Sunday, 31 August 2014

Pemasyhuran Kemerdekaan


Dengan nama Allah yang Maha Murah [Pemurah] lagi Mengasihani. Segala puji bagi Allah yang Maha Berkuasa dan selawat dan salam ke atas sekalian Rasul-Nya.

Bahawasanya oleh kerana telah tibalah masanya bagi umat Persekutuan Tanah Melayu ini mencapai taraf suatu bangsa yang merdeka lagi berdaulat sama setimpal kedudukannya dengan segala bangsa di seluruh dunia.

Dan bahawasanya oleh kerana dengan perjanjian yang disebut namanya Perjanjian Persekutuan Tanah Melayu tahun 1957 yang diperbuat di antara Duli Yang Maha Mulia Baginda Queen dengan Duli-Duli Yang Maha Mulia Raja-Raja Melayu, maka, telah dipersetujui bahawa Negeri-negeri Melayu, iaitu Johor, Pahang, Negeri Sembilan, Selangor, Kedah, Perlis, Kelantan, Terengganu, dan Perak serta negeri yang dahulunya dinamakan Negeri Selat, iaitu Melaka dan Pulau Pinang, mulai 31 hari bulan Ogos tahun 1957, hendaklah menjadi sebuah Persekutuan baharu bagi negeri-negeri yang bernama Persekutuan Tanah Melayu.



Dan bahawasanya oleh kerana telah bersetuju pula di antara kedua-dua pihak dalam perjanjian tersebut, iaitu Melaka dan Pulau Pinang hendaklah daripada tarikh tersebut itu tamat daripada menjadi sebahagian daripada jajahan takluk Baginda Queen, dan Duli Yang Maha Mulia Baginda Queen tidak lagi berhak menjalankan apa-apa kedaulatan baginda ke atas kedua-dua buah negeri yang tersebut itu.

Dan bahawasanya kerana telah bersetuju pula di antara kedua-dua pihak yang tersebut, iaitu Perjanjian Persekutuan Tanah Melayu tahun 1948, dan segala perjanjian yang lain yang ada sekarang antara Duli Yang Maha Mulia Baginda Queen dengan Duli-Duli Yang Maha Mulia Raja-Raja ataupun salah seorang daripada Baginda-Baginda itu sebelum tarikh yang tersebut hendaklah dibatalkan mulai daripada tarikh itu, dan semua kuat kuasa-kuat kuasa dan hak-hak Duli Yang Maha Mulia Baginda Queen ataupun ParlimenNegeri United Kingdom dalam Negeri-Negeri Selat yang tersebut itu ataupun yang berhubung dengannya atau Negeri-Negeri Melayu ataupun Persekutuan Tanah Melayu seluruhnya adalah
tamat dengan sendirinya.

Dan bahawasanya oleh kerana Duli Yang Maha Mulia Baginda Queen, Duli-Duli Yang Maha Mulia Raja-Raja Melayu, Parlimen Negeri United Kingdom dan Majlis-Majlis Undangan Persekutuan dan Negeri-Negeri Melayu telah meluluskannya, Perjanjian Persekutuan Tanah Melayu tahun 1957 itu berjalan kuat kuasanya.


Ada tak perkataan CINA dalam mana2 ayat perisytiharan tersebut. 
Persekutuan Tanah M-E-L-A-Y-U.


31 Ogos 1957 adalah tarikh kemerdekaan PERSEKUTUAN TANAH MELAYU

- Tuan Kamaluddin Idrus
Baca Seterusnya...

Saturday, 30 August 2014

PESAWAT boeing 77-300ER Terhempas - LOST WORLD



Siapa sangka, percutian para pelajar Universiti Tun Dr. Mahathir ke Langkawi untuk menyiapkan assignment dirundung malang besar. Pesawat Boeing 777-300ER, penerbangan MH707 yang dinaiki mereka terhempas di sebuah pulau misteri.Afiq Zaki, Tengku Nizariff dan Ummu Habibah, tiga orang sahabat baik antara penumpang pesawat itu. Siapa sangka, pulau itu menyimpan seribu misteri yang menanti untuk dibongkarkan mereka yang terselamat daripada nahas besar itu. Entah kenapa juga, tiada satu pun pesawat penyelamat yang tiba untuk menyelamatkan mereka daripada kegilaan ini. 

Akhirnya memaksa mereka untuk meneroka dan menggunakan segala kemahiran ikhtiar hidup untuk kekal hidup.Di setiap inci pulau misteri itu, makhluk dari zaman prasejarah menanti mereka. Mampukah mereka keluar dari situ hidup-hidup? Siapakah yang akan terkorban nanti dalam menempuhi cabaran sebesar itu? Siapa pula yang akan mengorbankan diri demi menyelamatkan insan yang disayangi. - SINOPSIS NOVEL "LOST WORLD" oleh Helmi Effendy

Kini Telah berada dipasaran!








Baca Seterusnya...

Wednesday, 27 August 2014

BATMAN Dikesan Menunggang Motor


Terkejut admin baca satu artikel yang ditulis oleh editor tokyodesu.com yang mana seorang peminat fanatik watak BATMAN menunggang motosikal ala dalam filem/komik batman.

2 keping gambar yang ditangkap dan dimuatnaik dilaman twitter menjadi viral dalam minggu ini.



Inilah dikatakan peminat kipassusahmati yang menjadi kegemaran masyarakat Jepun yang dikenali Costum-play. Ada juga watak watak komik yang lain pernah ditiru akan tetapi untuk Batman ini boleh dikategorikan paling RARE

Kalau kat Malaysia ada macam nie sure pening abam JPJ dan Polis. 
Baca Seterusnya...

Friday, 22 August 2014

Anak Mangsa MH17 Difitnah #MH17 #Malaysiaberkabung


Ketika rakyat Malaysia sedang berkabung masih wujud segelitir individu tidak bertanggungjawab yang menyebarkan cerita palsu mengenai keluarga mangsa nahas penerbangan MH17 di laman sosial.

Mangsa terbaru manipulasi laman sosial itu ialah anak kanak-kanak lelaki yang dilaporkan kononnya begitu sedih sehingga mahu membuka bendera Malaysia digunakan untuk menyelubungi keranda pramugari MAS Mastura Mustafa bagi melihat wajah ibunya, tersebar luas di beberapa media sosial termasuk aplikasi WhatsApp. 

Menurut cerita yang disebarkan ini, anak lelaki tunggal arwah, Muhriz Marzaidi, 10, dikatakan merintih mahu menatap wajah ibunya dan merayu-rayu meminta keranda dibuka walaupun sedikit supaya dapat mencium pipi ibunya. 



