kubor? #pengkalankubor #bn4prk

Calon Pas PRK #PengkalanKubor harap dapat tampil perjelas kilang kayu ini..



Harap calon Pas ni dapat tampil memberi penjelasan yg sewajarnya bagi menangkis persoalan ini.

Adakah ini kilang calon PAS..?


Beliau merupakan salah seorangg ahli lembaga koperasi kayuan negeri Kelantan yang tertulis didalam resume beliau. Hasil tinjauan daripada wartawan Post Metro, kilang tersebut terletak kira kira 2km dari rumah calon di Bendang Pok Yong.

Adakah aktivitinya adalah haram ataupun sah kerana dalam tinjauan kami tiada sebarang pengenalan mahupun papan tanda di hadapan kilang berkenaan.

Apa yang mencurigakan ialah kelihatan kelibat beberapa individu yang keluar masuk ke kilang tersebut.

Pihak berkuasa di harap dapat melakukan tinjauan untuk pengesahan kilang tersebut.







للاكي براني موڠكين اكن كاله تتاڤي تيدق اكن مڠاله.
Baca Seterusnya...

Khairy Optimis Orang Muda Sokong Barisan Nasional #pengkalankubor #bn4prk

Ketua Pemuda Umno Khairy Jamaluddin yakin hampir setengah pemuda yang akan mengundi dalam PRK Pengkalan Kubor kekal dengan BN.

Pemuda Umno yakin seramai 45% pengundi muda pada Pilihan Raya Kecil (PRK) Dewan Undangan Negeri (DUN) Pengkalan Kubor tidak akan mensia-siakan peluang untuk terus memilih Barisan Nasional pada PRK itu, 25 September ini.


Ketuanya, Khairy Jamaluddin Abu Bakar berkata ini kerana pengundi muda itu mengetahui dengan jelas apa yang telah dilakukan BN pada masa Allahyarham Datuk Noor Zahidi Omar menjadi wakil rakyat DUN itu sejak tiga penggal lalu.

"Alhamdulillah saya lihat semua pengundi muda ini mengenali calon BN, (Mat Razi Mat Ail) yang mampu membawa kesinambungan Allahyarham dan mengambil berat masalah mereka.
"Mereka tahu jasa Allahyarham semasa menjadi wakil rakyat banyak membuat perubahan dan jika bukan jasanya tidak ada apa-apa sebenarnya di Pengkalan Kubor," katanya kepada pemberita selepas mengadakan lawatan ke Pusat Daerah Mengundi Pengkalan Kubor di Tumpat, hari ini.


Turut hadir pada program itu adalah calon BN Mat Razi yang mesra dipanggil ustaz.
Khairy yang juga Menteri Belia dan Sukan berkata kewibawaan calon BN yang dilihat bukan sahaja mampu membawa pembangunan fizikal tetapi juga mampu membawa golongan muda itu membentuk sahsiah yang baik berdasarkan kepada perwatakan ilmu agama yang ada pada Mat Razi.

Katanya dalam beberapa sesi pertemuan dengan golongan itu, mereka mahukan pembangunan yang lebih menyeluruh bagi masa depan mereka termasuk peluang ekonomi yang boleh disertai mereka.
Menurutnya hasrat golongan itu yang mahukan lebih banyak gelanggang futsal umpamanya akan diberi perhatian asalkan ada tapaknya.

"Masalah utama adalah tanah kerana ini di bawah bidang kuasa kerajaan negeri. Apa pun kita jamin untuk bina juga gelanggang itu," katanya.

Beliau turut mengingatkan jentera Pemuda supaya berkerja dengan berkesan kerana mereka bakal berdepan saingan yang sengit dengan parti lawan yang akan melakukan apa sahaja untuk merampas DUN berkenaan. – Bernama, 15 September, 2014.

Jika begitu sebarang pembangunan di Kelantan "sebelum ini" seolah olah disabotaj oleh Kerajaan Negeri dengan senaja untuk menebalkan rasa kebencian kepada pemerintah pusat?!

Patut la ramai duk main kat bendang jadi padang bola....


للاكي براني موڠكين اكن كاله تتاڤي تيدق اكن مڠاله.
Baca Seterusnya...

