Thursday, 31 July 2014

Sabina Altynbekova Ratu Cantik Bola Tampar [Gambar]

Sabina Altynbekova Pemain Bola Tampar Jelita Kazakhstan

Sabina mula mendapat perhatian dunia maya sejak gambarnya beraksi dalam Kejohanan Bola Tampar Wanita Bawah 19 Tahun Asia 2014 di Taiwan tersiar di Internet baru-baru ini.



Namun kecantikan yang dimiliki Sabina turut membawa impak negatif kepada pasukannya. Populariti Sabina mula berkembang di laman sosial apabila berita mengenainya mula tersebar luas di Internet menyebabkannya tidak menang tangan menjawab semua pertanyaan peminatnya di seluruh dunia





Beliau mengaku beragama Islam, Sabina turut menunjukkan keprihatinannya kepada isu Gaza. “Sayangi Palestin, Tuhan bersama kalian,” katanya melalui laman sesawang Twitter beliau.


Admin : Sekadar perkongsian, biasa la manusia suka tengok benda cantik :)

للاكي براني موڠكين اكن كاله تتاڤي تيدق اكن مڠاله.
Baca Seterusnya...

Video Pengakuan Perangai "SETAN" Artis Malaysia #kosongkosong


Beberapa kumpulan  video pengakuan pengalaman semasa kecil yang cukup sesuai diberi jolokkan perangai "setan" atau "menyetan" terutama kepada beberapa artis lelaki.. 
Kosong Kosong ya








 





Paling rare HAZAMA..






للاكي براني موڠكين اكن كاله تتاڤي تيدق اكن مڠاله.
Baca Seterusnya...

Selfie Kubur Jadi HARAM jika?!

Mufti Perak, Tan Sri Harussani Zakaria menyelar tindakan segelintir umat Islam yang bergambar atau lebih popular dengan gelaran ‘selfie’ di tanah perkuburan sempena sambutan Aidilfitri.

Katanya, perbuatan sedemikian tidak sewajarnya dilakukan dan boleh dikategorikan haram jika ia dilakukan dengan niat untuk berseronok.



“Tindakan sebegini sangat tidak wajar dilakukan, apatah lagi di tanah perkuburan. Sewajaranya ketika menziarahi kubur, ianya dijadikan iktibar dan bukannya untuk berseronok-seronok.

“Budak-budak sekarang ni tak faham dengan amalan ziarah kubur ini, malah amalan ini juga boleh jadi haram sekiranya terlalu ramai lelaki dan wanita bukan mahram bercampur gaul di tanah perkuburan itu,” katanya kepada Sinar Harian.

Beliau berkata demikian ketika mengulas tindakan sesetengah individu yang ber'selfie' di tanah perkuburan sempena Aidilfitri tanpa mengetahui tujuan sebenarnya ziarah ke tanah perkuburan.

Harussani berkata, masyarakat perlu memahami sedalam-dalamnya mengenai amalan atau tradisi menziarahi kubur pada setiap kali musim sambutan Hari Raya Aidilfitri atau Aidiladha.

Beliau berkata, tidak ada sebarang nas yang mewajibkan amalan serta tradisi berkenaan sempena sambutan hari raya kerana ianya boleh dilakukan pada bila-bila masa sahaja.

Malah menurutnya, amalan serta tradisi ziarah-menziarahi saudara mara serta rakan-rakan yang masih hidup adalah jauh lebih afdal dilaksanakan sempena sambutan hari raya.

“Hari raya adalah kemuncak ibadah dan sangat-sangat dianjurkan oleh Islam untuk kita saling ziarah-menziarahi satu sama lain dengan tujuan bermaaf-maafan dan menghubungkan silaturrahim sesama kita.

“Sebab itu kita juga digalakkan untuk berjalan kaki ke masjid menggunakan jalan lain dan balik pula menggunakan jalan lain; dengan tujuan agar kita boleh bertemu dengan lebih ramai orang sambil saling mengucap tahniah dan sebagainya,” katanya.

Bagaimanapun tambah Harussani, amalan berkenaan tidaklah menjadi satu kesalahan yang boleh menjadikan ianya haram dilakukan jika mengikut adab yang ditetapkan. - sinarharian



Dalam kita mendidik bukan perlu maki hamun, walaupun beliau menafikan dengan pendirian beliau adalah benar akan tetapi yang salah tetap salah.

Walaubagaimanapun kritik membina tidak mengapa, tapi tak perlulah sehingga mengaibkan dan menghina beliau. [rujuk troll facebook]

Wallahualam..



للاكي براني موڠكين اكن كاله تتاڤي تيدق اكن مڠاله.
Baca Seterusnya...

Malaysia Ramai Cyberbully #selfie

Hari ini admin memerhatikan ruang cyber dihari raya ke-3 ini kebanyakannya memuat naik gambar persendirian seperti mempamirkann baju raya, kuih muih, lokasi kampung dan gambar gambar di lebuh raya yang bakal sesak dengan kebanjiran penduduk kota yang akan pulang kerumah masing masing.

Hari ini ada sekeping gambar yang agak popular dikritik malah ada dimaki hamun hanya kerana berselfie ketika dapur sedang marak dijilat api.



wajarkah kita mengadili beliau dengan mengatakan beliau sakit otak, mental dan macam macam cemuhan hanya kerana tindakkan beliau dilihat melampau?!

Admin rasakan sipelaku (gambar) tidak wajar memuat naik gambar sedemikan akan tetapi para komentar tidak seharusnya mencemuh beliau walaupun kita sendiri rasakan memang tak patut dengan tindakkan itu.

Walaubagaimanapun para pengendali pages facebook dan twitter (khususnya media baru) sewajarnya memberi teguran dalam mendidik rakyat Malaysia dalam memanafaatkan medium media baru bukanlah sebagai alat untuk menimbulkan pensengketaan dan mencetuskan emosi orang lain dalam menghakimi tindakkan seseorang.

Kadang kala admin rasakan cyber bully ini sesuatu penyakit yang memang sedang tenat melanda ruang cyber Malaysia. Semua benda nak dimakinya hahaha

Anyway..Gunakan jari anda dibulan syawal ini dengan manfaat bukan menabung dosa dari perkara yang tidak menguntungkan langsung. 

Setidaknya gadis itu sopan bertudung tak layak dihina sewenang wenangnya.


Selamat Hari Raya..
Baca Seterusnya...