Namun, beberapa wartawan termasuk Harian Metro yang mengikuti pengebumian dari rumah sehingga ke kubur berkata, insiden itu tidak berlaku dan disyaki rekaan semata-mata.

Foto
CERITA yang disebarkan dan disyaki rekaan.




Wartawan Harian Metro Raja Noraina Raja Rahim melaporkan, ketibaan jenazah jam 12.40 tengah hari tadi disambut Muhriz serta bapanya Mohamed Affendi Khairuddin, 43, dan datuknya Mustafa Abdul Samad, 83.


Muhriz dilihat menangis sebaik keranda jenazah ibunya yang dibaluti Jalur Gemilang diletakkan dalam masjid berkenaan sementara menunggu solat Jumaat. 

“Walaupun sebak, Muhriz pergi bersama bapanya dan jemaah lain untuk menunaikan solat jenazah selepas itu. 

“Tiada pula berlaku insiden Muhriz mahu membuka Jalur Gemilang daripada keranda atau meminta mahu mencium pipi ibunya seperti yang disebarkan pihak tertentu itu,” katanya yang berharap orang ramai merujuk kepada media utama jika mahu mendapatkan perkembangan semasa yang sahih dan boleh dipercayai. 



Sebaik selesai solat jenazah kira-kira jam 2.30 petang itu, jenazah dibawa dengan penuh penghormatan ke Tanah Perkuburan Islam Taman Paroi Jaya, di Seremban untuk pengebumian. 

Kira-kira 2,000 jemaah yang hadir menunaikan solat Jumaat dengan dipimpin Imam Eksekutif Masjid At-Taqwa, Ahmad Naim Azlan diikuti solat jenazah.
Baca Seterusnya...

Thursday, 21 August 2014

Nazri Aziz Sahut Cabaran ALS Khairy #Fitmalaysia

ALS Ice Bucket Challenge merupakan kempen untuk meningkatkan kesedaran tentang penyakit Amyotrophic lateral sclerosis (ALS) di mana peserta harus menyiram sebaldi air berisi ais ke tubuhnya lalu mencalonkan 3 orang yang lain untuk melakukan perkara yang sama. Jika tidak dapat melakukannya, mereka harus menyumbangkan $100 ke Yayasan ALS. Ia bertujuan untuk mengutip derma bagi membiayai pusat penyelidikan & mencari penawar utk penyakit ALS ni. 


Tujuan menyimbah ais ke tubuh seseorang adalah kerana kesan yang kita rasai apabila sebaldi air berisi ais disimbah ke tubuh kita adalah sama dengan apa yang dirasai oleh pengidap penyakit ALS ini. ALS adalah sejenis penyakit yg mengganggu urat saraf di dalam otak dan saraf tunjang. Gangguan saraf ini kemudiannya akan menjadikan pesakit itu lumpuh dan akhirnya meninggal dunia





للاكي براني موڠكين اكن كاله تتاڤي تيدق اكن مڠاله.
Baca Seterusnya...

Anwar Dan Keluarga Punca Selangor Huru Hara [video]


Persatuan Anak Selangor Menyokong Menteri Besar (PASMEB) hari ini memberi amaran bahawa rakyat Selangor tidak setuju jika pemimpin yang dianggap 'boneka' menjadi pemimpin negeri itu.


للاكي براني موڠكين اكن كاله تتاڤي تيدق اكن مڠاله.
Baca Seterusnya...

Wednesday, 20 August 2014

ADUN Pengkalan Kubur Meninggal Dunia AL FATIHAH!

Dukacita d maklumkan yg Ketua Bahagian Tumpat yg juga ADUN Pengkalan Kubur Dato Noor Zahidi Omar telah pulang ke rahmatullah 5.45 pagi tadi di Guangzhau China. (Berubat di sana). Semoga roh nya dicucuri rahmat dan ditempat kan di kalangan orang yang beriman. Al Fatihah.


Baca Seterusnya...

Tuesday, 19 August 2014

"Minta Maaf Kepada Anda Kerana..." - Tan Sri Abdul Khalid brahim

Menteri Besar Selangor Tan Sri Abdul Khalid brahim hari ini secara terbuka meminta maaf kepada rakyat Selangor kerana mengheret mereka dalam krisis politik pertikaian menteri besar.

Bercakap di hadapan kira-kira 200 kakitangan anak syarikat Perbadanan Kemajuan Negeri Selangor (PKNS), Khalid meminta maaf kerana dalam usaha cuba mempertahankan integritinya, secara tidak langsung rakyat dan kakitangan kerajaan negeri terlibat sama.

"Minta maaf kerana perhatian yang diberikan kepada anda. Bagi saya, itu tidak mengapa, kerana saya memilih untuk menjadi ahli politik.... Jadi, saya terpaksa menghadapinya.

"Minta maaf kepada anda kerana datang ke sini bukan untuk terlibat dalam keadaan ini. Itulah harga sebuah integriti," katanya ketika merasmikan Persidangan Integriti Tahun Ketiga PKNS di Pusat Konvensyen Shah Alam (SACC).

Khalid turut memetik hadith Rasulullah riwayat Bukhari yang menyentuh tentang amanah: "Sekiranya sesuatu urusan itu diserahkan kepada orang yang bukan ahlinya, maka tunggulah saat kehancuran."

Menteri besar daripada Bebas itu mula mendiamkan diri dan mengelak daripada berjumpa wartawan sejak PAS pada Ahad lalu memutuskan kekal bersama Pakatan Rakyat dan bersetuju dengan pertukaran kerusi menteri besar.

Beliau ketika ditanya wartawan juga enggan memberikan sebarang komen, sebaliknya hanya tersenyum dan berlalu pergi sambil dikawal ketat oleh pegawai keselamatan. -themalaysianinsider


Mahkamah masih bebaskan Peliwat ini sebab UMNO suka peliwat tu meroyan diseluruh media asing burukkan negara hinggakan ramai pelabur lari dari Malaysia. 


Krisis air di Selangor adalah 'jarum halus 'Anwar mahu rakyat marahkan kerajaan pusat kerana krisis ini banyak pelabur tutup ķilang di Selangor dan berpindah ke tempat lain ini menyebabkan jumlah pengangguran meningkat. Khalid ditendang hari ini kerana imej Khalid hancur kerana menjadi benteng krisis berpanjangan ini. Dalam ertikata lain Anwar salahkan Khalid tak reti memerintah dan marah pada Khalid kerana cuba menyelamatkan Selangor dengan berkerjasama dengan kerajaan pusat untuk kepentingan rakyat Selangor.