Monday, 15 September 2014

Bila Artis Masuk PAS Dapat Gelaran Ustaz Dan Ustazah?! #pengkalankubor #bn4prk

Pas dilihat semakin ketandusan ideologi dengan memainkan isu ketokohan agama calon sebagai modal berpolitik pada PRK Pengkalan Kubor, kali ini.

Exco Pemuda Umno, Dr Fathul Bari Mat Jahya berkata, tindakan tersebut juga dilihat sebagai memperlekehkan gelaran ustaz kepada calon BN, Mat Razi Mat Ail.

"Ini bukan satu isu pun, apa yang penting calon BN sendiri tidak pernah mendakwa mendakwa dirinya ustaz, beliau (Mat Razi) buka madrasah dan sebab itu dipanggil masyarakat sekeliling sebagai ustaz.

"Artis-artis yang masuk Pas juga digelar ustaz dan ustazah, tidak ada siapa pun nak mempertikaikannya,maka ia bukan isu pun sebenarnya," katanya kepada media di sini, hari ini.

Beliau mengulas isu Pas mempertikaikan gelaran 'ustaz' yang dipanggil kepada Mat Razi walaupun calon BN itu memiliki pondok agama sendiri sebelum ini. Menurutnya, panggilan ustaz yang merujuk kepada maksud guru,tuan,ketua ataupun profesor di negara-negara Arab itu tidak sepatutnya dipolemikkan pembangkang.

Beliau berkata, pembangkang kini dilihat lebih beremosi dan ketandusan ideologi sehingga menimbulkan isu-isu yang tidak sepatutnya membelenggu pemikiran masyarakat.

"Ini semata-mata mahu membunuh karektor calon BN, cara Islam yang sepatutnya ialah bersaing secara sihat dan bukannya mengkritik gelaran itu," katanya.

Fathul berkata, kenyataan itu agak memalukan apabila ia didakwa dari Pas sedangkan Menteri Besar Kelantan, Datuk Ahmad Yakob sebelum ini menyebut syarat menjadi menteri besar tidak semestinya seorang ulama.

"Kalau dari parti selain Pas, saya tidak kisah, tetapi apabila dari sahabat-sahabat kalangan Pas, ia sangat memalukan," katanya.

sumber


للاكي براني موڠكين اكن كاله تتاڤي تيدق اكن مڠاله.
Baca Seterusnya...

Sunday, 14 September 2014

Gelombang PAS di Pengkalan Kubor #bn4prk #pengkalankubor


PAS kini masih mengalami krisis perpecahan dalaman yang paling teruk di antara golongan Ulama dan Anwarisme (PASMA) dalam PAS.


Di facebook gambar lama ditunjukkan sebagai bukti sokongan teguh penyokong PAS yang hari ini PRK Pengkalan Kubor. Ini jelas menunjukkan PAS berpecah lantaran PASMA mengambil tugas penting dalam merenyukkan kepimpinan Tuan Guru Hadi Awang dengan penyokong Anwar iaitu PASMA dgn memboikot ceramah Tuan Presiden PAS sendiri?




Program ceramah yang diadakan di UPU PAS Simpangan pada malam (kemarin) hanya mendapat kehadiran seramai 20-50 orang. tiada sambutan diberikan penduduk tempatan kepada penceramah PAS kali ini.

Adakah ini sebagai satu isyarat awal PAS bakal digantikan oleh PKR yang bertopengkan PASMA di Kelantan?

Hari ini rakyat Malaysia sendiri jemu dengan janji dan permainan politik pembangkang terutama lantaran Anwar dan kaum keluarganya jelas memperkudakan sokongan parti sehinggakan PAS menjadi benteng kepada kerakusan nafsu Anwar.

HARI INI Chegu Bard serang Wan Azizah kah kah kah.. SINI
Baca Seterusnya...