Wednesday, 30 July 2014

Rusuhan Di Kelantan Angkara Mercun


Semalam satu video dan gambar-gambar tersebar di media sosial yang mana satu pergaduhan dan rusuhan akibat salah faham telah berlaku di stesen minyak Shell di Lundang Kota Bharu.Satu video dan gambar telah disebar di media sosial yang mana menunjukkan pergaduhan dan rusuhan dari akibat salah faham di stesen minyak Shell di Lundang, Kota Bharu.


Kes ini terjadi dikatakan bermula dari sekumpulan lelaki memasang mercun di stesen minyak berkenaan dan juga membaling mercun kepada kereta yang ada di stesen minyak tersebut.Hal ini telah menimbulkan kemarahan pemilih stesen minyak terbabit kerana risau mercun tersebut boleh menyebabkan stesen minyak tersebut terbakar. [Artikel dan video SINI]


للاكي براني موڠكين اكن كاله تتاڤي تيدق اكن مڠاله.
Baca Seterusnya...

Jangan Pijak atau Duduk Atas Kubur




Dari Abu Hurairah radhiyallahu ‘anhu, beliau berkata:Rasulullah shallallahu ‘alaihi wa sallam bersabda ;


,لَأَنْ يَجْلِسَ أَحَدُكُمْ عَلَى جَمْرَةٍ فَتُحْرِقَ ثِيَابَهُ، فَتَخْلُصَ إِلَى جِلْدِهِ، خَيْرٌ لَهُ مِنْ أَنْ يَجْلِسَ عَلَى قَبْرٍ

“Sungguh jika salah seorang dari kalian duduk di atas bara api sehingga membakar bajunya dan menembus kulitnya, itu lebih baik daripada duduk di atas kubur”
- HR. Muslim (3/62)

Jangan duduk atas kubur. Jangan pijak kubur..

crdt : abuaqif

للاكي براني موڠكين اكن كاله تتاڤي تيدق اكن مڠاله.
Baca Seterusnya...

Monday, 28 July 2014

Khalid Tetap Mahu Kekal Menteri Besar [Anwar boleh pergi jahanam]

Bincang Dengan Sultan Berhubung Jawatan MB

KUALA SELANGOR – Tan Sri Abdul Khalid Ibrahim berkata, beliau telah memberi jaminan kepada Sultan Selangor bahawa beliau akan terus berkhidmat sebagai menteri besar selagi khidmatnya diperlukan. 

 Abdul Khalid berkata, Sultan Sharafuddin Idris Shah membayangkan kepada beliau bahawa baginda mahu sebuah kerajaan negeri yang boleh dipercayai, tegas dan bertanggungjawab. 

 “Saya maklumkan kepada Tuanku Sultan bahawa saya akan bertugas sehinggalah saya tidak lagi menjadi menteri besar,” katanya kepada pemberita selepas menghadiri majlis berbuka puasa bersama Sultan Selangor di masjid Kampung Assam Jawa dekat sini, malam tadi. 

 Sebelum ini, Ketua Umum PKR, Datuk Seri Anwar Ibrahim berkata, parti itu bersetuju untuk memilih Presidennya, Datuk Seri Dr Wan Azizah Wan Ismail sebagai calon Menteri Besar Selangor yang baharu menggantikan Abdul Khalid. Terlebih dahulu, Tuanku Sharafuddin merasmikan masjid berharga RM3 juta itu dengan keluasan 8,000 kaki persegi yang boleh memuatkan 1,000 jemaah pada satu-satu masa.-postmetro



Beberapa blog pembangkang kini sedang bertelagah sesama sendiri lantaran keengganan TSKI melepaskan jawatan tersebut demi mengikut halwa nafsu Anwar yang mana secara terang terangan membuat percaturan jawatan kerusi menteri besar sebagai alasan untuk menyingkirkan TSKI.

Sebelum ini TSKI dipertikaikan kreditbilitinya apabila bertandiang pada pemilihan PKR yang lepas apapbila beliau kalah dalam pertandingan mempertahankan kerusi cabang beliau.

Bagaimana pula dengan Wan Azizah yang menang kerusi presiden yang tidak bertanding dimana mana pemilihan PKR?!

Parti lain seperti PAS didalam pakatan kini diam seribu bahasa dalam perebutan ini kerana masih memikirkan keadaan Kedah yang telah terlepas kepada kerajaan pusat pada PRU13 yang lwpas manakala Selangor dikatakan bakal menurut sama senario itu sekiranya kerusi MB tidak dialih sedangkan TSKI walaupun mempunyai karekter yang agak serabut akan begitu beliau masih berjaya memerintah selangor walaupun pelbagai idwa bodoh dan bangang dianjurkan Anwar selaku penasihat ekonomi Selangor sebelum ini..

Pada pandangan penulis Wan Azizah tidak akan memiliki kerusi MB kerana Anwar kini sedang usaha alihkan tumpuan isu ketidaksebuluan anak emasnya Azmin dan Khalid dalam masa yang sama sedang susun punchline dengan menyerang institusi Di-Raja Selangor.

Wan azizah bakal dijadikan benteng untung nasib beliau..Hebat bukan?! Anwar pasti merasakan sekiranya Khalid kekal jadi MB untuk teruskan projek usahasama dengan kerajaan pusat ini bakal merugikan pakatan pada PRU14.

TSkI dilihat hebat kerana berani menyanggah Anwar berbanding Nizar lambai yang sebelum ini menjadi sextoy DAP Nga dan Ngeh komunis bersaudara.
Baca Seterusnya...

Sunday, 27 July 2014

Ucapan Syawal PM : Najib Kongsi Pengalaman Uruskan MH17 #kosongkosong

Bismillahirrahmanirrahim,
Assalamualaikum Warahmatullahi Wabarakatuh, Salam Aidilfitri dan Salam 1Malaysia,

Allahu Akbar, Allahu Akbar, Allahu Akbar, Walillah hil Hamd.