Kenapa UMNO cuba bantu kerajaan Selangor? ingat semua orang Selangor sokong peliwat ker?..kah kah kah..


Kepada macai macai yang pangkoh PR kat Selangor tu mandi tadah air kencing je..Sebab bodohnya pilihan korang berketuakan kaki kencing..kah kah kah

للاكي براني موڠكين اكن كاله تتاڤي تيدق اكن مڠاله.
Baca Seterusnya...

UiTM Wujudkan Kursi Raja-raja Melayu

Kursi Institusi Raja-Raja Melayu yang akan diwujudkan di Universiti Teknologi MARA (UiTM) akan menjadi benteng bagi mempertahankan kedaulatan institusi itu.

Naib Canselornya, Tan Sri Prof Dr Sahol Hamid Abu Bakar berkata, menerusi kursi itu, para penyelidik dapat menjalankan kajian ilmiah bagi memberi kesedaran kepada masyarakat mengenai kedudukan institusi raja di negara ini.

"Kini terdapat rakyat yang menggunakan akal fikiran secara logik menganggap golongan raja tidak lagi relevan.

Justeru, kajian serta penyelidikan yang khusus mengenai raja-raja Melayu perlu dijalankan secara intelektual dan ilmiah bagi mempertahankan institusi itu, sekaligus memantapkannya," katanya ketika merasmikan bengkel pemikir penubuhan kursi itu di sini pada Isnin.

Teks ucapannya diedarkan kepada Bernama di sini.


Bengkel tiga hari itu turut dihadiri oleh Penyimpan Mohor Besar Raja-Raja, Datuk Seri Syed Danial Syed Ahmad, Ahli Dewan Negara Perak, Datuk Seri Mohd Annuar Zaini, para ilmuan, serta pemimpin pertubuhan-pertubuhan bukan kerajaan (NGO) termasuk Gabungan Pelajar Melayu Semenanjung (GPMS) dan Persatuan Alumni UiTM Malaysia (PAUiTM).

Bengkel itu dikendalikan bersama oleh UiTM dan Majlis Perundingan Melayu (MPM).

Dr Sahol Hamid berkata bagi melaksanakan tujuan penubuhan kursi itu, UiTM telah mengatur pelbagai program kenegaraan dan patriotisme.

Beliau berkata antaranya ialah mewujudkan mata pelajaran wajib mengenai institusi raja-raja untuk semua pelajar UiTM, latihan kepada pensyarah dan kakitangan serta menjadikan UiTM sebagai tempat rujukan latihan kepada guru-guru.

Katanya, peranan institusi kesultanan di negara ini sudah termaktub dalam Perlembagaan Malaysia, dan selagi kerajaan Malaysia tidak beralih sebagai republik, institusi berkenaan akan terus wujud di negara ini.

"Kami di UiTM merasakan institusi itu perlu dipertahankan dan diperkasakan. Kursi ini sangat penting bukan sahaja untuk bangsa Melayu dan Malaysia bahkan untuk agama Islam," katanya.

Antara objektif utama penubuhan kursi itu ialah untuk memberi kesedaran dan kefahaman yang tepat kepada masyarakat, bertindak sebagai pusat rujukan Kesultanan Melayu, menjelaskan wasiat raja-raja Melayu yang menjadi nadi kepada roh semangat Melayu dalam jiwa masyarakat.

Beliau berkata kursi itu juga akan memainkan peranan untuk menjelaskan peranan raja-raja Melayu yang dipertanggungjawabkan untuk menjaga kepentingan dan kedudukan orang-orang Melayu tanpa mengabaikan kedudukan dan kepentingan kaum-kaum lain. - BERNAMA




للاكي براني موڠكين اكن كاله تتاڤي تيدق اكن مڠاله.
Baca Seterusnya...

Monday, 18 August 2014

Khalid Diboikot Bertahun-Tahun Oleh PKR [video]

Sebelum ini Azmin Ali dan para penyokong Parti Keadilan Raya (yang dilancarkan dalam pemilihan kerusi tahun ini) menafikan sekeras kerasnya masalah dalam parti yang melanda Azmin dan Khalid dalam kancah perebutan kuasa Menteri Besar yang mana Khalid Ibrahim diboikot oleh kem Azmin sehingga Khalid kalah di pemilihan lepas kerana tidak diberi ruang.


Suatu ketika dahulu Azmin Ali penah mendakwa krisis ini adalah mainan penyokong UMNO dan lantas UMNO dihukum tanpa usul periksa sehinggalah hari ini Khalid dibuang dari PKR dan Azmin mendahului carta calon Menteri Besar seperti yang beliau ingin inginkan

Menyalahkan UMNO adalah satu trend didalam pakatan pembangkang, walaupun ia berpunca dari masalah mereka sendiri. 


Semoga Allah memberikan mereka taufik dan hidayah, jangan suka fitnah orang..


للاكي براني موڠكين اكن كاله تتاڤي تيدق اكن مڠاله.
Baca Seterusnya...

Sunday, 17 August 2014

Presiden PAS Tak Mahu Ucap Sokong Azizah #azmin4mb

PAS SYORKAN AZMIN SEBAGAI MENTERI BESAR.

Lantaran kekecohan yang tercetus isu Kerusi Menteri Besar selangor yang dicetuskan oleh individu yang cukup kontrovesi di Malaysia iaitu Anwar Ibrahim yang mana tindakkan beliau dalam misi menjadi Perdana Menteri kini menunjukkan belang anwar yang sebenar.

Rakyat Selangor yang selama ini mendambakan perubahan dari kerajaan BN di Selangor sebelum ini dan memilih Kerajaan Pakatan pembohong jelas dinyatakan oleh ketua Umum mereka dakyah pembangkang di Malaysia adalah ketamakkan kuasa dan kegilaan yang tidak berkesudahan sehingga menjadikan rakyat Selangor sebagai mangsa situasi gila kuasa ini.


Selangor cukup diidamkan oleh rata rata pemimpin politik di Malaysia terutama DAP yang sebelum ini jelas mempergunakan Tan Sri Khalid Ibrahim dalam permainan jalutnya. Akibat dari keberanian TSKI yang membuka ruang kepada kerajaan pusat dalam membantu rakyat selangor yang terhimpit dgn masalah air dan pelaburan kerajaan negeri Selangor yang kian menguncup. 

TSKI disingkirkan dari PKR hanya kerana beliau memberi kerjasama baik dengan kerajaan pusat untuk membantu rakyat Selangor yang sebelum ini semuanya adalah idea ketua umum untuk memberikan tekanan kepada rakyat Selangor dan kesannya ditujukan kepada pemerintah pusat hari ini.