Friday, 12 September 2014

Melayu Pendatang - Siti Sifajee

MENJAWAB PENYELEWENGAN SEJARAH MELAYU OLEH SITI SIFAJEE 

Assalamualaikum dan salam sejahtera kepada cik Siti Sifajee Kami terpanggil untuk menjawab sebuah percubaan penyelewengan SEJARAH MELAYU yang cuba dibangkitkan oleh pihak cik dalam menyatakan bahawa MELAYU INI PENDATANG. Hakikatnya, Melayu memang bumiputera di tanah ini, namun hakikat itu bukanlah ingin mengatakan bahawa bangsa lain tidak mempunyai hak langsung. 

Saudari HARUS MALU dalam menyebarkan SEJARAH yang entah diambil dari cerok yang mana pun kami tak tahu. Dalam usaha kami menyebarkan sejarah bangsa yang sebenarnya, masih ada lagi spesis yang seperti saudari yang tidak habis-habis cuba untuk melakarkan KISAH DONGENG lalu diletak label bahawa ianya ialah sejarah sebenar. 

Pertama, ingin saya tegaskan di sini bahawa PARAMESWARA ialah seorang PUTERA BANGSAWAN daripada sebuah EMPAYAR MELAYU SRIVIJAYA, yang pernah menguasai NUSANTARA sehinggalah ke SRI LANKA, dan mempunyai proksi di SELATAN INDIA dan EMPAYAR KHMER serta mempunyai KOLONI DI MADAGSCAR DAN TANZANIA. 

Apakah hanya kerana nama PARAMESWARA itu daripada BAHASA SANSKRIT, maka terus dilabelkan bahawa dia adalah seorang TAMIL ataupun INDIA? Kalian fikir Hindu itu melambangkan India, bukannya bangsa lain? Tahukah kalian mazhab Huindu di Nusantara ini jauh berbeza dengan Hindu dari negara kalian. Pernah ke Bali? Apakah mereka itu adalah orang India? Tidak… mereka tetap Melayu yang beragama Hindu.

Apa masalahnya Parameswara itu beragama Hindu?Adakah sebarang tinggalan sejarah atau nama tokoh di Nusantara ini yang mempunyai unsur agama Hindu,maka terus dilabelkan sebagai tinggalan orang India?

Jika diikutkan Parameswara berasal dari perkataan bahasa Sanskrit yang membawa maksud tuan berkuasa(mighty lord).Parameswara juga merupakan salah satu daripada gelaran Dewa Shiva,salah satu tuhan dalam kepercayaan agama Hindu.

Satu kajian terbaru mendapati Parameswara itu sebenarnya hanyalah nama gelaran sahaja,bukannya nama mutlak raja tersebut.Parameswara adalah gelaran yang banyak digunakan oleh raja-raja Melayu dahulukala.Tidak dapat dipastikan nama sebenar tokoh Parameswara yang mengasaskan Melaka itu,namun dalam Sulalatus Salatin,pengasas Melaka dinamakan sebagai Raja Iskandar Shah

Gelaran Parameswara juga digunakan oleh pemerintah keempat Melaka,Sultan Abu Syahid yang memakai gelaran Sri Parameswara Dewa Syah.Moyang kepada Parameswara iatu Sang Nila Utama (pengasas Singapura) juga memakai nama gelaran Sri Maharaja Sang Utama Parameswara Batara Sri Tri Buana.



Tetapi,walaupun Parameswara atau moyangnya beragama Hindu atau memakai nama gelaran berunsur Hindu sekalipun,itu tidak mengubah bangsanya.Baginda tetap raja berketurunan MELAYU. 

Dan untuk pengetahuan saudari juga,amalan keagamaan dan kepercayaan Hindu di Kepulauan Melayu adalah jauh berbeza berbanding amalan kepercayaan orang Hindu di India.Jika tidak percaya,silalah melawat ke Pulau Bali.

Untuk pengetahuan saudari,pengamalan kebudayaan India di alam Melayu dalam seni ukiran,kebudayaan,agama dan seni bina ukan bermaksud orang Melayu zaman dahulu tidak ada budayanya sendiri,sehingga mencuri budaya dari India.

Kebudayaan India yang ada di Alam Melayu ini bukan dibawa melalui proses penaklukan oleh kuasa dari India atau sebagainya,namun dijemput sendiri oleh masyarakat setempat kemudian menyesuaikannya dengan kebudayaan tempatan.