  1. Alhamdulillah, segala puji-pujian dirafakkan ke hadrat Allah SWT, kerana sekali lagi apabila tibanya fajar syawal yang mulia, umat Islam hari ini di seluruh dunia, dengan penuh kesyukuran dan rasa saadah, menyambut satu kemenangan mujahadah besar setelah sebulan kita berjihad melawan nafsu.
  2. Sesungguhnya, madrasah Ramadan adalah untuk mentarbiyyah rohani, melatih minda serta menguji jasmani. Menunaikan ibadah puasa bukan sekadar mengekang hawa nafsu, malah mendidik jiwa supaya sentiasa menginsafi diri untuk lebih peka terhadap nasib golongan yang serba kekurangan dan dihimpit kesusahan hidup.
  3. Saban tahun, umat Islam di negara ini merayakan Aidilfitri dengan penuh kemeriahan dan keriangan tanpa sebarang gangguan daripada sesiapa pun. Begitulah indah dan beruntungnya tinggal di sebuah negara yang makmur lagi berjaya bernama Malaysia.
  4. Peri pentingnya, yang perlu diketahui oleh semua rakyat bahawa, kenikmatan ini bukanlah satu kemestian yang pasti dikecapi, apatah lagi menjadi kelaziman bagi negara-negara lain di dunia ini. Sesetengah negara seperti di Afrika, Timur Tengah hatta di benua Eropah dan Amerika yang berada di kelompok negara maju sekalipun, sama ada sedang ditimpa bala bencana, konflik permusuhan yang tiada berkesudahan, krisis ekonomi yang meruncing dan pergolakan politik yang berpanjangan. Sebenarnya, kesemua petaka ini, perlukan kepada pengurusan dan pentadbiran serta kepemimpinan yang cekap lagi berkesan.
    Saudara dan Saudari,
  5. Pada 19 ramadan 1435 hijrah yang lalu, satu tarikh yang tidak akan hilang dalam ingatan saya, apabila dikejutkan dengan tragedi tidak diduga, pesawat komersial Boeing 777-200 Malaysia Airlines penerbangan MH17 dari Amsterdam ke Kuala Lumpur telah diberitakan terhempas di kawasan Timur Ukraine.
  6. Penerbangan tersebut dilaporkan telah berlepas pada pukul 12.15 tengahari waktu tempatan dan dijadualkan tiba di KLIA pada jam 6.10 pagi waktu Malaysia. Pesawat berkenaan membawa seramai 298 orang yang terdiri daripada 283 penumpang dan 15 anak kapal, termasuklah 43 orang dan 2 bayi, yang merupakan warganegara Malaysia.
  7. Masih segar dalam ingatan saya, bagaimana kita berhadapan dengan waktu-waktu mencabar dan rumit itu. Sehinggalah saya berjaya mencapai tiga persetujuan dengan pihak pemisah, yang menguasai kawasan kejadian tersebut iaitu
    Pertama: Membawa keluar semua mayat mangsa MH17, yang dianggarkan berjumlah 282 dari kawasan nahas. 
    Kedua: Memperolehi dua kotak hitam yang menjadi hak milik Malaysia.Ketiga: Mendapat jaminan keselamatan bagi anggota penyiasat bebas antarabangsa ke lokasi nahas untuk melakukan penyiasatan terperinci.
  8. Tambahan lagi, ketika menghadapi saat-saat kritikal dan mencemaskan ini, semua perundingan telah dilakukan dengan berhati-hati, demi mencapai kejayaan yang diingini, termasuklah adakalanya, saya bekerja secara senyap dalam perkhidmatan demi mendapatkan keberhasilan yang lebih baik.
  9. Sementara sebelumnya pula, pada 10 ramadan, umat Islam digemparkan dengan serangan kejam oleh Israel ke atas penduduk Palestin di Gaza, telah mengorbankan banyak nyawa yang tidak berdosa. Kita mengutuk sekeras-kerasnya tindakan yang tidak berperikemanusiaan ini dan mengharapkan keamanan dapat diwujudkan semula sebagai penyelesaian antara kedua belah pihak. Tentunya, kita menyokong perjuangan rakyat Palestin dan simpati serta doa kita sentiasa bersama dengan mereka.
    Saudara dan Saudari,
  10. Semua ujian dan rintangan itu, kebetulan berlaku di bulan Ramadan yang penuh kemuliaan, telah memberi pengajaran yang berguna kepada kita tentang keperluan membina kekuatan dan ketahanan umat Islam di negara ini, bagi menempuh cabaran dalam semua bidang, supaya menjadi sebuah negara Islam contoh yang progresif dan berdaya maju.
  11. Justeru, beberapa iktibar yang perlu diambil daripada tragedi-tragedi mutakhir yang menimpa Malaysia dan saudara seakidah kita di Palestin iaitu:
  12. Pengiktibaran pertama: Kepentingan kepada kesatuan dan sentiasa berpadu dengan mengukuhkan ukhuwah Islamiah yakni persaudaraan yang tulen antara sesama Islam. Dengan itu, barulah umat Islam akan disegani, tidak dilihat lemah atau mudah diperkotak-katikkan oleh mereka yang lain.
  13. Dalam hal ini, saya bersyukur kepada Allah SWT, kerana usul tentang tragedi pesawat MH17, telah diluluskan sebulat suara oleh semua wakil rakyat, termasuklah mereka yang mewakili pembangkang, di persidangan khas Dewan Rakyat, pada 23 haribulan Julai 2014. Keputusan ini merupakan suatu permulaan yang baik, untuk kita sebagai umat Islam dan rakyat Malaysia, bertaut hati, dengan mengukuhkan solidariti sebagai satu negara, 1Malaysia.
  14. Pengiktibaran kedua: Ikhtiar kita dalam mempertegak dan mempertinggikan syiar Islam sesuai dengan kedudukan Islam sebagai agama bagi persekutuan. Kita juga telah mempraktikkan Islam dalam kerangka Maqasid Syariah melalui pendekatan wasatiyyah yakni kesederhanaan, sepertimana suruhan Allah bahawa Islam itu adalah Ad-din yang syumul sebagai cara hidup. Sekaligus, kita menolak fahaman ekstremisme dan liberalisme yang tidak selari dengan ajaran Islam.
  15. Nyatanya, Islam di Malaysia dalam keizinan dan kehendak-Nya jua telah kita ikut syariatnya, setapak demi setapak dalam pelbagai bidang termasuk fizikal, iktisad, budaya, sosial dan spiritual. Penubuhan Lembaga Tabung Haji, institusi kewangan dan perbankan Islam, institusi serta lembaga zakat di tiap-tiap negeri adalah antara sekian banyak langkah kita ke arah itu.
  16. Pengiktibaran ketiga: Membangunkan ilmu, kemahiran teknologi dan inovasi serta nilai insaniah demi kemaslahatan umat. Kita dapat saksikan kesungguhan Kerajaan melakukan pengislahan demi pengislahan dalam aspek meningkatkan pendidikan dan modal insan rakyat, supaya mampu bersaing dan setanding dengan negara-negara maju yang lain. Antara nilai-nilai kejayaan tersebut seperti itqan yakni tekun, taa’wun iaitu budaya tolong menolong, berhikmah atau bijaksana dan amalan istiqamah serta taqwa. Kesemua nilai ini sangat mustahak, dalam usaha kita mencapai status negara maju menjelang tahun 2020.
  17. Jelasnya, saya juga menyarankan agar semua umat Islam di negara ini sentiasa bertransformasi, bersiap siaga, melihat jauh ke hadapan, membina harapan demi kemakmuran bersama.