DSAI dah kencing atas muka pengundi pakatan di Selangor jabgan suatu hari nanti anak cucu pengundi di Selangor kencing atas kubur kalian.

Dalam sidang media sebentar tadi PAS mengangkat 2 nama untuk dinaikkan sebagai MB Selangor sedangkan mereka jelas tahu sebarang perubahan sebagai Menteri Besar bergantung kepada mandat Tuanku Sultan Selangor.

DSAI bakal tentang Sultan Selangor demi menghalalkan perbuatan beliau?


Baca Seterusnya...

Friday, 15 August 2014

Siaran Langsung 'DOA UNTUK MALAYSIA' #doauntukmalaysia #anakkl


Terima kasih kepada KLXPRESS kerana menyediakan siaran langsung ini.
Alhamdulillah...



للاكي براني موڠكين اكن كاله تتاڤي تيدق اكن مڠاله.
Baca Seterusnya...

Barua DAP Cuba Halau Khalid Ibrahim

Yang pasti UMNO dipersalahkan!Terbaik!!!


DAP kelihatan sangat terdesak untuk menggulingkan Khalid Ibrahim dan bimbang seandainya keseluruhan kabinet Kerajaan Negeri Selangor terdiri daripada orang Islam dan mengancam perniagaan-perniagaan haram mereka, cuba menggerakkan gelombang demonstrasi. [cerita penuh]




للاكي براني موڠكين اكن كاله تتاڤي تيدق اكن مڠاله.
Baca Seterusnya...

Wednesday, 13 August 2014

Saiful sues Anwar for RM50 million over sodomy claim

16 Syawal 1435H [Rabu 3.30p.m.]

Setelah didapati bersalah oleh Mahkamah Rayuan atas kes Liwat 2, Anwar Ibrahim kini berhadapan dengan saman RM50 juta oleh bekas pembantu peribadi beliau, Saiful Bukhari Azlan.

Beliau dijangka mampu membayarnya berdasarkan jumlah harta dan sumber kewangan beliau yang kukuh sebagaimana yang didedahkan oleh Wikileaks sekiranya beliau kalah saman tersebut. 

Walaubagaimana pun, beliau perlu berusaha keras untuk menempatkan isteri beliau sebagai Menteri Besar Selangor memandangkan ia satu-satunya cara mudah untuk memperolehi dana awam melalui Menteri Besar Incorporated (MBI) dan keuntungan atas angin penstrukturan semula air Selangor dengan kerajaan Pusat. 

Selain dari itu, para penganalisis politik berpendapat, hayat politik Anwar Ibrahim bakal berkubur di dalam penjara.

Semoga beliau tidak dikuburkan di dalam penjara, aameen. - zamzuri


KUALA LUMPUR, Aug 13 — PKR’s Datuk Seri Anwar Ibrahim is now facing a RM50 million civil suit from his former aide Mohd Saiful Bukhari Azlan for alleged sodomy and for purportedly harming the latter’s reputation.


In the suit filed on June 25, Saiful sought damages for his alleged losses and physical pain and suffering since the alleged 2008 sodomy incident, among other things.

In his statement of claim, Saiful traced the events back to his June 28, 2008 police report against his then-employer Anwar, in which he accused the PKR de facto chief of sodomising him without his consent two days earlier.


Saiful maintained that his credibility as a witness was not disputed by both the High Court which acquitted Anwar in 2012, or the Court of Appeal, which subsequently reversed the acquittal and sentenced the opposition leader to five years’ jail on March 7 this year.

Insisting that he had told the truth about the alleged sodomy, Saiful claimed that Anwar had constantly told the media that the former aide had allegedly defamed him by providing false testimony through the police report.

Saiful added that Anwar had also filed for qazaf or false accusation against him in the Shariah Court and gave the impression that he was untrustworthy and had lied.

Now aged 28, Saiful said all these allegations had caused him to be greatly humiliated and be regarded lowly in society.

Saiful also claimed that he had faced difficulties in adapting to society and getting clients since he started working as an insurance agent in 2011.

Saiful claimed Anwar had misused his position as an employer to commit the alleged act of sodomy.

Anwar should have known that such an act was illegal and should pay damages for allegedly sodomising him, Saiful claimed.

Besides claiming RM50 million in damages, Saiful is also seeking general damages, special damages, exemplary damages and an annual interest rate of 8 per cent until full settlement of any damages awarded.

Saiful’s lawsuit was brought up for case management today before High Court Deputy Registrar Norfauzani Mohd Nordin in chambers, with lawyers Shahid Adli and Zamri Idrus representing Anwar and Mohd Saiful respectively.

The court ordered Anwar to file his defence by September 3 and set October 8 for the next case management.

Anwar is currently appealing against the Court of Appeal’s decision to overturn the sodomy acquittal, with case management of his appeal at the Federal Court set for tomorrow. - source


للاكي براني موڠكين اكن كاله تتاڤي تيدق اكن مڠاله.
Baca Seterusnya...

Khalid Dedah Surat Perkenan Sultan #Kajangmove


Surat Jawapan DYMM Sultan Selangor Berhubung Penamatan Khidmat 5 EXCODari laman sesawang twitter rasmi dari MB Selangor TS Khalid Ibrahim (Bebas) menyertakkan surat perkenan Tuanku Sultan Selangor diatas pemecatan 5 EXCO kerajaan Pakatan.

Khalid Ibrahim menerima tampan hebat sebelum ini lantaran kemaruk kuasa Anwar Ibrahim dalam mengawal isu pertelingkahan dalaman parti PKR yang membawa kepada keputusan semborono memecat TSKI dari PKR kerana ingkar meninggalkan kerusi Menteri Besar untuk dihadiahkan kepada Isteri Anwar Ibrahim iaitu Wan Azizah.


Pada awal kronologi insiden ini, Azmin Ali selaku anak emas Anwar dikhabarkan membina empaya sendiri didalam Parti Keadilan Rakyat dengan menamannya Parti Keadilan Raya didalam kempen Pemilihan parti lepas yang mana kini secara tidak rasmi Azmin Ali memenangi kerusi Naib Presiden Parti Keadilan Rakyat lantaran pemecatan TSKI dari PKR.

Tindakkan yang jelas memberi laluan mudah kepada Azmin ini ternyata Anwar cukup cekap dalam perancangannya dalam mengukuhkan cengkaman kroni beliau dalam parti yang didominasikan oleh Isteri, Anak dan sahabat karib beliau.