Menurut Prof.Nik Hassan Shuhaimi,berdasrkan kajiannya,proses INDIANISASI yang berlaku pada orang Melayu dahulu seharusnya ditukar kepada proses PEMBUMIPUTERAAN KEBUDAYAAN INDIA,kerana orang Melayu dahulu bukannya mengamalkan 100% amalan kebudayaan yang dibawa dari India pada masa itu.

Seperti itu juga yang berlaku ketika kemasukan Islam ke Asia Tenggara dahulu,walaupun orang Melayu ada sedikit mengambil sesetengah amalan kebudayaan dari orang Arab,namun ada antarannya disesuaikan mengikut kebudayaan setempat dan tidaklah diamalkan 100% pun.

Kenyataan yang paling kelakar daripada saudari adalah mengatakan bahawa PARAMESWARA menyerang MELAKA. Itu sangat kelakar. Bagaimana Parameswara boleh menyerang Melaka sedangkan Melaka adalah diasaskan oleh Parameswara? Ini satu kenyataan yang paling tak masuk akal, dan oh ya, ISLAM itu datang ke sini atas USAHA ORANG MELAYU ITU SENDIRI ya saudari? Jangan nak buat cerita DONGENG llagi. Mari saya ajar saudari sejarah sebenar. 

Antara rekod terawal kemasukan Islam ke sini ialah seawal abad ketujuh Masihi lagi, beratus tahun sebelum Parameswara mengasaskan Kesultanan Melayu Melaka. Maharaja Indravarman (NAMA TAK MENUNJUKKAN BANGSA) adalah seorang Maharaja Melayu daripada EMPAYAR MELAYU SRIVIJAYA yang berdiri seawal abad ketujuh Masihi lagi pernah mengirimkan surat kepada Khalifah Umar Abdul Aziz menyuruh menghantarkan surat kepada KHALIFAH UMAR ABDUL AZIZ. 

Isi surat itu adalah seperti berikut: 

“Dari raja kepada Raja yang berketurunan dari seribu raja, yang kandangnya dipenuhi dengan beribu gajah dan kawasan taklukannya adalah dua sungai yang mengairi tanam-tanaman, wangi-wangian, pohon pala dan kapur wangi, yang wangiannya semerbak sehingga 12 batu jauhnya… kepada raja Arab, yang tidak menyekutukan tuhan dari tuhan yang satu. Beta telah menghantar hadiah, yang tidak seberapa sebagai tanda persahabatan dan beta harap agar anda menghantar seseorang yang dapat mengajarkan ajaran Islam serta menunjukkan undang-undangnya.” 

Kesimpulan daripada artikel ini, saya pelik mentaliti sesetengah masyarakat tamil dan orang BUTA SEJARAH macam SITI SIFAJEE di Malaysia. Mentaliti agama melambangkan bangsa? Kalau macam tu, saya cabar mana-mana sami agama Hindu Malaysia ke Bali, sana ada lagi ORANG MELAYU yang masih menganut agama Hindu. Saya berani kerat jari kalau mereka memahami agama Hindu orang Melayu Bali.

Apakah orang Tamil Hindu di Malaysia kenal siapakah itu Sang Hyang Widhi Wasa? Itu nama tuhan Hindu orang Melayu Bali. Pernah dengar tak mengenai kasta-kasta yang ada dalam pengganut Hindu Bali? Antaranya ialah pedanda dan pemangku? Pernah dengar? Kasta paling tinggi orang Melayu di Bali ialah Brahma dan paling rendah ialah Sudra. Orang Melayu tidak pernah sesekali masuk ke dalam kasta Pariah.

Hari raya masyarakat Melayu Bali yang beragama Hindu adalah seperti berikut Galungan, Kuningan, Saraswati, Banyupinaruh, Siwarti, Nyepi. Bahkan kalendar yang digunakan oleh mereka adalah Kalendar Saka dan Wewaran. Ada tak mana-mana pengganut Hindu di Malaysia atau India menyambut perayaan yang seperti mereka? Menggunakan kalendar seperti mereka? 