    Saudara dan Saudari,
  18. Tatkala menyambut kemeriahan perayaan ini, semestinya, saya cukup bersimpati dan ingin merakamkan takziah serta belasungkawa, kesedihan yang amat mendalam, kepada semua mangsa dan keluarga mangsa korban tragedi MH17. Simpati ini turut dipanjangkan kepada anggota keluarga para penumpang dan anak kapal MH370. Sudah tentu, saya amat merasai serta tidak sanggup membayangkan, betapa luluhnya hati mereka, apabila bangun di pagi hari raya, tanpa orang yang tersayang.
  19. Lantaran itu, banyakkanlah bersabar dan redha dengan ketentuan Ilahi. Pastinya, banyak hikmah yang boleh dipelajari daripada peristiwa tragik ini. Seperti semua sedia maklum, saya sudah berjanji sewaktu bertemu dengan keluarga mangsa, akan melakukan sedaya mungkin untuk membawa pulang kesemua mayat rakyat Malaysia ke tanahair, seberapa segera yang mampu, supaya dapat disemadikan dengan selamat.
  20. Lanjutan itu, tidak sesekali saya lupakan, segala jasa dan pengorbanan anggota keselamatan, baik yang sedang bertugas di perbatasan mahupun di mana-mana ceruk rantau di bumi bertuah ini, termasuklah kepada mereka yang telah pergi buat selama-lamanya meninggalkan kita. Mudah-mudahan Allah SWT akan sentiasa merahmati mereka dan ahli keluarga serta memelihara negara ini agar aman dan sentosa sampai bila-bila.
    Saudara dan Saudari,
  21. Bersempena hari baik di Aidilfitri yang mulia ini, hentikanlah semua sengketa. Buangkan segala yang masih keruh, perbetulkan mana yang silap, jernihkanlah apa yang kusut selama ini. Walaupun kita tidak mengadakan rumah terbuka secara rasmi pada tahun ini kerana menghormati perasaan keluarga mangsa tragedi MH370 dan MH17, tetapi saya menggalakkan amalan ziarah-menziarahi dapat terus berjalan sesama kita. Bukalah seluas-luasnya pintu rumah dan pintu hati serta gerbang silaturrahim 1Malaysia, dengan mengajak rakan taulan berbilang bangsa serta agama ke kediaman masing-masing. Kepada mereka yang ingin mengunjungi sanak saudara dan sahabat handai secara berkenderaan pula, pandulah kereta dengan cermat serta selamat sehingga sampai ke destinasi yang dituju.
  22. Di samping itu, bagi pihak Kerajaan dan rakyat Malaysia, saya juga ingin merakamkan berbanyak-banyak terima kasih atas sokongan pemimpin-pemimpin dan masyarakat dunia yang bersimpati serta menghulurkan bantuan kepada Malaysia dalam menghadapi insiden malang pesawat MH370 dan MH17.
  23. Pada kesempatan ini juga, saya dengan penuh rasa tawaduk di hati, ingin menyusun jari nan sepuluh memohon ampun, kemaafan zahir dan batin bagi pihak diri, isteri serta seisi keluarga tercinta, atas segala kesalahan dan apa jua kekhilafan. Saya sentiasa berdoa dan berharap semoga Allah SWT mengurniakan kesejahteraan ke atas seluruh umat Islam, supaya mereka dapat menyambut perayaan ini dengan penuh kegembiraan serta bahagia, bersama yang tersayang di sisi.
  24. Akhirul kalam, kepada umat Islam dan rakyat Malaysia seluruhnya, marilah kita menempuhi detik-detik sukar ini bersama-sama, dengan memperkuat tekad, mengukuhkan silaturrahim dan bersatu dalam suasana kesedihan.
Allahu Akbar, Allahu Akbar, Allahu Akbar, Walillah hil Hamd.
Wabillahi Taufiq Walhidayah Wassalamualaikum Warahmatullahi Wabarakatuh.

Najib Razak [Perdana Menteri Malaysia]




للاكي براني موڠكين اكن كاله تتاڤي تيدق اكن مڠاله.
Baca Seterusnya...

BALIK RAYA : Cuba Elak 3 Laluan Ini #kosongkosong


Lantaran cuti Hari Raya Aidilfitri bakal tiba esok hari lagi lebuhraya utara-selatan menjadi pilihan kepada wargakota untuk pulang berhari raya.

Daripada permerhatian admin tweet dari PLUS sendiri antara laluan PANAS dan sesak disekitar negeri Perak ialah lebuhraya antara Slim River - Tapah, Tapah - Gua Tempurung dan Ipoh - Kuala Kangsar.(kerap belaku kesesakan)

Antara punca penyebab utama keadaan ini antaranya laluan tersebut sedang dalam penambahbaikkan dan laluan laluan itu juga berada dalam keadaan lurus (panjang) yang mengundang kecelakaan jalan raya disetiap kali musim perayaan.Memang wajar ditempatkan pengawai bertugas ataupun AES.

Dinasihatkan agar penguna jalan raya sentiasa mematuhi undang-undang jalan raya dan sentiasa memandu dengan cermat.

Elakkan memandu dalam keadaan mengantuk dan berhenti berehat di R&R yang mana boleh kiranya untuk melepaskan keletihan memandu atau mungkin mandi untuk mengembalikan kesegaran badan.

Selamat pulang ke kampung halaman. Sayangi diri dan keluarga anda. Biar lambat asalkan selamat. JALAN LAMA PUN AGAK LANCAR!

Admin disini ingin mengucapkan ribuan terima kasih dan Selamat Menyambut Hari Raya Aidilfitri kepada seluruh rakyat Malaysia yang beragama Islam, Kepada yang tidak pulang berhari raya di kampung halaman admin doakan kesejahteraan kepada kalian agar dilimpahi keberkatan dalam bertugas terutama kepada anggota pasukan keselamatan yang sedang bertugas demi keselamatan negara.

Salam sayang dari admin DS :)
Baca Seterusnya...

Thursday, 24 July 2014

@khairykj Gadis Manis Mengurat Khairy Di Twitter?!

Dimanakah venue Sukan Komanwel 2010? 