Azmin kini berpasangan dengan Rafizi akan menggunakan apa jua cara untuk melindungi diri masing masing kerana masa kian suntuk dan kemaraan kem Khalid yang kian teguh bersamanya.

dari facebook rasmi beliau menulis :

Alhamdulillah, saya bersyukur kerana hari ini Majlis Mesyuarat Kerajaan Negeri (MMKN) telah mengadakan mesyuarat seperti biasa dengan korum yang mencukupi bersama empat Ahli MMKN dan tiga pegawai Ex-Officio.

Jumlah ini memadai dan sah mengikut Artikel 53 (2) (b) Undang-Undang Tubuh Kerajaan Negeri Selangor yang menetapkan sekurang-kurangnya mempunyai empat (4) anggota MMKN untuk mentadbir negeri secara sah.

MMKN juga telah diberitahu tentang perkenan DYMM Sultan Selangor untuk tidak meneruskan perkhidmatan ahli 5 orang pegawai MMKN daripada Parti Keadilan Rakyat (PKR) dan Parti Tindakan Demokratik (DAP) berkuatkuasa semalam.

DYMM Sultan Selangor telah berkenan untuk membatalkan pelantikan EXCO-EXCO yang terlibat atas nasihat daripada Dato’ Menteri Besar secara bertulis.

Kita berpendapat bahawa 5 EXCO tersebut tidak boleh diteruskan perkhidmatan mereka setelah mengeluarkan kenyataan bersama untuk tidak mahu mempunyai sebarang hubungan dengan Menteri Besar dan hanya menghadiri mesyuarat MMKN bagi memantau perjalanan Kerajaan Negeri serta hanya akan menurut kehendak parti yang mereka dokongi.

Kenyataan ini sekaligus bercanggah dengan 10 Aku Janji dan Sumpah Kesetiaan yang telah dilafazkan ketika mengangkat sumpah di hadapan DYMM Tuanku Sultan.

Saya berharap rakyat Selangor tidak keliru dengan situasi ini kerana penamatan khidmat EXCO-EXCO ini dibuat secara sah mengikut peruntukan undang-undang sedia ada.

Saya berharap rakyat Selangor bertenang kerana pentadbiran Kerajaan Negeri berjalan seperti biasa manakala agenda membela kebajikan untuk rakyat akan diteruskan dan diutamakan.

YAB TAN SRI DATO’ SERI ABDUL KHALID IBRAHIM
DATO’ MENTERI BESAR SELANGOR 
13 OGOS 2014

للاكي براني موڠكين اكن كاله تتاڤي تيدق اكن مڠاله.
Baca Seterusnya...

Tuesday, 12 August 2014

Kisah Kucing Enggan Tinggalkan Kubur!

"Arwah adalah ayah saya. Arwah meninggal 9 syawal yg lalu. Arwah mmg sygkan kucing. Dah berpuluh2 kucing yg dia jaga. Kebanyakkan kucing yg dibela sampai kucing tua, mati atau dicuri orang. Sejak arwah sakit dan pakai wheelchair... kami xkasi dia bela kucing lagi. Tp mmg kami xboleh pisahkan kasih sayang dia dgn kucing. Pantang nampak kucing lintas depan dia. Mesti dia panggil bagi makan..

Kalau bawak arwah pergi kedai makan mesti ada kucing dtg dekat arwah. sampai kitaorg sll ckp kat arwah... bau abah ni kucing suka kot.. sebelum ni ada seekor kucing yg paling arwah syg tp dah kena curi.. Dulu semasa kami tinggal di wangsa maju section 1. setiap kali azan arwah mesti pergi ke surau jalan kaki. Kucing tu akan mengiringi arwah sampai ke surau. Lepas tu dia akan tunggu kat depan pintu surau. Bila arwah keluar dia ikut iring balik.. begitulah rutin hari2.. tidur pula hujung kaki arwah.. sampailah kucing tu hilang kena curi..

Terlalu byk kisah2 menarik arwah dgn kucing 2nya jaganya.. dan kebanyakkan hilang kena curi. Sbb arwah xsuka sangkarnya kucingnya. Sbb dia tak suka kurung kucing.

Kejadian di tanah perkuburan tu mmg kami 1 keluarga terperanjat jugak. Seekor kucing yang kami tak pernah nampak sebelum ini ada dipusara arwah. Td saya cuba singgah nak tgk.. rupa2nya kucing tu ada lagi kat situ. Saya ada bertanya pada ustaz kejadian tu. Ustaz kata mungkin arwah pernah jumpa kucing ni dulu tapi kita mungkin tak tahu.. ataupun ada maksud lain yg tersirat utk menyedarkan kita bagaimana kasihnya seorg hamba Allah pada kucing sepanjang hayatnya. wallahuaklam.." - Sunazrah Saleh (anak)


ALFATIHAH Kepada Almarhum Tn Hj Salleh Bin Haji Jantan



للاكي براني موڠكين اكن كاله تتاڤي تيدق اكن مڠاله.
Baca Seterusnya...

Monday, 11 August 2014

Khalid Kekal Menteri Besar - Blogger Terima Upah Hayun Khalid

Berikutan merupakan sidang media oleh Menteri Besar Selangor, Tan Sri Khalid Ibrahim Selepas Mesyuarat Majlis Dewan Diraja Selangor berhubung kedudukan beliau sebagai MB Selangor. Mesyuarat itu turut dihadiri Sultan Selangor.

Sultan Selangor memperkenankan MB Terus Menjalankan Tugas sebagai Menteri Besar Selangor.

Khalid Memperjelaskan Bahawa beliau Masih Memperoleh Kepercayaan Dewan DUN walau di Pecat Dalam PKR. Oleh itu, sehingga ada perkembangan baru beliau masih MB dan akan menjalankan tugas dan amanah rakyat Seperti Biasa.

Selain itu, Exco Kerajaan Negeri sedia ada akan dikekalkan dan beliau akan bertemu dengan semua Exco dalam masa terdekat.

Menurut Majlis Dewan Diraja Selangor, pentadbiran Negeri ditadbir Oleh Menteri Besar dan dibantu oleh Ahli Mesyuarat Kerajaan Negeri (Exco) dan bukannya oleh parti politik, Oleh itu, tiada masalah atau kekurangan ketetapan dalam membuat sesuatu Keputusan Kerajaan Negeri.

Beliau juga akan mempertimbangkan tawaran PAS supaya menjadi ahli parti tersebut.

Berhubung mesyuarat kerajaan negeri, Abdul Khalid berkata beliau telah mendapat sokongan empat exco dari Pas. Katanya, itu sudah memadai baginya untuk beliau mengadakan mesyuarat kerajaan negeri walaupun tanpa exco dari PKR dan DAP. Ini berdasar tatacara Artikel 52.2B Undang-undang Negeri.