Kenapa saya sebut Bali? Itu ialah gambaran Melayu ketika zaman Srivijaya, Gangga Negara, Langkasuka, Champa, Chih Tu, zaman ketika Islam belum masuk. Itu juga gambaran bahawa HINDU BUKAN MENGGAMBARKAN ORANG TAMIL ATAU INDIA sahaja.

Terus, kenapa mereka terus menerus mendakwa bahawa kerajaan Melayu Pra-Islam itu sebagai kerajaan milik orang Tamil dan India? Terlalu terdesak sangatkah sehingga sejarah bangsa lain pun nak dicurinya?

Kredit: The Patriots




للاكي براني موڠكين اكن كاله تتاڤي تيدق اكن مڠاله.
Baca Seterusnya...

Hukum Orang Islam Bakar Lilin!


Upacara berhimpun di suatu tempat dengan membakar lilin (Candlelight Vigil) sebagai tanda memperingati, bertafakur atau sebagai tanda protes adalah menyerupai amalan agama orang bukan Islam.

Islam melarang umatnya meniru dan menyerupai agama, budaya dan cara hidup orang bukan Islam bahkan Islam mewajibkan kita menyelisihi mereka.

“Barangsiapa menyerupai suatu kaum maka dia tergolong daripada mereka.” Hadith Riwayat Abu Dawud

Biarlah upacara ini dilakukan oleh mereka yang bukan beragama Islam dan kita sebagai umat Islam lakukanlah seperti yang telah diajar oleh Nabi iaitu dengan berdoa.

Allahua'lam. Semoga bermanfaat dan sebarkan...












Fatwa JAKIM 2009 - Hukum Penglibatan Orang Islam Dalam Aktiviti Candlelight Vigil

Fatwa JAKIM 2010 - Hukum Penglibatan Orang Islam Dalam Aktiviti Candlelight Vigil Pada Sesuatu Perhimpunan Atau Acara








للاكي براني موڠكين اكن كاله تتاڤي تيدق اكن مڠاله.
Baca Seterusnya...

Thursday, 11 September 2014

Tembok Mekah Runtuh : 5 Orang Mati [Gambar]


Dari sumber : Penguat kuasa Bandar Mekah dalam perbualan telefon menyatakan pihak berkuasa berjaya mengeluarkan 5 mayat yang tidak dinyatakan taraf kerakyatannya yang terlibat dalam insiden kejadian runtuhan tembok disalah satu projek di bandar tersebut.

Difahamkan di Internet mengatakan lebih berdosen mangsa dikatakan tertimbus dalam nahas ini akan tetapi di nafikan oleh oleh penguatkuasa Bandar Mekah.

Dimaklumkan blok penahan dinding konkrit setinggi 15 meter dan lebar hampir 100 meter dikatakan runtuh di sekitar Jabal Al-Kaabah berdekatan projek Lingkaran Pertama di Mekah yang meragut 5 nyawa.

Sehubungan itu Emir Makkah, Putera Mishaal bin Abdullah telah membentuk jawatankuasa teknikal segera untuk mendedahkan sebab-sebab keruntuhan, masalah penguatkuasaan dan pejabat kejuruteraan perunding (neutral) dalam kes ini.

[kejadian lebih kurang 18 jam lepas]









sumber :

للاكي براني موڠكين اكن كاله تتاڤي تيدق اكن مڠاله.
Baca Seterusnya...

Wednesday, 10 September 2014

Calon PRK Pengkalan Kubor #BN4prk #prk



Ahli Jawatankuasa UMNO Bahagian Tumpat, Mat Razi Mat Ail diumumkan sebagai calon Barisan Nasional (BN) untuk bertanding dalam Pilihan Raya Kecil (PRK) Dewan Undangan Negeri (DUN) Pengkalan Kubor.

Mat Razi, 49, yang lebih dikenali sebagai Cikgu Mat Razi merupakan anak tempatan dan merupakan Penolong Pegawai Pejabat Pendidikan Daerah (PPD) Tumpat.

Biarpun begitu, ada di antara penduduk memanggilnya Ustaz Mat Razi kerana beliau aktif dalam pelbagai aktiviti agama termasuk mengasaskan sekolah pondok di tanah wakaf sendiri Kampung Simpangan.