Kecoh di laman sosial Twitter baru-baru ini apabila seorang wanita, dengan nama Twitter-nya Ratu Selfie menjawab satu kuiz yang diberikan oleh Menteri Belia dan Sukan, Khairy Jamaluddin dengan jawapan yang unik sekali.



Kuiz yang berbunyi "Dimanakah venue Sukan Komanwel 2010" yang diajukan oleh KJ itu telah dibalas dengan jawapan yang berbunyi "Di dalam hati kita berdua..." oleh Ratu Selfie. KJ yang terkejut dan tertarik dengan jawapan itu memberikan Ratu Selfie sehelai baju "Malaysian Warrior" sebagai hadiah.


Bagaimanapun perkara ini hanyalah dianggap satu gurauan oleh KJ. Begitu juga rasanya dengan ratu selfie. Jika betul-betul nak berkasih, baiklah guna Whatsapp.

Oleh kerana banyak retweet yang dibuat oleh pengguna Twitter yang lain, perkara ini menjadi popular dan dengan secara tak langsungnya Ratu Selfie kini di intip bagaikan artis.

Ini dia gambar yang dikongsikan oleh Ratu Selfie di laman Facebooknya. Boleh tahan orangnnya. Hurmm. Tapi berpunya ke belum, tu kena tanya la sendiri. - SiakapKeli.com

Bertuah la bro KJ, tapi ingat ea kot mem besar kat rumah tu mata kecik beso kecik beso jek tu hahaha..Biasalah orang berkarisma memang ramai peminat,kan?!






للاكي براني موڠكين اكن كاله تتاڤي تيدق اكن مڠاله.
Baca Seterusnya...

@pdrmsia Kenapa Polis Layan Kes TERPILIH?


Semenjak dua ini perasan sesuatu yang agak pelik bilamana ketua polis negara mula memberi respon kepada segelintir KES TERPILIH dalam media siber.

Penguatkuasa undang-undang sewajarnya tidak mengambil tindakkan pilih KES dan double standard terhadap perbuatan yang bakal mencetus keadaan tidak harmorni didalam masyarakat kita di Malaysia yang berbilang agama dan bangsa.

Mungkin ada yang tidak memahami tugas kepolisan ini akan tetapi ia dilihat terlalu menaikkan moral untuk sesebuah kaum dan tidak menaikkan moral majoriti bangsa di Malaysia.

Admin agak terkejut bila KPN memberi respond untuk mendakwa dan menyiasat kes Kiki Kamaruddin walaupun difahamkan tiada pendakwaan dibuat oleh Pakcik Sim.

Gambar diatas menunjukkan satu tindakkan tegas yang DIPILIH untuk disiasat!

Bagaimana dengan ribuan laporan polis yang mendakwa Tian Chua yang jelas dipaparkan dalam video ini?!Sebab beliau ahli politik boleh cakap suka hati macam ini?!

Jangan pilih KES!!Nampak lemah...








للاكي براني موڠكين اكن كاله تتاڤي تيدق اكن مڠاله.
Baca Seterusnya...

43 Terlibat Insiden Bas Terbakar


Satu kes melibatkan bas express 2 tingkat telah terbakar pada 23/7/14@13:45hrs d km 32 jalan Lipis/Merapoh, (Felda Telang kawasan tapak bijih besi)Kuala Lipis,Pahang. 

Bas dalam perjalanan dari Puchong Prima,Selangor ke Kota Bharu, Kelantan. 

Semua penumpang seramai 41 orang termasuk 2 pemandu selamat dan tidak mengalami kecederaan. 

Barang2 seperti beg pakaian/barang keperluan harian kepunyaan 7 orang penumpang tidak sempat diselamatkan kerana api merebak ke seluruh bahagian bas dengan cepat. 

Siasatan awal kebakaran bas berpunca dari enjin bahagian belakang mengeluarkan asap dan percikan api dan terus merebak ke keseluruhan bahagian bas. - Cik Gayah

Diharap semua bas pada raya kali ini lebih selamat! Kadang kala kita dengan mudah menunding orang lain dalam isu sperti ini akan tetapi mari kita mulakan dengan diri kita sendiri.

Kepada yang pulang ke kampung halaman menggunakan kereta/van/mpv. Admin nasihatkan agar kita berkongsi kereta dan ia lebih menjimatkan dan mengurangkan kesesakkan jalan (malah pemandu lebih segan skit nak bwk kereta semberono..hahaha)
Apa pun admin mengucapkan selamat jalan dan hati hati memandu, sob sob sob..nak balik raya :(



Sent by Maxis from my BlackBerry® smartphone
Baca Seterusnya...

Wednesday, 23 July 2014

Meninggal Kerana Pemandu Cuai?!

Kuala Kubu Baru : Dilaporkan oleh rakan media saudara Sham yang berada ditempat kejadian mendakwa satu kemalangan antara 2 buah kereta.

Dilaman facebook beliau menulis sepasang suami isteri dan seorang bayi menjadi korban dalam kemalangan itu, Si ibu dan anak disahkan meninggal ditempat kejadian manakala suaminya meninggal dihospital sepertimana diceritakan.


Pelbagai spekulasi di posting tersebut dengan berpaksikan pendapat peribadi yang jelas menunding jari kepada pemandu kereta Avanza yang kononnya memotong digarisan berkembar. Admin tidak mahu mengulas akan perihal ini biarlah pihak berkuasa menjalankan siasatan.

Dikala para umat islam bakal menyambut cuti hari raya puasa yang pastinya rata-rata warga kota pulang ke kampung halaman jadikan kejadian ini sebagai iktibar kerana mungkin dari kecuaian kita yang menerima sensaranya adalah orang lain.

Admin berharap semua pengguna jalan raya terutamanya yang pulang ke kampung halaman boleh mengambil rehat dan masa yang sesuai sebelum menempuh perjalanan jauh kekampung. Amalkan berhenti rehat setiap 3-4jam pemanduan dan berhenti dikawasan yang selamat dan tidak memandu dengan cuai seperti memandu laju, bersaing (lumba) atau dibawah pengaruh dadah@alkohol.

Walaubagaimanapun diatas kejadian ini mohon sedekahkan Al-Fatihah kepada mangsa dan hormatilah perasaan waris keluarga mangsa. Al-Fatihah..




للاكي براني موڠكين اكن كاله تتاڤي تيدق اكن مڠاله.
Baca Seterusnya...