Berhubung lain-lain Exco yang tidak mengikut tatacara Artikel 52.2B, mereka dinasihatkan untuk melepaskan jawatan. Beliau akan menemu bual setiap Exconya esok bagi mengetahui sokongan mereka. - suaragenerasibaru

Ada berberapa blogger pembangkang yang membawa suara parti khususnya PKR/DAP menyendeng kreditbiliti TSKI berikutan beliau bukan lagi ahli PKR dan terus terusan melondehkan TSKI. Fitnah makin rancak..

UMNO TAK PERLU JADI HERO






للاكي براني موڠكين اكن كاله تتاڤي تيدق اكن مڠاله.
Baca Seterusnya...

Kereta Ada Logo "starbuck" Pula Diserang #boycott [video PRANK BODOH]


Lantaran isu boikot memboikot dikalangan orang melayu dan umat Islam yang BERLEBIH LEBIH membawa kepada tindakkan tidak bertamadun termasuk "prank" dan tindakkan vandalism yang kini menjadi halal kerana kononnya salah satu bahagian protes boikot kepada barangan Israel.

Trend ikut ikutan ini wajar diberi perhatian oleh pihak berkuasa dan jangan dijadikan Malaysia ini sarang kepada manusia tidak bertamadun.




Maksud Boikot?

Boikot atau pemulauan adalah tindakan untuk tidak menggunakan, membeli, atau berurusan dengan seseorang atau suatu organisasi sebagai tindakkan protes atau sebagai suatu bentuk pemaksaan. 

Perkataan ini berasal dari  bahasa Inggeris berbunyi "boycott" yang mulai digunakan sejak  sekitar 1880 dan berasal dari nama Charles Boycott


Boikot dengan Bodoh boleh beza tak?!
Video of prank on McDonald's staff goes viral - Here
للاكي براني موڠكين اكن كاله تتاڤي تيدق اكن مڠاله.
Baca Seterusnya...

Sunday, 10 August 2014

Poster Penyokong Pembangkang "Let Anwar Rott In JAIL"?!

Gambar Flashmob yang dimana penyokong Khalid mengesyorkan Anwar seharusnya dibiarkan meringkuk dalam penjara kerana tidak tertahan lagi dengan sandiwara 3 beranak yang kini lari dari landasan perjuangan rakyat (kononnya) oleh Pakatan Pembangkang.

Setiausaha Politik kepada Tan Sri Khalid Ibrahim, Faekah Husin menyifatkan pemecatan Khalid sebagai ahli PKR dibuat secara terburu-buru tanpa mengambil kira surat tunjuk sebab yang dikemukan beliau kepada Lembaga Disiplin Parti itu pada Jumaat.

Dalam reaksinya berhubung pemecatan berkenaan, dia menjelaskan Khalid telah menghantar surat meminta supaya sesi penangguhan dibuat pada 15 Ogos ini.

Melalui surat berkenaan, Ahli Dewan Undangan Negeri (ADUN) Pelabuhan Klang itu telah membangkitkan beberapa perkara termasuk senarai panel yang akan melakukan proses pendengaran dan tata cara pelaksanaannya.

Jelasnya, ia bagi memastikan sama ada Khalid boleh diwakili peguam atau boleh membawa pegawainya bagi menjawab proses berkenaan.

Malangnya, PKR dikatakan telah membuat keputusan tanpa memberi peluang kepada Abdul Khalid untuk mempertahankan diri.

“Malang, PKR mengambil langkah songsang begini. Saya gembira menjadi sebahagian dari lakaran sejarah politik negeri Selangor bahawa Menteri Besar adalah dari ADUN bebas,” kata Faekah.- sumber


Kah kah kah kah....Tahu pon kome...Bodoh lagi...









للاكي براني موڠكين اكن كاله تتاڤي تيدق اكن مڠاله.
Baca Seterusnya...

Friday, 8 August 2014

Mangsa Warga Malaysia Dikenalpasti #MH17


Selepas tiga minggu pesawat MH17 telah ditembak jatuh dengan 298 orang menaiki pesawat dari Amsterdam ke Kuala Lumpur itu, ada 43 orang warga Malaysia dah hari ini, mangsa pertama dari Malaysia mungkin telah dikenal pasti, kata sumber.


Beliau ialah wanita berusia 27 tahun berasal dari Pulau Pinang, Elaine Teoh, dipercayai rakyat Malaysia pertama yang dikenal pasti oleh pakar-pakar forensik di Belanda.

The Star melaporkan bekas pelajar lulusan Universiti Melbourne itu dikenal pasti antara dua dan empat hari lalu.


Difahamkan polis dan MAS dikatakan telah menghantar wakil untuk memberitahu ibu bapa Teoh mengenai penemuan itu. Beliau dipercayai bersama teman lelakinya warga Belanda Emiel Mahler, 27 ketika kejadian.

Teoh dan Mahler kedua-duanya bekerja di sektor kewangan di Melbourne dan telah ke Kuala Lumpur selepas bercuti di Portugal dan Belanda.


Dilaporkan sebelum ini bahawa rakan Teoh terbaik Tan Sook Theng sepatutnya mengambil pasangan tersebut di KLIA sebelum kejadian pada 17 Julai lalu. - Sumber


للاكي براني موڠكين اكن كاله تتاڤي تيدق اكن مڠاله.
Baca Seterusnya...

Thursday, 7 August 2014

Pesta Bogel Penang : Kenapa Berbahaya Kepada Negara Malaysia

Ketua Polis Pulau Pinang, Datuk Wira Abdul Rahim Hanafi pada Rabu berkata, seramai 15 peserta dilihat di dalam video yang bertajuk “Penang Nude Sport Games” (Pesta Sukan Bogel Pulau Pinang) di mana tujuh rakyat Malaysia, manakala empat lagi dari Singapura.

“Mereka yang lain adalah seorang dari Filipina, dua dari Myanmar, dan seorang dari India.

“Sembilan peserta adalah lelaki manakala enam lagi wanita,” katanya kepada pemberita di Ibu Pejabat Kontinjen Polis Pulau Pinang di sini. Beliau berkata, polis turut merakamkan kenyataan 10 individu bagi membantu siasatan. Video berkenaan tersebar selepas ia dimuat naik dua bulan lalu.