Selain itu beliau turut menjadi imam di Masjid Simpangan dan pernah muncul sebagai johan taranum al-Quran ketika menuntut di maktab perguruan dahulu.

Pengumuman beliau sebagai calon BN dibuat oleh Timbalan Perdana Menteri, Tan Sri Muhyiddin Yassin di Pusat Operasi PRK Pengkalan Kubor BN, di sini hari ini. - UTUSAN









للاكي براني موڠكين اكن كاله تتاڤي تيدق اكن مڠاله.
Baca Seterusnya...

Tuesday, 9 September 2014

Tsunami : Jabatan Meteorologi Malaysia Keluar Amaran #tsunami


"Assalamualaikum.. Jpam langkawi terima pggiln drpd balai polis pdg matsirat.. Info mngatakan sebentar td berlakuny gempa bumi Dan dijangka akan berlaku ombak besar pada jam 2.30 ptg ini.. Balai polis minx info kn kpd beach boy untuk hentikan xtvt sukan pantai PD ptg ini..Maklumat yg jpam terima dari polis.. Minta semua rakan2 bgtau adeq beradik yg dok kwsan berdekatan pantai.. Berhati2"

Itulah antara sedutan ayat dalam applikasi what-apps yang mana ditambah tokok ayatnya dengan GEMPA BUMI segala macam sedangkan ia adalah amaran angin kencang dan laut bergelora sahaja dikeluarkan oleh Jabatan Meterologi Malaysia agar menjauhi pantai dan berwaspada pada keadaan laut yang tidak selamat bagi bot bot kecil. Berhati hati dalam menyebarkan berita.!



AMARAN ANGIN KENCANG DAN LAUT BERGELORA

SEKSYEN A: AMARAN UNTUK PERKAPALAN

(I) AMARAN ANGIN KENCANG DAN LAUT BERGELORA (KATEGORI PERTAMA)

Angin kencang Barat-Barat Daya dengan kelajuan 40-50 kmsj dengan ombak mencapai ketinggian sehingga 3.5 meter yang berlaku di kawasan perairan Condore, Reef North, Layang-Layang, Palawan dan Labuan dijangka berterusan sehingga Selasa, 9 September 2014.

Keadaan angin kencang dan laut bergelora ini adalah berbahaya kepada bot-bot kecil, rekreasi laut dan sukan laut.


(II) AMARAN RIBUT PETIR MENYELURUH

Aktiviti ribut petir yang berlaku di kawasan perairan Selat Melaka dijangka berterusan sehingga tengahari, Selasa, 9 September 2014.

Keadaan ini boleh menyebabkan angin kencang sehingga 50 kmsj dan laut bergelora dengan ombak mencapai ketinggian 3.5 meter dan berbahaya kepada bot-bot kecil.

SEKSYEN B: AMARAN UNTUK PERAIRAN MALAYSIA

(I) AMARAN ANGIN KENCANG DAN LAUT BERGELORA (KATEGORI PERTAMA)

Angin kencang Barat Daya dengan kelajuan 40-50 kmsj dengan ombak mencapai ketinggian sehingga 3.5 meter yang berlaku di kawasan perairan Sabah (Pedalaman, Pantai Barat & Kudat) dan WP Labuan dijangka berterusan sehingga Selasa, 9 September 2014.

Keadaan angin kencang dan laut bergelora ini adalah berbahaya kepada bot-bot kecil, rekreasi laut dan sukan laut.

(II) AMARAN RIBUT PETIR MENYELURUH

Aktiviti ribut petir yang berlaku di kawasan perairan Perlis, Kedah, P.Pinang, Perak, Johor Barat dan Terengganu dijangka berterusan sehingga tengahari, Selasa, 9 September 2014.

Keadaan ini boleh menyebabkan angin kencang sehingga 50 kmsj dan laut bergelora dengan ombak mencapai ketinggian 3.5 meter dan berbahaya kepada bot-bot kecil.

Dikemaskini pada 09 September 2014, jam 10:09AM - Sumber JMM

للاكي براني موڠكين اكن كاله تتاڤي تيدق اكن مڠاله.
Baca Seterusnya...
Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...

ping!