Gambar Lori Terbakar Rempuh Tol Sunway [KESAS]

PUNCA LORI PLAZA TOL SUNWAY (USJ) LEBUHRAYA KESAS TERBAKAR | Kejadian kebakaran di Plaza Tol Sunway (USJ) mengejutkan orang awam dan pekerja Tol berkenaan. Insiden kebakaran tersebut tersebar di laman sosial dengan cepat.

Insiden kebakaran yang berlaku pada pukul 4.00 petang berpunca apabila sebuah lori merempuh penghadang plaza tol berkenaan sebelum terbakar.

Api yang marak itu juga telah memusnahkan dua buah kenderaan yang berdekatan iaitu Proton Saga dan kereta jenis MPV. Tiada kemalangan jiwa dilaporkan berhubung insiden tersebut.



Gambar Terbakar Rempuh Tol Kesas | Satu kemalangan telah berlaku petang semalam di lebuhraya Kesas di Plaza Tol Sunway yang melibatkan sebuah lori, Toyota Estima dan sebuah Proton Saga yang menyebabkan kebakaran.

Insiden tersebut di tweet oleh Lembaga Lebuhraya Malaysia, menasihatkan pengguna mengelak daripada melalui lebuhraya Kesas. Tiada kemalangan jiwa dilaporkan dalam kejadian tersebut yang berpunca daripada lori.

Menurut The Star, jurucakap Kesas berkata “Pemandu lori tersebut mungkin hilang kawalan dan merempuh tol dan kedua-dua kereta. Pemandu lori melarikan diri dari tempat kejadian. Manakala kedua dua pemandu kereta berjaya menyelamatkan diri daripada kebakaran. Kemalangan itu menyebabkan kesesakan teruk dan sudah pulih sekarang.”

Pengguna internet dan laman sosial berkongsikan gambar kemalangan yang menyebabkan kesesakan di kedua dua belah laluan.

Pemandu lori tanah tersebut kemudiannya dilaporkan telah menghilangkan diri. - thestar














للاكي براني موڠكين اكن كاله تتاڤي تيدق اكن مڠاله.
Baca Seterusnya...

Tuesday, 22 July 2014

Hak Kebebasan Menipu Ganti Akta Hasutan

Akta Hasutan 1948 tidak perlu dimansuhkan kerana ia dilihat sebagai benteng mengekang perbuatan menghasut berkaitan agama Islam, perpaduan dan kedudukan Melayu termasuk anak-anak Sabah dan Sarawak di negara ini.

Bekas Ketua Hakim Negara Tun Abdul Hamid Mohamad berkata pemansuhan akta berkenaan bermakna membenarkan sesiapa sahaja yang tidak berpuas hati dengan hal kepentingan Melayu dan agama Islam boleh menghasut agar keistimewaan itu terhapus.

"Kita lihat ada kumpulan yang mahukan akta ini dimansuh kerana mereka telah mula menyebabkan Melayu berpecah-belah, mempengaruhi pemimpin Melayu bekerjasama dengan mereka dan menyebabkan perpecahan undi Melayu.

"Apabila akta hasutan ini dimansuhkan, ia dilihat sebagai kemenangan mereka," katanya ketika membentang kertas kerja pada sesi bertajuk Mempertahankan Perlembagaan Sebagai Asas Perpaduan Nasional dalam Wacana Islam dan Cabaran Semasa di sini pada Isnin.

Abdul Hamid berkata usaha mengekalkan Akta Hasutan juga sebagai usaha mengekalkan perlembagaan negara sedia ada.

"Kita bukan mahu meminggirkan atau menidakkan hak bangsa lain, tetapi kita hanya mahukan perlembagaan dipertahankan dan segala yang telah dipersetujui dikekalkan," katanya.

Abdul Hamid berkata dalam keadaan sekarang, pemimpin Melayu dan Islam tidak kira daripada parti mana harus bersatu dalam mempertahankan agama, kepentingan Melayu dan pertahankan perlembagaan Malaysia sedia ada.

"Kita kena kuatkan kerajan persekutuan, PAS, patut bekerjasama dengan Umno dan BN di peringkat pusat.

"Saya membuat seruan ini kerana percaya bahawa dalam keadaan sekarang pada hemat saya itu saja cara pertahankan kepentingan Melayu dan agama Islam," tegasnya.

Dalam pada itu beliau juga mempersoalkan mengapa Rang Undang-Undang (RUU) di bawah Akta Keharmonian Nasional bagi menggantikan Akta Hasutan itu berada di bawah Jabatan Perpaduan Negara dan Integrasi Nasional (JPNIN) sedangkan akta itu (Hasutan) terletak di bawah bidang kuasa Kementerian Dalam Negeri.

Ini kerana KDN yang sepatutnya memansuh atau meminda akta berkenaan kerana mereka yang mempunyai maklumat kerahsiaan ketenteraman negara. Tetapi kenapa JPNIN yang mengambil alih? Adakah ini satu rampasan atau 'hijacking'?," katanya.

Sementara itu, pengamal undang-undang Datuk Salehuddin Saidin berkata kerajaan digesa mengkaji tiga deraf RUU yang menyentuh empat perkara sensitif dalam Perlembagaan Persekutuan iaitu Bahasa Kebangsaan (Perkara 152), Kedudukan Istimewa Orang Melayu dan Bumiputera (Perkara 153), Kedaulatan Raja-raja Melayu (Perkara 181) dan bahagian III berkaitan kerakyatan (Perkara 14-30).

Beliau dalam pada itu turut mendakwa mungkin terdapat rampasan kuasa ketika mempersoalkan 'individu' di sebalik penggubalan Akta Keharmonian Nasional ini yang antaranya melibatkan pihak pembangkang dalam Majlis Peguam.

Wacana dianjurkan oleh Yayasan Dakwah Islamiah Malaysia (Yadim) serta dihadiri 200 wakil daripada NGO Melayu dan Islam antaranya Perkasa dan Persatuan Pengguna Islam Malaysia (PPIM).

Majlis penutupan wacana itu dirasmikan Yang Dipertua Yadim Datuk Dr Asyraf Wajdi.- BERNAMA


Selepas mansuhnya ISA sebelum ini hampir 50 Akta tidak berkuasa lagi pada hari ini dan ini adalah antara penyebab kepada keadaan tidak terkawal (dalam sesuatu isu) kerana pihak berkuasa Polis tidak mempunyai kuasa yang cukup untuk bertindak dalam pencegahan belakunya keadaan tegang dan anarki di Malaysia.