Kenyataan Media :
Dato' Zainal Abidin Osman Pengerusi Perhubungan UMNO Negeri Pulau Pinang 
Khamis 7 Ogos 2014

PESTA SUKAN BOGEL DI TELUK KAMPI TAMAN NEGARA PULAU PINANG
  1. UMNO Negeri Pulau Pinang mengutuk sekeras-kerasnya tindakan sekumpulan 18 individu yang terdiri daripada warga Malaysia dan warga asing atas nama Penang Nude Sports yang menganjurkan acara sukan bogel 'Malaysia Nude Sports Games 2014', difahamkan berlaku pada penghujung Mei lalu, di Teluk Kampi Taman Negara Pulau Pinang berdekatan Teluk Bahang; sebagaimana yang mendapat liputan meluas pihak media dalam negara sejak kelmarin.
  2. UMNO Pulau Pinang maklum bahawa pihak Polis sudah membuka kertas siasatan, mengenal pasti sebahagian daripada mereka yang terlibat dan mengambil keterangan beberapa individu berhubung dengan penganjuran sukan bogel tersebut untuk membantu siasatan. UMNO Pulau Pinang bagaimanapun ingin mendesak pihak berwajib agar menyegerakan siasatan dan mendakwa mereka yang terlibat dengan acara tersebut; terutamanya individu yang dikatakan penganjur acara berkenaan secepat yang mungkin.
  3. UMNO Pulau Pinang turut mempersoalkan kenyataan Ketua Menteri Pulau Pinang yang menolak tanggung jawab sepenuhnya ke atas insiden berkenaan kepada Jabatan Perhilitan hanya kerana ia berlaku di Taman Negara yang di bawah kelolaan agensi Persekutuan berkenaan. Kenyataan pendirian Kerajaan Pulau Pinang terhadap penganjuran sukan bogel berkenaan adalah satu kenyataan yang tidak bertanggungjawab. Pada masa jumlah pengunjung atau pelancong ke Pulau Pinang meningkat, kerajaan Negeri tidak segan silu mengambil kredit di atas perkara berkenaan tetapi apabila pelancong yang datang ke Pulau Pinang melakukan perbuatan jijik dan memalukan di Pulau Pinang, kerajaan negeri dengan tangkas mengambil sikap melepaskan tanggung jawab kepada pihak lain.
  4. Persoalannya, apakah penganjuran acara yang memalukan dan tidak bermaruah sebegini boleh berlaku di Pulau Pinang kerana individu-individu yang menyertainya berasa bebas dan tidak takut melakukannya di negeri ini kerana Pulau Pinang kini berada di bawah pemerintahan kerajaan yang diterajui DAP?
  5. UMNO Pulau Pinang juga mendesak Jabatan Perhilitan yang menguruskan Taman Negara berkenaan dan pihak-pihak berkuasa kerajaan Persekutuan dan Negeri lainnya serta pihak Polis supaya memperketatkan pengawasan dan kawalan ke atas lokasi-lokasi yang berpotensi dijadikan tempat aktiviti-aktiviti tidak senonoh, songsang dan di luar norma-norma yang diterimapakai rakyat Malaysia, agar peristiwa seumpama ini tidak berulang lagi pada masa hadapan.
  6. UMNO Pulau Pinang berpandangan penganjuran acara sukan bogel tersebut merupakan satu penghinaan tahap tinggi dan perbuatan menjijikkan serta mencemar nama baik rakyat Pulau Pinang khususnya dan Malaysia amnya. Kementerian Pelancongan dan agensi pelancongan negeri didesak, dalam usaha mereka mempergiatkan promosi industri pelancongan negara perlu turut juga memastikan pelancong-pelancong dari luar negara agar faham dan senantiasa menghormati adat resam, budaya dan agama rakyat Malaysia yang pelbagai. Penularan budaya songsang, tidak sihat dari luar negara yang bertentangan dengan adat, budaya, amalan dan agama rakyat Malaysia perlu disekat kemasukannya agar tidak mencemarkan nilai-nilai murni yang menjadi pegangan dan cara hidup rakyat Malaysia sejak sekian lama.
  7. 7. UMNO Pulau Pinang berharap negeri Pulau Pinang akan terus menjadi destinasi pelancongan ternama pilihan pelancong-pelancong dari dalam dalam dan luar negeri kerana syurga makanannya, keindahan alam semulajadinya dan keramahan serta keunikan budaya rakyatnya.
Semoga yang bogel togel tu diberi pengajaran yang setimpal agar menjadi teladan pada yang lain.

Tidak kira siapa dan apa alasanya pun perbuatan seperti ini bakal memberikan satu implikasi buruk kepada negara sekiranya dibiarkan begitu sahaja.

Sila lihat apa jadi sekiranya ini dihalalkan dan menjadi trend kepada muda mudi yang masih mentah hari ini. walaupun dalam pesta di teluk bahang itu majoriti tua kerepot cukup matang membezakan baik dan buruk usia tidak menghalang nafsu serakah berkelakuan seperti haiwan.
MOHON : Jangan tengok video ini macam haram jadah!!!

http://youtu.be/ziAV1wGLL9w

للاكي براني موڠكين اكن كاله تتاڤي تيدق اكن مڠاله.
Baca Seterusnya...

Tuesday, 5 August 2014

Jangan Boikot McD dengan...

[Nasihat Buat Pemboikot McD dan sebagainya]


Ini merupakan nasihat daripada seorang saudara kalian yang turut memboikot semampu beliau produk-produk yang menyokong pembinaan negara Zionis Israel.


1- Hendaklah kalian fahami bahawa produk-produk itu adalah halal, tidak haram. Jangan sesekali mengeluarkan perkataan produk itu haram, dan sebagainya.




2- Jauhilah mengeluarkan perkataan-perkataan seperti 'Pekerja McD bekerja dengan pembunuh, tak ada perkemanusiaan dan sebagainya..' Sesungguhnya perkataan sedemikian adalah perkataan hawa nafsu. Mereka bekerja mencari rezeki yang halal, dan bukan hak kita berkata sedemikian kepada mereka.


3- Jauhi sifat-sifat buruk seperti pergi bawa makanan lain dan makan dalam McD, atau saja-saja masuk McD untuk guna tandas mereka atas alasan untuk naikkan kos operasi mereka, atau berkumpul di hadapan kedai mereka. Sesungguhnya mereka membayar sewa untuk premis perniagaan itu, dan tindakan mengganggu kehadiran pelanggan mereka adalah tindakan yang melanggar akhlak Islami dan melanggar hak orang yang sudah membayar sewa untuk premis tersebut.


4- Fahamilah, boikot ini satu ijtihad politik. Ia bukan satu perkara yang qathie/pasti wajibnya. Ia akan sentiasa ada pro dan cons kerana ia satu ijtihad dalam bab keduniaan.


5- Ingatlah, saudara-saudara kita bukan hanya di Gaza, bahkan yang sedang mencari rezeki bekerja itu.


6- Memboikot adalah hak seorang pengguna. Kita sebagai pengguna berhak boikot, dan ajak orang boikot. Tetapi kita tiada hak mengganggu perniagaan orang yang sah dengan berdiri di depan kedai mereka, di pintu kedai mereka, apatah lagi masuk ke dalam premis mereka, atau mensabotaj supaya kos operasi mereka meningkat.


7- Saya memilih boikot, kerana itu hak saya sebagai seorang
pengguna.


Inilah pendirian saya. TITIK.


Wallahua'lam.
Baca Seterusnya...

Monday, 4 August 2014

Sungai Bertukar Warna "Darah"?!

Penduduk di Wilayah Zhejiang, China terkejut dengan warna sungai di wilayah mereka yang tiba-tiba berubah warna menjadi merah darah. Perubahan warna itu berlaku hanya dalam masa satu jam.

Menurut keterangan saksi, warna air sungai kelihatan normal pada Khamis 24 Julai 2014 pukul 5.00 pagi. Satu jam kemudian, tiba-tiba warna air sungai itu berubah menjadi merah darah.

Selain berubah warna, sungai itu kemudian juga mengeluarkan bau yang tidak sedap. Penduduk mengira warna air berubah kerana ada seseorang yang membuang sampah ke dalam aliran sungai.


"Kami mengesyaki ada seseorang yang membuang zat pewarna buatan ke sungai," ujar Ketua Biro Perlindungan Alam Sekitar wilayah Wenzhou Jianfeng Xiao, seperti dikutip The Examiner, Ahad (27/7/2014).

Pihak berkuasa mengambil sampel air dari sungai dan melakukan pemeriksaan. Namun belum diketahui apa yang menyebabkan perubahan dari air sungai itu. - okezone.com

Aku pun syak ada mangkuk duk buang pewarna dalam sungai nie, harap tidak menjejaskan ekosistem sungai tersebut. Memang sejak azali lagi bab kebersihan ini memang tidak diurus dengan baik oleh juak juak ini.


للاكي براني موڠكين اكن كاله تتاڤي تيدق اكن مڠاله.
Baca Seterusnya...

Berani Boikot Rokok?!


Dewasa ini ramai menganjurkan aktiviti boikot memboikot barangan keluaran bukan islam dan xionis. Bagaimana pula dengan memperkasakan promosi beli barangan muslim dan tempatan?!

Dalam masa kita asyik lebih suka memilih untuk BOIKOT BARANGAN negara tertentu daripada memperkasakan KEMPEN BELILAH BARANGAN TEMPATAN atau MUSLIM.



Dalam pada itu boikot Rokok dipandang sepi sedangkan itulah yang menjadi keutamaan masa kini disamping pembaziran rokok juga menyumbang kepada penyakit seperti barah yang membawa kepada meningkatnya kadar kematian diseluruh dunia.

Kerana merokok akan memberi kemudharatan dan pembaziran.Pada pandangan syara' ia termasuk dalam dosa-dosa kecil dan ianya haram عارضى"(kesannya)dan bukan haram "zati"(zatnya). 'Illah pengharaman berdasarkan kepada qaedah fiqhiyyah iaitu:

"الضرار يزال" .لاضررولاضرار dan درء المفاسد مقدم على جلب المصالح"

Sumber : http://www.e-fatwa.gov.my/fatwa-negeri/merokok-0

crdt : http://www.penaminang.com/2014/08/fatwa-pengharaman-rokok-di-kedah.html


للاكي براني موڠكين اكن كاله تتاڤي تيدق اكن مڠاله.

Baca Seterusnya...

Friday, 1 August 2014

Artis Buka Tudung Kerana Kecewa?!


Trend artis berhijab cukup popular hari ini di Malaysia dan malah menjadi satu fenomena yang positif kepada industri hiburan tanahair yang kini banyak membuat drama dan filem yang berunsur islamik akan tetapi lain pula kisahnya di negara jiran. 



Pelakon dan penyanyi Indonesia, Marshanda mengejutkan para peminatnya apabila mengambil keputusan untuk tidak lagi berhijab selepas bercerai dengan suaminya, Ben Kasyafani bulan lalu. 

Portal Kapan Lagi melaporkan dia mengambil tindakan tersebut kerana dikatakan tidak rasa terhubung dengan penamilannya sejak empat tahun lalu itu dan ingin berasa bebas selepas bercerai. Marshanda dalam satu entri di laman sosial Instagram menegaskan dia tidak peduli dengan pandangan orang tentang keputusannya dan bahagia dengan kehidupannya sekarang. 

"Saya tidak perlu perhatian daripada anda semua kerana saya tidak peduli dengan apa juga yang anda ingin katakan tentang keputusan saya. 

"Kebahagian saya terletak dalam tangan saya sendiri dan bukannya ditentukan oleh orang lain," katanya. Keputusan Marshanda itu turut mendapat pelbagai reaksi daripada peminatnya di Indonesia yang terkejut dengan tindakannya membuka tudung. 

"Cha, dulu saya tidak meminati anda tetapi selepas kamu berkahwin dan mempunyai anak, saya mulai suka dengan kehidupan baharu kamu. "Tapi hari ini, kekaguman saya untuk kamu sudah hilang," kata salah seorang peminatnya di laman sosial Instagram. 

Bagaimanapun ada peminat yang mempertahankan tindakan pelakon itu dan menganggap ia adalah pilihan Marshanda dan tiada siapa boleh memaksanya. 

"Jangan terlalu cepat menilai kerana dia lebih tahu apa yang sedang dilakukannya. Sebagai peminat adalah lebih baik kita mendoakan agar dia terus diberikan hidayah," kata peminatnya.


Dalam pada itu, peguam bela Marshanda, Afdal Zikri menegaskan tindakan pelakon itu tidak mempunyai sebarang kaitan dengan perceraian tersebut. Jelas Afdal, keputusan tersebut dilakukan adalah pilihannya sendiri tanpa paksaan daripada mana-mana pihak. 

"Itu keputusan dia, kita harus hormati pilihan yang dia buat dan dia sudah matang untuk menentukan apa yang terbaik," katanya.


* Kalau kat Malaysia minah nie kompom dah kena talbiah dek Badrulamin kih kih...






للاكي براني موڠكين اكن كاله تتاڤي تيدق اكن مڠاله.
Baca Seterusnya...
Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...

ping!