Soal keselamatan negara adalah perkara pokok yang kita perlu pertahankan dan bagaimana jika kita hidup dalam keadaan tegang dan tidak selamat hanya kerana terlalu mahukan hak kebebasan bersuara yang akhirnya menjadi Hak Kebebasan Menipu dan Menjahanamkan negara?!






للاكي براني موڠكين اكن كاله تتاڤي تيدق اكن مڠاله.
Baca Seterusnya...

Monday, 21 July 2014

Doktor Wanita Melayu Pertama Meninggal Dunia

Wanita Melayu pertama yang memperoleh kelayakan doktor perubatan, Tan Sri Dr Salma Ismail, meninggal dunia akibat sakit tua di Hospital Pantai di sini pada 6.15 petang semalam.

Allahyarhamah, yang berusia 95 tahun, meninggalkan dua anak lelaki, seorang anak perempuan dan enam cucu.

Anak sulungnya, Tan Sri Dr Ridzwan Abu Bakar, 64, berkata ibunya dimasukkan ke hospital baru-baru ini akibat sesak nafas.

Jenazah akan disempurnakan di No. 6, Jalan Mesra, Off Jalan Aman di sini dan dijangka dikebumikan di Tanah Perkuburan Islam, Jalan Ampang sebelum Zohor, kata Dr Ridzwan ketika ditemui Bernama di rumahnya di sini malam tadi.

Allahyarhamah menempa sejarah sebagai wanita Melayu pertama memperoleh kelayakan sebagai doktor pada 1949.

Anak kelahiran Alor Setar itu antara lain pernah bertugas sebagai Pegawai Perubatan di Kedah dan Selangor pada tahun 1950-an dan 60-an.

Dr Salma dianugerah darjah Panglima Setia Mahkota pada 1997 yang membawa gelaran Tan Sri.

"Sebagai seorang wanita dan doktor, beliau hidup dengan prinsip, mempunyai keyakinan pada diri sendiri, jujur, jangan bercakap buruk tentang orang lain dan memberikan bantuan kepada mereka yang memerlukan," kata Dr Ridzwan mengenai ibunya.- BERNAMA

Tun Dr Siti Hasmah Mohd Ali turut hadir pada pengebumian rakan baiknya
Allahyarhamah Tan Sri Dr. Salma Ismail



للاكي براني موڠكين اكن كاله تتاڤي تيدق اكن مڠاله.
Baca Seterusnya...

Sunday, 20 July 2014

4 Gambar Tentera Ukraine Kini Mengebom Bandar?! #mh17 #praymh17

Dunia beri perhatian terhadap #MH17 namun 60km dari lokasi nahas, tentera Ukraine mengebom bandar  Lugansk

source : http://t.co/CJ7pedgw1D





Baca Seterusnya...

Corak Baju Ayat Al-Qur'an : Senaja Mencari Publisiti Murahan?!

Tindakan Wanita Cina Memakai Baju Dgn Ayat Qur'an Mengundang Marah

Tindakan seorang wanita Cina yang keluar membeli-belah sambil memakai baju dengan cetakan corak yang dipercayai ayat-ayat suci Al-Qur'an menimbulkan kemarahan masyarakat Islam di negara ini.

Perbuatan wanita itu yang mendapat teguran dan dimarahi oleh seorang lelaki Arab ketika dia berada di pasar raya Hero Taman Dagang, Ampang petang semalam.


Lelaki Arab itu walaupun marah, tetapi dia hanya meluahkannya melalui kata-kata dan tidak bertindak fizikal. Tidak diketahui sama ada ia disengajakan atau provokasi.

Secara peribadi penulis rasa wanita berkenaan mungkin tidak memahami apa yang dipakainya akan mendatangkan rasa kurang senang masyarakat Islam.


Teguran yang diberikan lelaki Arab itu sepatutnya menjadi pengajaran kepada dirinya dan yang lain agar memahami kedudukan ayat-ayat suci Al-Qur'an dalam Islam. Diharap wanita berkenaan tidak akan memakai lagi baju berkenaan.

Kepada masyarakat bukan Islam, ayat-ayat suci Al-Qur'an mempunyai kedudukan yang amat tinggi dalam masyarakat Islam dan tidak boleh dipergunakan secara sebarangan.

Mungkin polis dan kementerian berkaitan pengguna dapat menyiasat dari mana baju seumpama itu datang dan ia harus disekat. Ini penting sebelum ada pihak lain yang turut memakai baju atau seluar seumpama itu dan reaksi masyarakat Islam lebih keras -http://mynewshub.my/

Sebelum ini segelintir penganut kristian dengan senaja mahu menggunakan kalimah Allah dalam pencetakkan mereka now..Pikir sendiri ya..

Wanita terbabit perlu memberi kerjasama dari mana beliau mendapatkan cetakkan ini adakah ia di Malaysia atau dari luar negara.

*Janganlah dimaki hamun Nyonya tu..



للاكي براني موڠكين اكن كاله تتاڤي تيدق اكن مڠاله.
Baca Seterusnya...

Saturday, 19 July 2014

Pelancar Peluru Berpandu Disorok Nahas MH17 #MH17 #PrayMH17

SEBUAH sistem pelancar peluru berpandu BUK M2 yang didakwa telah menembak jatuh pesawat MH17 berjaya dirakam di kawasan pangsapuri era Soviet di Torez, Ukraine selepas beberapa jam nahas itu berlaku.


Sistem penggempur yang mempunyai empat peluru berpandu itu kelihatan diselimut ketika gambar dirakam kira-kira lebih 10 kilometer dari lokasi kejadian.

Peralatan menembak pesawat milik puak pemisah pro-Rusia itu didakwa sedang dilarikan ke Rusia pada Jumaat.

A view of what is believed to be a BUK surface-to-air missile battery being driven along a path on July 17 in Torez, Ukraine

Penggempur udara, BUK M2 yang didakwa sedang dilarikan ke Rusia selepas menembak jatuh MH17 di Torez yang terletak kira-kira 10 kilometer dari lokasi nahas.

Menurut laporan dailymail.co.uk, ketika gambar dirakam, dua daripada empat peluru berpandunya telah digunakan dan ia dipercayai menembak jatuh pesawat MH17.


Dalam nahas udara pada Khamis, seramai 298 penumpang dan anak kapal maut apabila pesawat yang dalam perjalanan dari Amsterdam ke Kuala Lumpur ditembak jatuh di Timur Ukraine.

Perbuatan tidak bertanggungjawab itu didakwa dilakukan oleh puak pemisah pro-Rusia yang menawan Donetsk.

A view of what is believed to be a BUK surface-to-air missile battery being driven along a path on July 17 in Torez, Ukraine

Sementara itu, Pakar Pentagon mendakwa, mustahil bagi pihak puak pemisah untuk melancarkan peluru berpandu berkenaan jika tidak dibantu oleh tentera Rusia.

Dia juga menyifatkan tindakan itu sesuatu yang kejam kerana mengorbankan orang awam yang tidak mempunyai kaitan dengan perbalahan tersebut. -mstar
Baca Seterusnya...

Perutusan Khas PM : Penyerang Tidak Berhati Perut #MH17 #PrayMH17

Perutusan khas Perdana Menteri Malaysia 

Semalam, hari Khamis, 17 haribulan Julai 2014, dunia secara am dan khususnya kita rakyat Malaysia, telah dikejutkan dengan tragedi tidak diduga, apabila pesawat komersial Boeing 777-222 Malaysia Airlines penerbangan MH17 dari Amsterdam ke Kuala Lumpur telah diberitakan terhempas di kawasan Timur Ukraine.

Penerbangan tersebut dilaporkan telah berlepas pada jam 12.15 tengahari waktu tempatan dan dijadualkan tiba di KLIA pada jam 6.10 pagi waktu Malaysia. Pesawat berkenaan membawa sejumlah 298 orang yang terdiri daripada 283 penumpang dan 15 anak kapal. 43 orang daripadanya merupakan warganegara Malaysia termasuklah 2 orang bayi.

Pihak Malaysian Airlines telah mengesahkan menerima makluman daripada Pusat Kawalan Trafik Udara atau ATC, Ukraine yang ia terputus hubungan dengan pesawat MH17 pada pukul 10.15 malam waktu Malaysia, kira-kira 50 kilometer dari sempadan Rusia-Ukraine.

Justeru, bagi pihak Kerajaan, saya menzahirkan perasaan sangat dukacita dan pilu terhadap peristiwa tragik yang menimpa para penumpang serta anak-anak kapal tersebut.

Jadinya, Kerajaan ingin merakamkan ucapan takziah dan belasungkawa juga simpati yang amat mendalam kepada seluruh ahli keluarga, sahabat handai dan kenalan mangsa-mangsa tragedi. Makanya, diharapkan kepada semua, agar cekalkan semangat dan tabah menempuh dugaan amat berat ini.

Rakyat Malaysia Yang Kasihi Sekalian,

Sekalipun pesawat MH17 itu dipercayai ditembak jatuh, namun buat masa ini, kita tidak menuding jari kepada mana-mana pihak atas perbuatan itu sehinggalah bukti benar-benar sahih dapat diabsahkan.

Walau apapun, kita mengutuk sekeras-kerasnya tindakan tidak berhati perut, tidak bertamadun, bersifat ganas lagi tidak bertanggungjawab itu.

Selanjutnya, sebagai menyatakan pendirian tegas rakyat Malaysia, maka saya selaku Perdana Menteri, memutuskan untuk memanggil sidang Parlimen tergempar bagi membentangkan usul mengutuk tindakan yang tidak berperikemanusiaan tersebut.

Rakyat Malaysia Yang Dikasihi Sekalian,

Hendaknya, dalam menghadapi situasi yang sangat mencabar ini, bersempena pula dengan keberkatan dan kelebihan hari-hari terakhir dalam bulan Ramadan yang mulia, saya menyeru kepada semua rakyat Malaysia, terutama bagi yang beragama Islam, tidak kira latar pendirian politik, untuk mengadakan solat hajat, terus bermunajat serta berdoa kepada Allah SWT, agar Malaysia yang tercinta ini sentiasa selamat sejahtera, dijauhi daripada bala bencana, musibah atau segala ancaman yang boleh memporak-perandakan negara.

Kepada rakyat Malaysia yang menganut agama-agama lain pula, digalakkan untuk mengadakan sembahyang dan upacara keagamaan mengikut kepercayaan masing-masing.

Dalam perkara ini, Kerajaan telah memutuskan untuk mengisytiharkan bermula pada malam ini sehingga hari Isnin, 21 Julai 2014, bendera negara dikibarkan separuh tiang di seluruh negara. Saya juga telah menyembah maklum perkara ini kepada Duli Yang Maha Mulia Seri Paduka Baginda Yang di-Pertuan Agong.

Perlu diketahui juga, saya difahamkan bahawa kawasan berlakunya kejadian tersebut, dikuasai serta dikawal oleh pasukan pemberontak. Oleh itu, kita sedang membuat pelbagai usaha, termasuk saluran diplomatik dan hubungan baik Malaysia dengan Negara-negara berkenaan supaya pasukan penyiasat dapat menjalankan tugasan mereka dan urusan pengurusan mangsa dapat berjalan dengan lancar.

Pertama, Kerajaan Malaysia menuntut agar pihak-pihak yang terbabit, mestilah menjamin dan memastikan keselamatan pasukan penyiasat sepanjang operasi ini dijalankan.

Kedua, Kerajaan Malaysia juga mendesak pihak-pihak berkenaan agar tidak mengganggu dan mencemari bukti-bukti ditempat kejadian supaya kerja-kerja penyiasatan dapat dilakukan secara telus dan berkesan.

Ketiga, jika siasatan membuktikan pesawat MH17 tersebut ditembak jatuh, Malaysia menuntut agar pihak yang bertanggungjawab dibawa terus ke muka pengadilan.

Ketiga-tiga tuntutan ini telah saya maklumkan hari ini, kepada Setiausaha Agong Pertubuhan Bangsa-Bangsa Bersatu, Ban Ki Moon. Saya juga telah meminta Presiden Rusia, Vladimir Putin untuk memberi segala kerjasama bagi mencapai hasrat tersebut.

Malah, pada petang tadi, kita telah menghantar sebuah pesawat yang membawa pasukan khas, terdiri daripada pasukan SMART, kumpulan perubatan dan Jakim ke kawasan bencana.

Rakyat Malaysia Yang dikasihi Sekalian,

Kesimpulannya, pada detik-detik dan saat-saat yang mencarik perasaan dan sanubari serta sungguh mencabar ini, marilah kita bersatu hati, mengukuhkan semangat perpaduan sesama kita, demi menghadapi kejadian yang menyayatkan ini. Semoga Allah memberi pertolongan-Nya kepada ikhtiar-ikhtiar kita untuk melalui semuanya.



للاكي براني موڠكين اكن كاله تتاڤي تيدق اكن مڠاله.
Baca Seterusnya...
Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...

ping!